Salam to all readers,
| Staycation 3H2M di Jakarta, Indonesia [Part 1] |Hi ualls, sihat ke tu? Lagi sikit blog aku ni dah nak bersawang. Ikutkan banyak sangat story aku nak share, tambah-tambah tiap-tiap minggu juga aku keluar jenjalan bersama family. So this round, we jalan jauh sikit iaitu go to Jakarta. Ikutkan risau juga nak kesana haritu disebabkan dorang tengah ada rusuhan. Kiteorang pergi 12/8/2025 baru je lagi, selama 3 hari 2 malam. Memang duduk lepak di tengah bandar Jakarta. Alhamdulillah, sepanjang kami berada disana kawasannya aman. Tiada apa-apa pergaduhan. Jujur aku cakap, Jakarta memang cantik weyh, 3 kali ganda besar dari Kuala Lumpur. Dia punya bangunan semua tinggi-tinggi.
Ikutkan, tahun depan perancangan nak ke Jakarta ini, alih-alih moksu aku tukar rancangan pergi Jakarta pula memandangkan cuti panjang, sebab Perdana Menteri umum cuti peristiwa 1 hari. Apa lagi, pergi bercutilah. Kalau bercuti dalam Malaysia confirm padat, jalan jem. So, kita keluar dari Malaysia jap. Orang paling excited nak ke Jakarta tak lain tak bukan si Aireen, dia sekali dah tidur hotel, taknak keluar dah.
Flight kiteorang delay masa nak pergi tu, tunda ke jam 12.00malam. Sampai Jakarta around 3.00pagi. Perjalanan Malaysia nak ke Jakarta mengambil masa dalam 2 jam sahaja. Tahu-tahu dah sampai, sampai je hotel, sempat lagi bervideo dan bergambar sebelum lenjan, si Aireen pun celik mata jam 3.00 pagi. Aku sebilik dengan mak (2 katil single), moksu, Aireen and bibik 1 bilik (1 queen bed), Bilik ni macam apartment, ada ruang tamu, bilik air ada 2, dan juga dapur. Memang besar.
Penginapan 3H2M di Ascott, Jakarta
Korang boleh search sendiri rate dia, hotel ini memang best, bilik luas, selesa, masuk-masuk je dah bau harum, breakfast pun makan sedap. Cuma yang kami tak sempat terjah adalah kolam renang. Ya weyhh, memang tak sempat nak swimming, 3H2M ini memang tak cukup nak explore Jakarta rupanya. Kiri kanan hotel kiteorang ni lagi best, memang port-port untuk dikunjungi kalau datang ke Jakarta.
Thamrind Mall (syurga Wanita Untuk Shopping)
Korang kalau dah datang sini, nampak yang berkenan silalah beli terus. Ikutkan kali pertama kiteorang masuk sini banyak jenjalan je dari membeli, kali kedua kiteorang pergi (which is hari terakhir before balik Malaysia), banyak kedai nak tutup dah then tak jumpa sangat had lawa-lawanya. Tapi sebaik dapat juga apa yang dihajati.Meriahkan, besar weyh sini. Next time, kena repeat lagi ke Jakarta untuk explore Thamrin ini puas-puas. No wonderlah, ramai orang Malaysia ini duk beli dekat sini jual balik dekat Malaysia.
Aku boleh cakap kain Indonesia lagi better dari kain India/China. So korang jangan takut-takut kalau nak beli kain dari peniaga Indonesia, kain dorang bukan sahaja cantik, malah kualiti kain pun molek. Bibik yang dari awal taknak beli taknak beli, akhirnya teracun juga shopping.
Bila tiba nak dekat Maghrib, kiteorang pun nak beransur balik ke hotel, dalam pada nak balik ke hotel sempat juga makan bakso dekat tepi jalan. Sedap weyhhh, feeling-feeling makan ala-ala drama sinetron Indonesia tu. Orang bawa basikal jual makanan tepi jalan. Ada bangku kerusi dan meja juga.
Makan-makan di Kampung Kecil
1000/100
Sedap betul ya menu yang dipilih, tempat cantik, enironment best, bersih, servis laju, makanan pun sedap. Tak sia-sialah datang pada malam tu. Nak kesini memang kena naik grab dari hotel. Kalau jalan kaki, lencun jugalah ketiaknya. Sesudah makan di Kampung Kecil, kiteorang pergi bersiar-siar di Jakarta ibukota area Bandaraya HI.
Harlan + Holder Cafe
Okaylah, nantikan sambungan part 2, yang entah bila. Tapi aku akan cuba update secepat mungkin before mid October ini. Memory aku penuh dengan gambar dan ideo. Selagi tak siap edit selagi tulah tak boleh nak delete. Bertabahlah.
Apa-apa pun thank you for reading guys!
No comments:
Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!