#JagaHati Workshop at Taman Hati Studio Cafe Organize by The Butterfly Project Malaysia - Azwar Syuhada

Tuesday 29 August 2023

#JagaHati Workshop at Taman Hati Studio Cafe Organize by The Butterfly Project Malaysia

 


| #JagaHati Workshop at Taman Hati Studio Cafe Organize by The Butterfly Project Malaysia | Hii anda semua apa khabar? Hopefully semua baik-baik sahaja. Bulan ini aku berkesempatan luangkan masa bertemu dengan community blogger. Ikutkan lama gila aku tak join The Butterfly Project Malaysia aktiviti, last join before pkp kalau tak silap. Tahun ini, Tammy open new project dengan bertemakan #JagaHati. Mesti ada yang tertanya-tanya konsep kali macam mana kan?


#JagaHati  relate by ownself, how do we loves ourselves, selflove, spirituality, take care you mind by talking to others, making connection and self confident. This month boleh dikatakan hectic pada aku, tapi aku tak mudah melatah. Aku tak suka menggunakan platform sosial media untuk menyampaikan benda aku tak puas hati. Moga benda baik-baik untuk aku. Pada aku hargai diri sendiri itu sangat penting dari mendahulukan orang lain. Even sekecil kejayaan yang korang berjaya buat, tepup bahu diri sendiri ucapkan tahniah. Benda itu nampak kecil tapi impaknya sangat besar.


#JagaHati Workshop diadakan di Taman Hati Studio Cafe, SS2


Taman Hati Studio Cafe bukan sekadar cafe, selangkah kaki masuk ke dalam cafe, bawa korang menyusuri tanaman hijau yang mendamaikan. Sangat comfy buat mereka yang nak lepak chills dengan kawan-kawan, atau work from cafe pun sangat sesuai tau dekat sini. Cafe dia punya vibes sangat chills dan relax, paling best sekali ada penyambut tetamu dari cute cats (dimana kucing-kucing ini dari rescue cats okay).  


Waze: Taman Hati Studio Cafe 43a, Jalan SS 2/30


Taman Hati Studio Cafe ini terletak di bahagian atas deretan kedai, deretan kedai US Pizza. Environment dan ruang cafe ini sangat sesuai kalau korang nak buat small workshop, nak datang ambil feels baca buku pun boleh jalan k. Jom tengok apa menarik dalam cafe ini!




Inilah ruang tempat lepak, chit chat, waktu aku join JagaHati workshop awal bulan 8 ini. Space boleh tahan besar dan selesa. Dengan penampakan pokok menghijau di keliling cafe ini cukup mendamaikan. Tempat dah best, jom tengok menu apa yang ditawarkan. Sewaktu event dijalankan, aku dapat merasai beberapa hidangan dari Taman Hati cafe, antaranya Mocha iced, brownies, carrot cake, dan karipap. Banyak juga menu best ditawarkan disini. So far, makanan dekat cafe ini kena dengan tekak aku, lagi-lagi karipap. Makanan berat juga turut disediakan disini. Korang boleh usha IG Taman Hati cafe.





Inilah kakitangan Taman Hati Studio cafe yang rajin melayan kerenah kiteorang gila-gila sepanjang JagaHati workshop berlangsung. Acara event start, pada pukul 3.00pm. Walaupun event ini berlansung selama 2 jam lebih ia cukup memberi makna pada kami semua yang hadir tau. Banyak input kami dapat selain dapat kenalan baru. 


For me, all makanan super nyummy, paling sedap karipap dia. Until now terasa-rasa dekat anak tekak. So let's continue, what activity we run on that day. Actually, who ever participate this workshop need to bring recycle glass jar. You guest kiteorang kena buat apa?


Bring Recycle Jar to plant a tree - Guide by TamanHati staff

Ikutkan aku bukanlah jenis suka tanam pokok, dulu pernahlah try tanam tapi mesti tak menjadi. Mak aku kata aku tangan panas. But this workshop don't worry, everyone can plant a tree. Ini tanam anak pokok manja-manja ala-ala cactus. We buat santai-santai sambil struggle cantikkan decoration benih pasir dalam jar. 


Mereka provide bahan untuk penanaman pokok termasuklah peralatan untuk digunakan seperti small spoon. Antara bahan yang disediakan adalah seperti leca, 1 cup of moss, white seed & black seed. Dimana kami semua kena masukkan bahan-bahan ini semua mengikut layer dalam jar kiteorang bawa dari rumah. Its make me fun and enjoy make a my own plant a tree. Bravo!


Credit photo: Photographer Chloe's


Credit photo: Photographer Chloe's


Credit photo: Photographer Chloe's


Last part we need put our plant into the jar. Ini part paling mencabar sikit, we need to ambil pokok tu masuk dalam jar. Kena make it slowly, sebab anak pokok dia cute sangat, like cactus yang baru nak tumbuh gitu.


Then, here you go, my final close up for my plant. Cute gila, aku punya layer plant serupa overnight oatmeals gitu. Nak makan boleh? Bila pokok ini orang dulu-dulu kata nak bagi dia mekar, kena rajin berborak juga, bukan setakat siram je. For now, aku letak dia dekat better place sementara aku dapat better place. Pokok ini tak boleh terdedah dekat tempat terlalu panas, you can put dekat office, tak pun ruang yang ada cahaya sikit, nak siram 1 minggu 1 kali pun takpe. Nampak tak ada cute pokemon situ? Itu peneman untuk tanaman aku. The best part, alas tanaman pokok aku di sponsor khas dari @thewoodplace.my - custom made Butterfly coaster. Smart sangat dan kayu ia kukuh tampak exclusive sangat.



Belah kanan tanaman yang aku buat, manakala belah kiri adalah pokok bunga yang di sponsor khas dari @puduriafloristkl di mana mereka provide beautiful Kalanchoe (Widow's thrill) plant setiap seorang yang hadir. Sumpah lawa okay. Kalau korang usha fresh flowers yang cantik-cantik untuk hadiahkan pada kawan, girlfriends, mak ke, boleh consider dorang punya servis, for now banyak aku tengok bagi feedback positive dan ada juga buka workshop hand tied bouquet dan dapatkan bunga dari @puduriafloristkl ini. Nah aku lanja lagi gambar pokok dari mereka lagi. 

Credit photo: photographer Chloe's

Sangat sesuai for indoor plant. Boleh letak dekat sudut ruang tamu, bilik bacaan ataupun office. Bila berborak panjang mesti tekak terasa nak mengunyah sahaja kan. Mujur ada @ibericaspirit_malaysia sponsor kudap-kudap sepanjang workshop berlangsung.


Credit photo: Photographer Chloe's

Aku bab makan memang ambil bersungguh ya. @ibericaspirit_malaysia menawarkan pelbagai perisa potato chips paling penting ranggup dan sedap. Banyak-banyak perisa aku paling suka "Truffle Flavoured Potato Chips. Sedap, ada kelainan sedikit, rasa sikit pasti nak lagi.

Tidak lupa kepada Mamasan a.k.a @hellotammylim @thebutterflyproject yang bertungkus lumus menjayakan workshop ini tampak lebih ceria. For me this community yang banyak ajar aku lebih cenderung jumpa orang ramai, how to improved my skill blogging, this community yang banyak bagi impak pada aku untuk maju ke hadapan lebih produktif. Kadang-kadang menulis sesuatu review itu lebih menarik jika kita cuba dan rasai sendiri berbanding menulis tanpa mencuba. 

Moga after this ada lebih banyak lagi workshop akan diadakan. Tahu tak, setiap event dianjurkan oleh @thebutterflyproject mesti ada tema dan aktiviti menarik. Untuk kalini kami ketegangahkan penampilan minimalist, baju longar-longar dan santai untuk aktiviti relax. Sangat kena dengan Taman Hati punya vibes. If korang berminat aktiviti macam ini, boleh cepat-cepat follow @thebutterflyproject punya page, mana tahu ada next project.


Terima kasih sekali lagi kepada semua sponsor yang menjayakan program ini.

#JagaHati #butterflyprojectmy #butterflymsia #TamanHati #monin #ibericaspiritmalaysia #pudufloristkl #thewoodplace #yvesrocher


No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!