GKB Probiotics Bantu Meningkatkan Proses Penghadaman Secara Menyeluruh untuk Perlindungan Kesihatan Serta Memperbaiki Kulit - Azwar Syuhada

Saturday 25 March 2023

GKB Probiotics Bantu Meningkatkan Proses Penghadaman Secara Menyeluruh untuk Perlindungan Kesihatan Serta Memperbaiki Kulit

Salam to all readers.



 | GKB Probotics Bantu Meningkatkan Proses Penghadaman Secara Menyeluruh untuk Perlindungan Kesihatan Serta Memperbaiki Kulit | Selamat menyambut bulan Ramadhan semua, diam tak diam dah pun masuk bulan Ramadhan. Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya dan beroleh pahala berganda. Berbalik kepada topik asal, berkenaan GKB Probiotics supplements baik untuk usus penghadaman dalam badan kita. Aku tergerak hati nak mencuba bilamana, ada kawan-kawan lain suggest brand ini pada aku sendiri. Ceritanya bermula, aku lately perasan muka aku naik balik jerawat, dan aku rasa cepat penat. 


Punca jerawat ini satu halnya lagi adalah dari segi pemakanan apa yang kita makan juga. Pantang nampak benda viral, gigih pergi juga nak try, hujung minggu sikit-sikit food hunting, makan dan terus makan, bila jerawat naik mulalah nak stress, ditambah lagi penghadaman usus kita tak berapa lancar dan menyebabkan sukar untuk membuang air besar terjadinya masalah sembelit. Ikutkan aku ada masalah membuang air besar, boleh dibilang dengan jari berapa kali sahaja aku ke tandas untuk membuang air besar, ikutlah macam-macam petua untuk membuang air besar, tak jalan juga. Alih-alih aku kerap buang air kecil je. 


Pada awalnya, aku cari supplement untuk memperbaiki kulit sahaja, alih-alih dapat sekali supplement untuk penghadaman usus, memang bertuahlah. Terima kasihlah pada kawan aku yang rekomen kan brand ini. Alhamdulillah dah hampir sebulan jugalah aku consume supplement ini, dan ianya memberi impak yang positif dekat badan aku. 

Apa itu GKB?

All Cosmos Bio-Tech Holding Corporation dan Grape King Bio Taiwan telah mengembling tenaga dalam menubuhkan GKB, iaitu GK BIO International Sdn Bhd. Tujuan utamanya adalah untuk mempromosikan kepentingan kesihatan dengan menawarkan produk kesihatan berkualiti tinggi di Malaysia pada harga yang berpatutan dan mampu milik. Sekaligus bagi membantu mengawal fungsi tubuh badan kita sendiri. Lebih dari 1 juta penduduk Malaysia telah berjaya mengekalkan gaya hidup sihat dengan rangkaian produk GKB ini.


GKB menggunakan lebih daripada 40 jenis cendawan dan probiotik dalam produknya dan memastikan produk tersebut 100% semulajadi, bebas sisa, bebas bahan kimia, tiada kesan sampingan dan pastinya sesuai untuk semua ahli keluarga bagi mengekal kesihatan


Kelebihan utama probiotik GKB adalah dihasilkan dengan teknologi paten lapisan pelindung pelbagai antioksidan dalam bentuk granul. GKB ialag satu-satunya syarikat suplement kesihatan dengan 4 lapisan pelindung untuk priobiotiknya bagi memastikan probiotik berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan hidup yang tinggi. Selain itu, probiotik yang bentuk granul probiotik ini juga dapat membantu mengurangkan risiko tercekik, yang sesuai untuk dimakan terus atau dicampurkan dengan minuman.


GKB telah melancarkan 5 produk sasaran yang berorientasikan untuk membantu pengguna mengekalkan kesihatan usus mereka dan seterusnya dapat membantu mengubah mereka lebih cantik dari luar dan dalam. Jom lihat satu persatu rangkaian produk GKB.


Antara rangkaian produk GKB Probiotics adalah;

1)  GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 - untuk mengawal minyak & mengurangkan kalori


Pada mereka yang berkeinginan untuk mengurangkan berat badat, supplement GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 ini sesuai untuk anda. Ia membantu mengawal minyak dalam badan dan mengurangkan penyerapan kalori. Hal ini kerana ia terkandung Lactobacillus plantarum. Lactobacillus plantarum ini merupakan ketegangan probiotik yang kuat untuk menyerap lemak dalam badan, asid urik dan lipid darah (kolestrol. trigliserida), dan ia merupakan satu-satunya bakteria yang mampu menyerap minyak.


Antara khasiat Lactobacillus Plantarum GKM3 adalah bagi membantu mengurangkan penyerapan kalori, membantu mengurangkan berat badan, meningkatkan tenaga, membantu sistem penghadaman, menjadikan badan lebih langsing serta meningkatkan kelembapan kulit dan mengurangkan kesan kerosakan kulit yang disebabkan oleh cahaya ultraviolet.


2) GKB Probizymes - untuk mengurangkan Gastritis

GKB Probiotics Bantu Meningkatkan Proses Penghadaman Secara Menyeluruh untuk Perlindungan Kesihatan Serta Memperbaiki Kulit


Pada mereka yang kerap alami gastrik, GKB Probizymes ini sesuai diamalkan kerana ia diformulasikan dariapda probiotik, prebiotik, enzim karbohidrat, enzim protein dan enzim lemak. Dimana ia mampu menangani masalah kembung perut berpanjangan, sakit perut akibat gastrik dan mengurangkan simptom refluks asid gastrik dengan berkesan.


3) GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus 




Nak kulit cantik dan mulus, amalkan makan supplement GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus ini pula dimana ia mampu memperbaiki kulit.

Ketegangan probiotik Lactobacillus Rhamnosus digunakan secara meluas untuk mencegah penyakit gastrousus seperti usus bocor atau dysbiosis, mengurangkan masalah kulit kering, mengurangkan sensitiviti kulit dan mempromosikan kesihatan kulit.


Ia juga dapat membantu mencegah jangkitan alat kelamin wanita, meningkatkan imuniti dan melegakan penyakit berkaitan ketidakseimbangan mikrob. Produk ini disambut baik oleh wanita.


4)  GKB G-Pro Gold



Gaya hidup yang tidak teratur atau tekanan kerja yang tinggi, boleh menyebabkan sembelit. GKB G-Pro Gold mengandungi 10 jenis probiotik dan 2 jenis prebiotik, dimana setiap kapsul vegetarian mengandungi 80 billion jumlah bakteria probiotik hidup, yang mampu meningkatkan flora usus.


Produk ini direka khusus untuk memperbaiki usus dan sesuai untuk ramai termasuk orang yang mengalami masalah sindrom iritasi usus, cirit-birit yang teruk dan sembelit. Probiotik membiak dan memetabolismekan dalam usus, bagi meningkatkan pH dan rembesan usus, untuk membantu mengurangkan kemandirian bakteria patogen, dengan itu meningkatkan fungsi penghalang uss dan mengurangkan kejadian keradangan usus.


5) GKB Probio + 




GKB Probio+ mengandungi 5 jenis bakteria probiotik yang bergungsi aktif serta 4 jenis prebiotik, yang membantu pencernaan dan mengurangkan sembelit dan cirit-birit.

Kombinasi sempurna bakteria probiotik & prebiotik memberikan lebih perlindungan kepada saluran usus, membantu pencernaan dan penyerapan nutrien daripada makanan, mengekalkan keseimbangan mikroflora usus dan meningkatkan imuniti. 


Setiap sachet mengandungi 20 billion jumlah bakteria probiotik hidup, sesuai untuk penjagaan harian usus dan kesihatan perut keluarga. Orang yang mengalami gejala sembelit ringan dan senak perut yang ringan juga disarankan untuk mengambilnya.


Badan Rasa Lebih Sihat & Kulit Wajah Rasa Lebih Sihat dan Tidak Kusam dengan GKB Probiotics

Alhamdulillah setelah hampir sebulan juga aku consume rangkaian produk GKB Probiotics sedikit sebanyak ia memberi feedback positif pada badan aku. Benda pertama aku takkan pernah missed makan sudah semestinya GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus sesuai untuk penjagaan kulit wajah, terutamanya bagi kulit sensitif. 

Ikutkan aku jenis kulit kering, now sejak aku mengamalkan pemakanan GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus ini setiap hari sebelum tidur, aku perasan kulit wajah aku dah tak kusam macam sebelum ini. Sekarang kulit wajah lebih sihat. Rasa konfiden sikit nak jumpa orang. Dan aku perasan juga badan aku sendiri dah tak rasa gatal-gatal lepas consume supplement ini, ikutkan aku punya kulit terlalu sensitif, kalau salah pakai sabun, makan, pencuci muka, mulalah naik ruam. Now tiada lagi isu kulit gatal-gatal dah.


Cara pengambilannya cukup mudah, sama ada kemam dalam mulut terus ataupun bancuh dengan air. Rasanya pun SEDAP!


Disebabkan aku ini kategori orang pakat belasah makan sahaja apa yang ada, menyebabkan berat badan aku cepat naik, kurang membuang, makanan terkumpul dalam usus, usus tak sihat jadinya boleh menyebabkan jerawat timbul dekat muka. That why, aku amalkan juga makan GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 - untuk mengawal minyak & mengurangkan kalori. Boleh kontrol berat badan aku, even mak aku pun makan supplement ini sekali. Sempatlah nak pakai baju size M raya tahun ini kan?

Supplement ini dalam bentuk kapsul(agak besar jugalah), boleh makan sebiji 1 hari. Seeleok-eloknya, amalkannya selepas makan. Rangkaian produk GKB ini boleh diambil 2 kali sehari mengikut keperluan. Kalau aku prefer 1 kali, 1 hari sudah memadai.

GKB Probiotics Bantu Meningkatkan Proses Penghadaman Secara Menyeluruh untuk Perlindungan Kesihatan Serta Memperbaiki Kulit

GKB Probiotics Bantu Meningkatkan Proses Penghadaman Secara Menyeluruh untuk Perlindungan Kesihatan Serta Memperbaiki Kulit

Berbentuk granul probiotik (halus sahaja), mudah dikemam makan begitu sahaja, ataupun larutkan dalam air. Alang-alang nak minum air, bubuh sahaja GKB ini dalam gelas tu sekali, kacau-kacau dan minum. Rasanya pun sedap, manis-manis je.


Kalau dulu boleh dibilang dengan jari berapa kerap sahaja aku buang air besar. Tapi sejak mengamalkan supplement GKB  Probiotics ini pembuangan air besar aku semakin lancar, boleh dikatakan hari-hari secara konsisten aku membuang. Aku perasan ini bila dah awal 5 hari aku mengamalkannya. See, baru berapa hari amalkannya dah ada tindak balas positif. Tiada lagi masalah sembelit lepas ini.


Justeru kita kena jaga juga usus dalaman kita, terutama bagi mereka yang kaki makan macam aku. Semua benda nak cuba, makan makan juga, dalaman pun kena jaga. Now, nak sihat dalaman dan luaran kenalah amalkan supplement GKB Probiotics ini setiap hari secara konsisten. Usus bersih, badan sihat!


Korang boleh tengok short video dibawah, untuk lihat lebih details lagi berkenaan rangkaian produk GKB Probiotics.





Dapatkan Rangkaian Produk GKB Probiotics Secara Walk-in & Online

Justeru kita wajib jaga luar dan dalaman kita, barulah sihat. Pada mereka yang ingin mencuba rangkaian produk GKB ini bolehlah walk-in / beli sahaja terus atas talian. seperti yang tertera di bawah.


Tempat Jualan Produk GKB:

Semua cawangan Farmasi besar di Malaysia, termasuklah;

Central: Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy         
Melaka: Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak        
Penang: Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy        
Perak: Alpro Pharmacy, HTM Pharmacy        
East Coast: Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan         
Southern: Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy        
Sabah: Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy        
Sarawak: Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy

Untuk lihat senarai farmasi, boleh rujuk terus ke>> https://www.mygkb.com/Article/Detail/1188 

Platform Media Sosial GKB:
RED ID: 1318211221

#gkbinternational #gkbsoftlaunch2023 #gkbprobiotics #gkbspacesuit

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!