12:59 pm
BY Azwar Syuhada
2 Comments
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Friday, 17 June 2016
Thursday, 21 April 2016
8:39 pm
BY Azwar Syuhada
3 Comments
Salam to all readers,
Diam tak diam, baru sekarang aku sedar minggu ini dah masuk minggu kedua bulan 4. Dan kalau ikutkan bulan Islam, kita sekarang berada dalam bulan Rejab. Bulan mulia gitu! Selepas Rejab, kita akan menempuh Syaaban, diikuti dengan bulan Ramadhan yang mulia. Kebanyakan warga emas tidak ketinggalan untuk menunaikan puasa pada bulan Rejab dan Syaaban ini. Kebiasaannya, warga emas ini berlumba-lumba berpuasa sunat pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan untuk mengisi masa lapang mereka selama 3 bulan berturut-turut.
Di samping itu, ramai juga yang mendirikan rumahtangga di dalam bulan Rejab dan Syaaban yang mulia ini. Bak kata orang itu, mengambil barakah. Tambah-tambah dengan adanya penggunaan smartphone di tangan, kita boleh google apa sahaja keistemewaan dan kelebihan bulan Rejab dan Syaaban. Di mana, bulan Rejab dikatakan bulan Allah, bulan Sya'ban bulanku kata Nabi Muhammad, dan Nabi Muhammad turut mengatakan bulan Ramadhan bulan umatku.
Diam tak diam cepat betul masa berlalu, rasanya baru semalam aku tinggalkan alam persekolahan, atuk dan nenek aku pun rasanya baru semalam pergi, tiba-tiba aku baru perasan yang aku dah masuk tahun 2 di universiti. Dah hampir lebih 10 tahun, atuk dan nenek aku pergi. Seperti mana aku perkatakan, bila kita dah masuk 20-an, kawan-kawan pula dah ramai membina masjid, ada yang dah berkeluarga, bekerjaya, jadi kita harus memikirkan masa depan kita. Samaada nak memilih jalan yang lurus, ataupun yang bengkang bengkok.
Aku bukanlah muslimah sangat, aku menulis ini pun sekadar mengingatkan diri aku. Umur macam aku inilah, sepatutnya dah boleh memikirkan macam mana nak mengatur hidup diri sendiri dan menguruskan diri sendiri. Tambah-tambah, realiti kehidupan kita tak seindah dalam cerita di kaca televisyen di mana si heronya muda, berjawatan tinggi, kaya, golongan anak datuk je. Manakala si heroin pula, asyik mengejar lelaki kaya sahaja. Kalau diikutkankan, berapa kerat nolah orang memandang aku. Jangan kata nak toleh dua kali, sekali pun payah nak jumpa. Sekadar, nak berangan dapat lelaki hensem, kaya, layanlah drama korea ataupun melayu.
Buat masa ini, target aku nak perbaiki diri mendekatkan diri pada maha Esa. Dalam pada masa yang sama, berusaha belajar nak menjadi seorang wanita yang kaya raya. Tak kiralah kaya apa, janji hidup aku senang satu hari nanti! Hidup ini perlu ada angan-angan kerana angan-angan itulah menjadi pembakar semangat untuk kita berusaha mencapainya, mana tahu satu hari nanti menjadi kenyataan. Amin!
p/s: Mana yang dah selesai ganti puasa, Alhamdulillah lah. Pada mereka yang belum selesai ganti, cepat-cepatlah buat sementara tengah sihat ini! =)
Friday, 5 February 2016
5:30 pm
BY Azwar Syuhada
7 Comments
Salam to all readers,
Gambar yang tiada kena mengena dengan entry sekadar mewarnai cerita
Baru-baru ini negara kita dikejutkan dengan viral kisah seorang remaja yang tidak panjang akalnya.
Dia fikir dia cerdik untuk memperbodohkan parentnya, tapi dalam waktu yang sama
menjerat diri sendiri. Hebat lakonannya, tapi tamparan yang dibagi pada mak
ayahnya lebih hebat daripada lakonan yang diberikan. Aku yang hampir menjangkau
dewasa ini pun tak berani lagi nak buat kerja macam itu. Paling kuat aku
mengakalkan parents aku adalah dalam 15 minit lepas tu kantoi! Hehehe..
Bak kata orang tuah
dimulut, sial juga dimulut juga. Apa yang yang kita ucapkan itu kan doa. Jadi
berhati-hatilah apabila berbicara. Yang kena tanggung malu pun parent kita
juga, kenapalah diusia yang muda kita tanpa segan silu melakukan jenayah.
Adakah ibu bapa, guru, mahupun masyarakat yang harus dipersalahkan dalam hal
ini? Hakikatnya, didikan dah diberi jadi kita sendiri haruslah pandai
membezakan mana yang baik mahupun tidak baik.
Memang sekarang, kita hidup dalam peredaran zaman teknologi.
Macam-macam media social ada, facebook, twitter, blog, whatsapp dan macam-macam
lagilah. Ada orang menggunakan laman sosial untuk berkongsi pengalaman, menjual
barang online, lifestyle tapi ada juga segelintir manusia yang tidak bijak
dalam mengurus diri sendiri. Masing-masing nak glamour cepat tapi merosakkan
diri sendiri dan masyarakat sekeliling. Mana tidaknya, di usia yang paling muda
sudah pandai membuat publisiti murahan dengan mengupload gambar tidak senonoh
bersama pasangan dengan caption bagaikan pasangan suami isteri. Tidak terfikirkah
kita kalau parent atau saudara mara kita sendiri melihat gambar-gambar
tersebut? Bangga ke mereka?
Kalau ditanya orang yang lebih dewasa pun, mereka sendiri
pun malu nak terlalu terbuka. Dalam Islam ada benda yang kita boleh kongsi, da
nada juga benda yang patut dirahsiakan. Banyak lagi cara nak glamour kot, salah
satu cara dekat instagram dengan upload gambar berunsurkan inspirasi ke, video
yang memberi pengajaran atau lucu pun boleh tau! Tambah-tambah anak gadis,
janganlah terlampau ghairah menunjukkan awaklah yang paling perfect. Bertudung
ke tak bertudung sama sahaja perangai masing-masing. Ada yang baru bertudung
barulah nak tunjuk dialah yang paling alim di dunia ni, ada setengah lagi
glamour sikit barulah nak hentam sesame sendiri.
Aku pun tahu, diusia belasan tahun nilah budak-budak suka
memberontak, katanya taknak di kongkong kalau boleh nak hidup berdikari.
Mungkin hormon tak berapa stabil nak menginjak dewasa. Jiwa kacau katakan padahal masih budak hingusan. Bila dah tiada
mak ayah barulah terkenang-kenang. Jadi selagi parents kita masih bernyawa,
hargailah mereka.
Bukan melayu sahaja
mudah lupa, anak sendiri pun mudah lupa mak ayah bila dah hidup senang sikit.
Jadi, setiap apa yang kita nak lakukan fikirlah kesannya samaada ianya lebih
menjurus keglamouran kita mahupun lebih mengaibkan mak ayah kita.
p/s: Aku pun bukanlah baik sangat, sekadar mengulas dan
mengingatkan diri sendiri. Apa kata anda pula?
Thanks you for reading!
Friday, 28 August 2015
9:45 pm
BY Azwar Syuhada
10 Comments
Salam to all readers,
Aku tertarik dengan artikel dalam surat khabar mengenai:
Hayati Semangat Sehati Sejiwa : Noor Mohamad Shakil Hameed
Menghayati keharmonian Negaraku: Sayuti Mukhtar
Keselamatan dan Sekuritisasi: Ruhanie Ahmad
Tapi yang ni cerita aku la...
Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita semua akan menyambut hari kemerdekaan. Tapi hati kecil aku berkata , kenapa sambutan kemerdekaan semakin lama semakin suram tak semeriah dan tak segah seperti tahun-tahun sebelumnya. Bila mengibas kembali zaman sekolah rendah sampai peringkat menengah, zaman yang paling seronok menjelang hari kemerdekaan. Bearak memakai baju kurung sambil memegang bendera.
Pelbagai pertandingan diadakan, contohnya pertandingan bersajak, teater, syair, koir, melukis & mewarna, dan mencipta kad uucapan. Aku pula, memang pantang kalau ada pertandingan semuanya nak masuk. Tamak haloba! Bila acara pertandingan menghias bilik darjah, kami sekelas dah berpakat buat gotong royong memasang bendera. Kiranya, kelas mana yang paling banyak bendera, potensi nak menang amatlah cerah!
Sepatutnya, sambutan hari kemerdekaan yang kita amalkan dari tadika ke sekolah rendah, hinggalah peringkat menengah haruslah kita amalkan dan terapkan pada diri anak-anak muda zaman sekarang, biar sesudah tamat alam persekolahan, kita semua tahu bagaimana caranya untuk melahirkan rasa cinta pada negara dan menyambut hari kemerdekaan yang sebenarnya. Bukan setakat melaungkan merdeka, dan melepaskan mercun. Di peringkat universiti, masing-masing bersemangat berpidato, berdebat, berpersatuan sana sini, tapi kurangnya semangat patriotik untuk negara.
Tambah-tambah pergolakan politik yang melanda negara kita menyebabkan pelbagai fitnah tersebar di laman sosial. Keadaan ini, menyebabkan anak-anak muda lekas terpedaya sehingga hilang jati diri. Malah, mereka lebih seronok menviralkan cerita-cerita tersebut daripada menviralkan jalur gemilang. Bukan sahaja sambutan merdeka tapi sambutan hari raya juga semakin hambar apabila masing-masing leka dengan gadget dari yang muda sampailah yang tua-tua.
Seelok-eloknya, marilah kita tolak ke tepi sebentar soal politik dan kibarkan jalur gemilang "bendera Malaysia" bersama-sama. Apabila semua bermasam muka, bagaimana nak mewujudkan perpaduan. Lagi memalukan bergaduh sesama sendiri! Janganlah setakat mengibarkan bendera tangkap muat sahaja, sampai pudar dan koyak. Apa salahnya membeli sehelai bendera yang tidak mencecah RM10.00 digantung di hadapan rumah mahupun di premis-premis kedai, barulah nampak semangat patriotik untuk negara. Kita bukannya menyambut berhari-hari, dalam setahun hanya sebulan. Esok lusa belum tentu kita ada lagi.
Korang perasan tak, siapa yang ada anak kecik (bukanlah baby) tapi budak-budak yang berumur 2 tahun hinggalah ke tadika, mereka lebih semangat menyambut hari kemerdekaan. Suruhlah mereka nyanyi lagu patriotik "Tanggal 31", pasti mereka menyanyi dengan bersungguh-sungguh walaupun pelat. Kita yang dewasa? Suruh nyanyi lagu negaraku, pasti ada yang tersangkut-sangkut. Tak caya? Cuba test diri sendiri.
Gaya macam atas gunung memacak bendera, hakikatnya setinggi bumbung sahaja dik galah tinggi sangat!
p/s: Marilah kita bersama-sama menggantungkan bendera baharu didepan rumah! Selamat Hari Merdeka!!! Merdeka! Merdeka!
Tuesday, 7 October 2014
11:34 am
BY Azwar Syuhada
15 Comments
Salam to all readers,
Kebiasaannya, bagi orang berusia pasti rajin membaca surat khabar dari muka surat pertama hinggalah muka surat terakhir termasuklah sketsa kartun. Itu aku tengok dari zaman tok moyang aku adalah. Aku pula orang yang terlebih rajin nak membaca paper, setakat baca tajuk dan menyelak helaian surat khabar sahaja itulah kebiasaannya. Entah macam mana, semalam aku tertarik dengan satu artikel di surat khabar yang bertajuk "MENANTU ZAMAN SEKARANG".
Melihat tajuk pada surat khabar itu, aku terkenang zaman aku kecik-kecik dulu. Disebabkan aku dibesarkan dalam keluarga yang ramai lelaki (adik beradik mak) jadi automatik banyaklah mak saudara a.k.a ipar duai mak aku. Sewaktu pakcik-pakcik aku ini berkahwin, tok dan nenek aku masih ada lagi pada waktu itu. Mereka juga tinggal berdekatan dengan rumah tok dan nenek. Hanya satu dua orang pakcik yang duduk jauh tapi masih dalam kawasan Selangor. Bila tiba hujung minggu pasti berkumpul di rumah atok dan nenek. Aku pun memang dari kecik tinggal dengan atok dan nenek. Tambah bila, nenek dan atok tiada, secara automatik rumah ini jadi rumah warisan keluarga kami. Bila sudah berkumpul beramai-ramai, pelbagai ragam kita boleh lihat. Sama ada "MALAS" ataupun "RAJIN" terserlahlah bila berkumpul beramai-ramai.
Kalau diikutkan apa yang ditulis oleh penulis itu memang sudah ada kebenarannya. Kerana rata-rata kaum wanita zaman sekarang sudah bekerjaya tambah-tambah pendapatan mereka lebih banyak daripada pendapatan si suami. Kalau di rumah sendiri, si isteri nak kulikan suami pun tak mengapa. Tapi, apabila balik rumah mak mertua janganlah kita mengulikan suami sepertimana kita buat dirumah sendiri. Kekadang kita terlupa apa pandangan adik beradik si suami, mak mertua, dan orang sekeliling. Cewahhh,..bajet macam dah berkeluarga. Coretan ini bukanlah apa. Inilah padahnya duduk dengan orang tua, kebanyakan yang berkunjung ke rumah dah tentulah kawan-kawan nenek yang dah tua-tua. Bila mereka datang, pasti ada sahaja cerita tentang ketidakpuas hati pada menantu masing-masing.
Tambah-tambah, sekarang zaman gadget. Baik budak mahupun atok budak, masing-masing ada gadget sendiri. Kekadang, bila keluar makan bersama keluarga sambil menunggu hidangan sampai masing-masing sibuk dengan gadgetnya.
Aku terkenang pula, waktu aku keluar makan dengan arwah atok dan nenek kiteorang rajin berbual-bual. Dalam pada berbual-bual, mereka rajin juga menasihati. Tapi sekarang, kalau keluar makan rasa sepi sangat padahal keluar beramai-ramai. Disebabkan asyik melayan telefon, nak nampakkan kemesraan keluarga mereka selfielah dulu. Tak gitu? Mungkin zaman sekarang, keluarga menyerlahkan keakraban melalui gadget mahupun laman sosial. Sungguh berbeza? Mungkin hal inilah, boleh menjadi punca anak dan mak ayah tiada kemesraan.
____________
Kesimpulannya, seperti apa yang dikatakan oleh penulis tersebut belajar-belajarlah tolong mak mertua di dapur, bukannya jadi PUAN duduk di bilik menggodek gadget. Dan mak mertua zaman sekarang ini pun bukannya boleh dijadikan bibik di rumah mereka sendiri. Jadi, jadilah seorang menantu yang boleh disayangi oleh mak mertua.
_____________





