Buffet Ramadhan 2023 | Nikmati Kesedapan Selera Nusantara Di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam Sambil Raikan Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al-Mahabbah - Azwar Syuhada

Sunday 26 March 2023

Buffet Ramadhan 2023 | Nikmati Kesedapan Selera Nusantara Di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam Sambil Raikan Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al-Mahabbah

 Salam Ramadhan everyone!


 | Buffet Ramadhan 2023 | Nikmati Kesedapan Selera Nusantara Di Dewan Bankuet MBSA,  Shah Alam Sambil Raikan Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al-Mahabbah | Setiap kali menyambut Ramadhan pasti rasa syahdu, paling seronok bila menjelang berbuka puasa. Waktu tulah detik paling best dapat berkumpul dengan mak ayah, adik beradik, sanak saudara (buat mereka yang balik ke kampung menyambut Ramadhan), berbuka bersama kawan-kawan buat mereka yang merantau. Namun, paling bermakna bilamana kita sama-sama dapat berbuka sekali dengan anak-anak yatim.



Semalam aku berkesempatan berbuka puasa di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam bersama kawan aku, Joanne. Majlis berbuka puasa tak semestinya kaum muslim sahaja boleh hadir, kaum lain tak kira Cina mahupun India anda juga boleh turut hadir. Banyak kali iklan lalu lalang dekat feed aku, jadinya aku nak pergi juga rasai sendiri "SELERA NUSANTARA Catering & Event yang berlangsung di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam.


Semalam, 25 March 2023 telah berlangsung majlis berbuka puasa bersama 30 orang anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al-Mahabbah, Bukit Raja Klang


Jelas terpancar kegembiraan diwajah mereka. Semoga mereka berjaya dunia akhirat. Mereka turut melakukan persembahan semalam.


Majlis ini diadakan untuk menyantuni anak-anak yang kurang bernasib baik ini. Dalam masa yang sama juga ia merupakan inisiatif pihak Nusantara Catering & Event untuk memberikan sinar kegembiraan buat anak-anak ini di bulan Ramadan yang penuh kemuliaan.


Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam, merupakan satu lokasi yang popular dengan pelbagai acara dan keramaian. Buffet Ramadhan ini bermula pada 25 Mac sehingga 20 April 2023, 6.30 petang sehingga 9.30 malam.


PELBAGAI MENU ENAK BOLEH DINIKMATI BERSAMA



Para tetamu yang menikmati Buffet Ramadhan 2023 di Dewan Bankuet MBSA ini akan dihidangkan dengan pelbagai makanan buffet dengan lebih daripada 6 gerai, pilihan makanan tempatan yang cukup enak. Aku makan sampai 2 kali round, memang sedap puas hati makan sini. Buat mereka yang tekak melayu, dan mengidam nak makan makanan Nusantara, bolehlah datang berbuka puasa dekat sini. Juadah dia banyak pilihan dan semuanya puas hati dapat makan.




Diketuai oleh Chef Bob dan Chef Shahril yang berpengalaman lebih 15 tahun di dalam dan luar negara telah bersama-sama menghasilkan kompilasi hidangan nusantara yang mempunyai lebih 100 sajian. 






Antara sajian yang dihidangkan adalah termasuk KAMBING GOLEK DENGAN SOS LADA HITAM DAN SOS DAUN MINT dan AYAM DARA GOLEK DENGAN SOS ISTIMEWA, DIM SUM, KUEW TEOW PENANG STYLE, MEE GORENG MAMAK dan pelbagai lagi menu istimewa dari kedua-dua chef berpengalaman ini.

Lauk pauk tradisonal Melayu seperti ayam masak lemak cili api bersama pucuk ubi, daging salai rebung sri menanti, daging masak kerutub, ketam masak kam heong, ayam goreng berlado cik ani, sotong sambal petai, daging, rendang minang, kari kambing mamak style, ayam masak merah kacang peas, ayam goreng berdaun kari dan udang mamak style.














Bagi sajian pemanis mulut, pihak Dewan Bankuet MBSA menyediakan beraneka kuih muih tradisional melayu, sago gula melaka, tapai pulut daun getah, beraneka puding, cream caramel, rojak buah, dan buah-buahan.


Jangan dilupa pembuka selera seperti jeruk pak ali, telur masin, ikan pekasam, kerabu tauge pucuk paku, kerabu jantung pisang, kerabu mangga, kerabu ikan bilis, pasembur utara, pasta salad, pecal, keropok ikan, papadom dan banyak lagi. Buat pengemar sambal belacan, cencalok dan budu turut dihidangkan.




HARGA BUFFET RAMADHAN 2023 - DEWAN BANKUET MBSA


Promosi pembukaan pada harga RM88 Nett sah sehingga 23 Mac 2023 boleh dibeli dengan menghubungi 011-54040385 atau scan code yang ada di poster yang disediakan.

Harga RM98 Nett untuk dewasa dan RM58 Nett untuk warga emas dan kanak-kanak bermula 28 Mac 2023 amat berbaloi untuk semua lapisan masyarakat.



 
Tetapi untuk 2 hari pertama pembukaan, iaitu 25hb dan 26hb Mac,2023 tawaran harga yang lebih menjimatkan iaitu hanya RM75.00 sahaja diberikan kepada semua pelanggan yang membuat tempahan.

Pelbagai kemudahan disediakan buat semua pengunjung yang datang berbuka puasa di Dewan Bankuet MBSA termasuk parking kereta percuma, surau, mesra OKU dan juga berhawa dingin.






Antara yang menarik di sini, Dewan Bankuet MBSA akan membawakan showcase yang cukup istimewa daripada artis-artis jemputan, ada live band, OOTD Corner dan juga ‘kids zone’ untuk anak-anak bermain turut disediakan.

Buat pelanggan korporat yang ingin mengadakan majlis di Dewan Bankuet MBSA, perkhidmatan layanan VVIP dan hidangan secara Dome juga disediakan. Begitu juga dengan tajaan berbuka puasa untuk anak-anak yatim bagi pelanggan individu atau korporat yang ingin membuat tajaan turut ditawarkan.

Sementara itu bagi yang mahu menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri, Nusantara Catering & Event menawarkan perkhidmatan mereka dengan harga yang sangat berpatutan. Telah berpengalaman dalam pelbagai penganjuran majlis dan kenduri memberikan mereka satu sisi lain dalam setiap majlis yang dianjurkan.



Buffet Ramadhan 2023 | Nikmati Kesedapan Selera Nusantara Di Dewan Bankuet MBSA,  Shah Alam Sambil Raikan Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al-Mahabbah



Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan yang cukup enak di Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA yang dibawakan oleh Nusantara Catering & Event ini. 

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!