Movie Review: Munafik - Azwar Syuhada

Saturday 12 March 2016

Movie Review: Munafik

Salam to all readers,

Dah tengok filem Munafik tak? Aku baru je pergi tengok baru-baru ini, memandangkan haritu aku takde kelas. Ketaqq lutut mak aii, seram gila takmbah-tambah aku ni memang penakut tengok cerita-cerita seram. Pusing kanan tak kena, pusing kiri apatah lagi. Alih-alih pejam mata tengok. Nak tahu best ke tak filem Munafik ini, jom hadam cerita ini sampai habis.


Filem: MUNAFIK
Genre: Seram
Duration: Sejam setengah
Pengarah: Syamsul Yusof
Terbitan: Skop Production Sdn Bhd
Pelakon: Syamsul Yusof, Nabila Huda, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, Fizz Fairuz, Datuk Rahim Razali, A. Galak, Zarina Zainordin, Ruzlan Abdullah

Sinopsis filem MUNAFIK: 
Mengisahkan Adam (Syamsul Yusof) dikenali sebagai seorang ustaz dan dia mempunyai kelebihan untuk mengubati pesakit yang mengalami gangguan syaitan mahupun jin menggunakan kaedah cara perubatan Islam. Tambah-tambah, si Adam ini amat disegani oleh penduduk kampung dengan sikap dia yang merendah diri. 

Kebahagiaan Adam mula direntap apabila Adam dan isteri terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan isteri Adam iaitu Zulaikha (Zarina AF) meninggal dunia dalam kemalangan tersebut. Tragedi tersebut, menyebabkan Adam patah semangat untuk hidup sekaligus tidak lagi mengubati penduduk kampung. Adam seolah-olah tidak dapat menerima Qada & Qadar Tuhan.

Disebabkan peristiwa itu juga Adam mula mengasingkan diri dari jemaah masjid dan lebih senang beribadah di rumah, sambil ditemani anaknya Amir. 


Dalam pada masa yang sama Maria (Nabila Huda) yang merupakan salah seorang penduduk kampung Adam telah mengalami gangguan syaitan / jin yang teruk sehingga menyebabkan Maria sanggup mengambil pil penenang. Sungguhpun Maria hidup dalam kemewaahan tapi ia tetap tidak membawa apa-apa makna kerana gangguan jin/syaitan itu semakin menggila ke atas dirinya. Sementara ayahnya terlantar sakit dan dijaga oleh ibu tirnya Zati. 

Ibu tirinya Zati tidak sanggup melihat keadaan Maria yang semakin teruk, lalu meminta bantuan Imam Ali untuk memujuk Adam supaya mengubati Maria. Kebetulan, Adam semakin tertekan kerana anaknya Amir selalu bersedih merindui ibunya. Sungguhpun hati Adam berbelah bahagi tapi dia tetap menuruti nasihat Imam Ali supaya pergi mengubati Maria.

Keesokan harinya, bapa Adam iaitu Rahim datang secara tiba-tiba untuk melawat Adam dan anaknya. Rahim juga turut menasihati Adam supaya pergi mengubati Maria. Gelagat Rahim agak pelik sehingga menimbulkan rasa curiga pada Adam dan anaknya.


Rupa-rupanya, saat pertama Adam dan Maria bertemu, sebuah misteri yang tersimpul kemas baru bermula dan setiap kali itulah persoalan demi persoalan timbul dalam kotak pemikiran kita. Kita yang tengok ini tertanya-tanya siapa bapa jin sebenar. Ada sebab kenapa Adam dihantar untuk mengubati Maria, semuanya bersangkut paut dari kemalangan yang menimpa Adam sekeluarga.


Pandangan tentang filem MUNAFIK?

Pada pandangan aku cerita ini bagus untuk menginsafi diri kita sendiri. Dari awal cerita sehingga penghujung cerita setiap butir bicara mereka menggunakan kata-kata yang menusuk kalbu dan syahdu orang kata. Tapi memandangkan aku penakut, ada scene aku tutup mata jadi tak boleh nak kata apalah.

Yang pasti lakonan Nabila Huda memang mantap manakala lakonan Syamsul Yusuf semakin terbaik ada improvement. Good job! Moral of the story, janganlah sesekali kita menyembah jin mahupun syaitan selain Allah. Percayalah bahawa, kekuasaan Allah itu lebih besar dari kuasa syaitan mahupun jin. Buang segala sifat demdam dalam diri kita, dan percaya akan Qada dan Qadar Tuhan.

Thanks you for reading!

2 comments:

  1. ye ke sis... mmg dr review citer ni best... akak pun blm tgk...

    ReplyDelete
  2. Wahhh.. kalau pika tak berani nak tengok ni.. Takuttt~
    Nice review btw :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!