Resepi sambal ikan bilis turun temurun keluargaku! - Azwar Syuhada

Thursday 25 February 2016

Resepi sambal ikan bilis turun temurun keluargaku!

Salam to all readers,

Rasanya dah lama aku tak berkongsi resepi masakan. Tak bermakna aku tak masak kalau aku tak kongsi dengan engkorang semua. Ada jugalah resepi baru yang aku belajar dari mak aku, untuk aku hidup di luar. Takkanlah hari-hari nak makan luar kan? Kopak duit beb. Bukit kalau ditarah hari-hari pun, gondol juga inikan duit. Walaupun hakikatnya ada juga aku beli makanan di luar, tapi jarang-jaranglah. Sekarang dah pandai belajar masak sambal ikan bilis versi mak aku, jaranglah aku makan di luar. Laku beb sambal ikan bilis dekat te mpat aku belajar, ada orang siap jual lagi 1 bekas kecil dekat RM15 tau! Nasib baik aku ada inisiatif nak belajar masak dari mak aku, tak perlulah aku membazir. 

As a student, seperti aku yang nak berjimat bolehlah cuba buat sambal ikan bilis ini, buat seberapa banyak korang nak sebab kalau taknak makan boleh simpan dalam peti sejuk sahaja. Nak makan baru ambil. Ianya dijamin bertahan 3 minggu lebih, tak basi pun. Mukadimah aku kalau tak panjang, memang tak sah jom tengok cara memasak sambal ikan bilik paling mudah.

Bahan apa yang diperlukan untuk memasak sambal ikan bilis;

google

Bahan apa yang diperlukan untuk memasak sambal ikan bilis;
Ikan bilis
Lada / Cabai (cili kering yang telah di blener)
4 atau 5 biji bawang merah
Lada jintan (kalau nak pedas bolehlah bubuh segenggam)


google
Kebiasaannya, aku akan blender ikan bilis tersebut biar rasanya lebih umm.. Kalau tak hancur, sekejap sangat habis ikan bilisnya. Jadi aku syorkan engkorang tumbuk atau blender ikan bilis tersebut terlebih dahulu biar hasilnya sedap!

google
Cara-cara memasak sambal ikan bilis yang mudah dan enak;
Setelah selesai menyediakan bahan-bahannya, masukkan kesemua bahan tersebut dalam kuali. Letakkan sedikit minyak, kaalau tak cukup minyak tambahlah minyak. Tambah seikit garam secukup rasa. Gorenglah sehingga garing sampai naik bau. Siap!

Lalu bolehlah hidang di atas meja untuk dinikmati!

google
Hasilnya akan jadi seperti ini, yang nampak berkuah tu sebenarnya minyak. Kalau buat banyak sambal ikan bilis mudah ini pun, ada kebaikannya juga. Mana tahu, kalau nak masak nasi goreng ke, korang tinggal ambil nasi kemudian masukkan sambal ikan bilis ini, kemudian kacaulah atas dapur. Siap! Satu lauk, boleh pelbagai resepi. Pelakon terkenal Zarazya pun siap menjual sambal ikan bilis, laku beb!

Mudah kan? Selamat mencuba!

Thanks you for reading!

11 comments:

  1. Kalau saya..buat banyak.. makan ngan nasi putih manjang pun tak boring ni. Kecur dah liur ni.

    ReplyDelete
  2. betul. Satu hari makan dah berapa. At least kita pun nak makan masakan sendiri, walaupun kita just masak masakan bujang je kan, hahaha :P

    ReplyDelete
  3. thanks atas perkongsian...:) kecur liuq ni... hihi

    ReplyDelete
  4. boleh cuba ni! thank you Azwa :D

    ReplyDelete
  5. Suka sangat sambal ikan bilis. Tapi sejak hubby kena gout dah jarang makan. haha.. kesian plak bila di tengok aje..

    ReplyDelete
  6. nampak sedap..kena cuba ni :)

    ReplyDelete
  7. meleleh woo tengok ! suka sambal macam ni

    ReplyDelete
  8. Family husband saya pun ada resepi turun temurun. Ada ka awal2 kawin dulu dia suruh masak sambal ikan bilis pastu komplen tak sama ngan mak dia punya padahal tak citer pun pasal mak dia punya tu

    ReplyDelete
  9. sedapppppppppnyerrrr kena cuba ni....resepi turun temurun ni kalau dikormersilkan..perghhh..meletopss bisnes eee...by d way..azwa, follow me back ye...:)

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!