Azwar Syuhada: Merdeka 2015
Showing posts with label Merdeka 2015. Show all posts
Showing posts with label Merdeka 2015. Show all posts

Friday, 28 August 2015

Salam Merdeka: Malaysia Sehati Sejiwa!
9:45 pm 10 Comments
Salam to all readers,


Aku tertarik dengan artikel dalam surat khabar mengenai:
Hayati Semangat Sehati Sejiwa : Noor Mohamad Shakil Hameed
Menghayati keharmonian  Negaraku: Sayuti Mukhtar
Keselamatan dan Sekuritisasi: Ruhanie Ahmad
Tapi yang ni cerita aku la...

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita semua akan menyambut hari kemerdekaan. Tapi hati kecil aku berkata , kenapa sambutan kemerdekaan semakin lama semakin suram tak semeriah dan tak segah seperti tahun-tahun sebelumnya. Bila mengibas kembali zaman sekolah rendah sampai peringkat menengah, zaman yang paling seronok menjelang hari kemerdekaan. Bearak memakai baju kurung sambil memegang bendera.

Pelbagai pertandingan diadakan, contohnya pertandingan bersajak, teater, syair, koir, melukis & mewarna, dan mencipta kad uucapan. Aku pula, memang pantang kalau ada pertandingan semuanya nak masuk. Tamak haloba! Bila acara pertandingan menghias bilik darjah, kami sekelas dah berpakat buat gotong royong memasang bendera. Kiranya, kelas mana yang paling banyak bendera, potensi nak menang amatlah cerah!

Sepatutnya, sambutan hari kemerdekaan yang kita amalkan dari tadika ke sekolah rendah, hinggalah peringkat menengah haruslah kita amalkan dan terapkan pada diri anak-anak muda zaman sekarang, biar sesudah tamat alam  persekolahan, kita semua tahu bagaimana caranya untuk melahirkan rasa cinta pada negara dan menyambut hari kemerdekaan yang sebenarnya. Bukan setakat melaungkan merdeka, dan melepaskan mercun. Di peringkat universiti, masing-masing bersemangat berpidato, berdebat, berpersatuan sana sini, tapi kurangnya semangat patriotik untuk negara.

Tambah-tambah pergolakan politik yang melanda negara kita menyebabkan pelbagai fitnah tersebar di laman sosial. Keadaan ini, menyebabkan anak-anak muda lekas terpedaya sehingga hilang jati diri. Malah, mereka lebih seronok menviralkan cerita-cerita tersebut daripada menviralkan jalur gemilang. Bukan sahaja sambutan merdeka tapi sambutan hari raya juga semakin hambar apabila masing-masing leka dengan gadget dari yang muda sampailah yang tua-tua.

Seelok-eloknya, marilah kita tolak ke tepi sebentar soal politik dan kibarkan jalur gemilang "bendera Malaysia" bersama-sama. Apabila semua bermasam muka, bagaimana nak mewujudkan perpaduan. Lagi memalukan bergaduh sesama sendiri! Janganlah setakat mengibarkan bendera tangkap muat sahaja, sampai pudar dan koyak.  Apa salahnya membeli sehelai bendera yang tidak mencecah RM10.00 digantung di hadapan rumah mahupun di premis-premis kedai, barulah nampak semangat patriotik untuk negara. Kita bukannya menyambut berhari-hari, dalam setahun hanya sebulan. Esok lusa belum tentu kita ada lagi. 

Korang perasan tak, siapa yang ada anak kecik (bukanlah baby) tapi budak-budak yang berumur 2 tahun hinggalah ke tadika, mereka lebih semangat menyambut hari kemerdekaan. Suruhlah mereka nyanyi lagu patriotik "Tanggal 31", pasti mereka menyanyi dengan bersungguh-sungguh walaupun pelat. Kita yang dewasa? Suruh nyanyi lagu negaraku, pasti ada yang tersangkut-sangkut. Tak caya? Cuba test diri sendiri. 

Gaya macam atas gunung memacak bendera, hakikatnya setinggi bumbung sahaja dik galah tinggi sangat!

p/s: Marilah kita bersama-sama  menggantungkan bendera baharu didepan rumah! Selamat Hari Merdeka!!! Merdeka! Merdeka! 
Reading Time: