Parrot Natural Body Wash: Sabun Mandian Legend Kini Hadir dengan Shower Cream + Sabun Buku yang Kaya dengan Wangian Bunga & Herba - Azwar Syuhada

Saturday 12 November 2022

Parrot Natural Body Wash: Sabun Mandian Legend Kini Hadir dengan Shower Cream + Sabun Buku yang Kaya dengan Wangian Bunga & Herba

 Salam to all readers,


| Parrot Natural Body Wash: Sabun Mandian Legend Kini Hadir dengan Shower Cream + Sabun Buku yang Kaya dengan Wangian Bunga & Herba| Agak-agak korang wangian itu penting tak? Kalau soalan tu ditujukan pada aku sendiri, ya wangian sangat penting. Wangian juga memainkan peranan untuk melakukan rutin harian. Kalau badan tak wangi, automatik rasa tak semangat buat kerja. Wangian bukan sekadar sembur pada bagaian badan. Wangian ini ada banyak, salah satunya sabun mandi. Pemilihan sabun mandi juga sangat penting, cuba bayangkan kalau tak mandi sehari badan dah rasa berlengas punya, bau tak usah cakaplah. Justeru, kita wajib mandi hari-hari. Jadi, harini Azwar nak share satu produk mandian yang Azwar gunapakai sekarang ini. Sabun ini agak legend, sebab last week, Azwar bawak balik 1 shower cream, then mak Azwar tegur.



Ehhh... dah ada versi shower cream sekarang ini. Mak Azwar cakap, sabun ini dah lama dari zaman arwah nenek ada lagi. Waktu tu keluar jenis sabun buku (bar soap), tak ada yang shower cream ini. Sabun mandian ini juga sangat wangi tambahnya lagi, harum semerbak bau haruman wangian bunga dari Parrot Natural memenuhi ruang bilik. Parrot Natural yang paling legeng sekali soap bar color "hijau", sabun inilah yang paling terawal keluar zaman mak, nenek, moyang kita dulu kala. 


Sekarang zaman dah moden, macam-macam berubah, Parrot Natural pun dah keluarkan varian yang baharu bukan sahaja keluarkan bar soap, malah dah ada shower gel sekarang ini. Lagi mudah, boleh pum je, nak bawak travel pun senang. Paling penting semua sabun mandiannya sangat wangi. Haruman sabun yang cukup menyegarkan dapat meningkatkan lagi semangat untuk mandi hari-hari. Nak melakukan kerja harian pun rasa lebih bersemangat sebab bau wangiannya bertahan lama.


Parrot Natural Body Wash: Sabun Mandian Shower Cream + Sabun Buku (Bar Soap) yang Kaya dengan Wangian Bunga & Herba


Sabun mandian Parrot Natural Botanicals ini diformulasikan daripada haruman botani asli dari Thailand serta minyak herba tradisional. Sabun mandian Parrot ini juga telah lama bertapak di pasaran selama 70 tahun kerana kualiti brand ini memberi manfaat kepada semua. Sesuai digunapakai untuk seisi keluarga, malah kandungan herba-herba semulajadi yang terdapat dalam sabun Parrot ini dapat membantu masalah kegatalan kulit, ataupun berjerawat. Paling best sekali, harumannya kekal berpanjangan selama 8 jam.

Tidak hairanlah, Parrot Natural diiktiraf sebagai produk no. 1 di Thailand yang menawarkan kesegaran botani yang asli. Parrot turut mendapat pengiktirafan  Kementerian Perindustrian dalam Kategori Kecantikan Penjagaan Diri sebagai Produk Premium Anugerah Thailand.


Rangkaian Parrot Natural Body Wash



Kini sabun mandian jenama Parrot didatangkan dalam 2 versi iaitu Shower Cream dan juga Sabun buku (bar soap) Parrot Botanicals. 

Parrot Botanicals Shower Cream (Liquid Soap)



Parrot Botanicals Shower Cream (Liquid Soap) terdiri daripada 3 jenis iaitu White Sakura (botol pink), Unique Botanicals (botol hijau), dan White Thanaka (botol peach). Ketiga-tiga sabun ini Azwar dah pakai, baunya memang cukup menyegarkan. Dia punya haruman tiada tandingan, ini kerana haruman bunga dari alam semulajadi sehingga mampu mengekalkan pada kulit selama 8 jam. Tidak musykillah kenapa brand ini mampu bertahan lama dipasaran, salah satunya menawarkan rasa bau keaslian dalam sabun mandian Parrot ini.


Thai Botanicals & Herbs Shower Cream


Kalau nak tahu, bau haruman Thai Signature ini dihasilkan dari bahan-bahan botani Thailand yang sukar ditemui, dah dapat memberi kesegaran, dan wangian kekal lama. Haruman bau sabun ini sesuai sangat pada mereka yang tampil elegan dan klasik. Dulu ada jual dalam bentuk sabun buku (bar soap), kini dah jual dalam bentuk shower gel (jenis cecair), mudah sikit nak bawa travel lepas ini. 



White Sakura Shower Cream 


Diperkayakan dengan haruman bunga sakura yang mampu meninggalkan haruman yang cukup wangi sehinggal 8 jam. Ia mampu mencerahkan kulit sekaligus menjadikan kulit berseri-seri sepanjang hari. Harumannya cukup lembut sesuai untuk mereka yang berperwatakan santai dan tampil feminin. Aku suka sebab botol dia pink, one of my fav colour!


White Thanaka

Kalau korang seorang yang aktif, kaki bersukan, hiking, White Thanaka shower cream ini sesuai untuk anda. White Thanaka memberi wangian segar semulajadi dengan nilai "White Thanaka" sekaligus dapat membantu kembalikan kesegaran kulit. Jadi, kalau korang dah balik hiking, atau melakukan aktiviti sukan, balik bersihkan badan dengan White Thanaka ini, confirm badan korang akan rasa lebih segar lepas menggunakannya. Paling penting wangiannya kekal berpanjangan selama 8 jam!





Sabun Buku (Bar Soap) Parrot Botanicals 


Sabun Buku (Bar Soap) Parrot Botanicals terdiri daripada 9 jenis haruman, tapi Azwar telah mencuba varian Thai Botanicals Herbs, White Sakura, Thai White Jasmine, White Thanaka dan juga Sweet Pink Roses. Kalau korang nak tahu, Sabun Parrot Botanicals ini turut mengandungi Citronella Oil yang mampu membunuh bakteria serta menghalang pertumbuhan bakteria pada kulit yang boleh menyebabkan jerawat. Sabun buku ini didatangkan dalam bungkusan yang comel, beratnya hanya 70g sahaja, 1 pek.



Thai Botanical & Herb (product best selling)
Wangian Botani Thai yang cukup unik dengan minyak cengkih & Citronella



Sweet Pink Roses


Thai White Jasmine





White Sakura


Sabun White Thanaka


Kulit Kekal Mewangi dengan Sabun Mandian Parrot Nautral Botanicals


Ikutkan Azwar sendiri suka tukar-tukar sabun mandian badan. Asal wangi memang akan cuba punya, paling prefer sabun yang memberi kelembapan dan wangian yang berpanjangan. Bukanlah tukar setiap hari, kadang-kadang 2 bulan sekali akan tukar, sebab ada setengah brand tak sesuai dengan kulit sehingga menyebabkan kemerah-merahan dan gatal-gatal. 

Sekarang dah jumpa Parrot Natural Body Wash ini, bukan setakat wangi, malah dapat membantu masalah kegatalan lepas mandi. Nampaklah perbezaan guna sebelum dan selepasnya. 


Krim mandian Parrot Natural Botanical White Sakura



Lembut je buih-buih sabun dibersihkan padan badan. Hilang segala daki pada badan. Badan pun rasa lebih fresh lepas menggunakan sabun mandian Parrot Natural Body Wash ini. Sabun mandian Shower Cream White Sakura ini, Azwar suka ditambah pula dia didtangkan dalam botol yang cukup praktikal, senang nak bawa travel, paling penting boleh agak banyak mana kuantiti yang kita nak gunakan.


Sama juga dengan (bar soap)- sizenya comel sahaja, korang boleh nampak ukiran Parrot disitu. Haruman asli yang mampu bertahan 8 jam. Even dia kecil sahaja, boleh tahan lama penggunaannya.



 Sesuai digunakan oleh golongan kulit sensitif .

Dalam banyak-banyak bau, Azwar paling suka White Sakura, haruman baunya sangat lembut dan menenangkan. Lepas guna badan rasa lebih fresh, nak buat kerja pun rasa lebih produktif compare dari hari sebelum-sebelumnya tau. Kalau korang nak badan wangi-wangi bolehlah cuba sabun mandian dari Parrot ini.

Sekarang, kesemua varian Parrot Natural dah ada di pasaran Malaysia, korang boleh dapatkannya di semua hypermarket, pasaraya, pasar mini, ataupun boleh membuat pembelian atas talian. 


Jom tengok short video Parrot Natural product!







Untuk makluman lanjut boleh layari:

@parrot.natural official IG : https://www.instagram.com/parrot.natural/
Facebook >> Parrot Natural Malaysia >>: https://www.facebook.com/ParrotNaturalMY 


 #ParrotNatural #ParrotNaturalMalaysia #ShowerCream #Soap #Imported #Thailand #VITAMDEDIA


1 comment:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!