Pengalaman Renew Passport di Immigration Kelana Jaya! - Azwar Syuhada

Sunday 23 July 2023

Pengalaman Renew Passport di Immigration Kelana Jaya!

 Salam to all readers,

Ikutkan dah lama aku up entry ini kongsi dengan korang semua. Disebabkan kekangan masa, asyik tertangguh. Tambah ramai yang bertanya di TikTok, kadang-kadang aku tak sempat nak balas. Terima kasih blow up my TikTok video. Tak sangka ramai nak buat passport tahun ini. Disebabkan aku kena pergi Thailand haritu jadinya, aku kenalah renew passport aku yang dah tamat tempoh. Before this, aku just teman mak aku renew passport. Kalau korang deal dengan jabatan kerajaan ini kena banyak bersabar walaupun dorang dah upgrade sistem dorang pakai online pun still zaman dinosaur punya sistem. Aku kalau pergi jabatan camni memang temperature naik je. kahkah...



Pengalaman Renew Passport di Immigration Kelana Jaya!


Jom sambung, seperti semua sedia maklum dimana untuk renew passport sekarang memang dah boleh buat online. Yup online, ini bagi mereka yang dah ada buku passport untuk renew sahaja. Pada mereka yang belum ada passport, pertama kali nak buat kena walk in mana-mana cawangan Immigration yang berdekatan. Let's follow step di bawah untuk ketahui lebih lanjut bagaimana cara-cara untuk renew passport di pusat Immigration secara online.


Cara Mudah untuk Renew Passport Secara Online

Pada aku tiadalah mudah sangat tapi boleh mempercepatkan proses korang untuk collect passport je. Passport kalau siap still kena collect dekat jabatan dorang.

Langkah 1: Masuk ke portal website Immigration di >> https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport 

Note: Bila korang tekan link tersebut, dah dinyatakan secara lebih terperinci, kelayakan untuk melakukan pembaharuan passport dan juga terma dan syarat. Syarat buat upload gambar tu kena baca betul-betul. Salah korang upload nanti kena reject. Aku ambil gambar dekat kedai gambar terus. Settle. Setelah hadam segala terma dan syarat dia tu, teruskan dengan klik pada pautan "SETUJU" dekat bawah sekali.


Langkah 2: Lengkapkan details ketogori permohonan, details peribadi, termasuklah pejabat pungutan yang korang nak pergi ambil nanti. Kemudian teruskan dengan upload gambar, dan terakhir sekali lakukan pembayaran passport. Aku renew 5 tahun (RM200 tak silap haritu)


Note: Bayaran boleh dibuat melalui kad kredit atau debit (FPX)



Kreteria gambar: Gambar ini aku suggest korang pergi tangkap je dekat kedai gambar, rata-rata kedai gambar dah ada spesific ukuran yang Imigresen nak. Aku awal tu nak buat sendiri kononnya, nak kan jimat, alih-alih dekat setengah jam tak menjadi gambarnya, terus ke kedai gambar, tak sampai 15min siap dah. Balik terus upload and submit.


Langkah 3: Setelah selesai isi details, upload gambar seperti yang diminta dan buat bayaran. Korang kena double check email, untuk tahu result permohonan lulus ataupun tidak. Lepas aku submit, selang beberapa minit (10 minit) macam tu, aku dapat feedback, dimana permohonan aku tidak lulus atas alasan cap jari tidak sah. 


Jadi aku terpaksa walk-in ke cawangan yang pilih untuk collect pastport tu. If korang lambat dapat feedback atau email dari Imigrsen, cuba call pusat Imigresen yang korang pilih untuk collect tu. Bilamana, permohonan aku ditolak atas alasan cap jari tidak sah, aku continue untuk lakukan temujanji untuk walk in (temujanji kena book online). 



Aku cadangkan kalau korang dah pilih waktu pagi jam 8.00am sekalipun, better datang awal, disebabkan dekat sana kena beratur ambil nombor juga (jangan mengharapkan booking online semata-mata). Sistem dorang masih zaman batu lagi pada aku. hahaha.. Aku walaupun appointment jam 8.00am-9.00am sekalipun, jam 6.15am aku dah terpacak dekat depan pusat Immigration Kelana Jaya. Masa aku sampai dah ada orang beratur lagi awal. Kau rasa? Ku pikirkan aku dah cukup awal, rupanya ada lagi awal. Satu lagi, aku tak ambil cuti waktu buat passport, aku minta masuk lambat je.



Satu kelebihan korang buat renew passport menerusi online, atau half way secara online, bilamana korang datang walk-in korang boleh skip beberapa part tau. Makesure, korang beratur di barisan yang betul, dekat bawah tu dia ada tampal, barisan ini untuk pertama kali buat passport, masalah cap jari, dan juga collect passport online. Bila jam 8.00am office buka, staff akan bagi nombor pada had depan, dimana warga emas yang pertama kali nak buat passport dia bagi masuk dalam duduk, tapi kena tunggu lama la.




Kalau korang tak booking online, korang kena tunggu turn, setiap hari dia ada limit. Kalau luck dapatlah nombor, kalau tak dapat nombor kenalah tunggu keesokan harinya. Apa-apa pun better korang booking appointment online, at least jimat masa.


Disebabkan aku hanya ada masalah cap jari sahaja, aku just pergi kaunter yang analisis cap jari, settle boleh tunggu 30minit untuk passport siap. Jam 9.20am aku dah masuk office.


Tapi makesure korang bawa dokumen di bawah bila datang ke pejabat Immigration:

1) Original NRIC
2) Buku passport lama
3) Surat temujanji (check email)
4) Email pengesahan sudah melakukan pembayaran


p/s: Semoga urusan korang nak renew passport dipermudahkan! Anything buzz me okay, hopefully entry ini sedikit sebanyak membantu korang semua. Jangan lupa share dengan kawan-kawan yang nak renew passport online okay!

Thank you for reading!



No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!