Tourism Selangor Menganjurkan Selangor International Travel Photography Festival - Azwar Syuhada

Tuesday 15 November 2022

Tourism Selangor Menganjurkan Selangor International Travel Photography Festival


 | Tourism Selangor Menganjurkan Selangor International Travel Photography Festival | Minggu lalu berlangsungnya Selangor International Travel Photography Festival bertempatkan di Paradigm Mall, Petaling Jaya. Pelbagai aktiviti, dan pameran di hidangkan kepada orang ramai tau. Aku salah seorang yang menyertai festival ini.

Destinasi tumpuan pelancongan di negeri Selangor merupakan salah satu tarikan utama bagi jurugambar dan pencipta kandungan kreatif. Negeri Selangor, melalui agensi promosi pelancongan Tourism Selangor  menganjurkan Selangor International Travel Photography Festival dari 12 hingga 13 November 2022, bertempat di UG Atrium, Paradigm Mall, Petaling Jaya.

Sebagai salah satu usaha bagi mempromosikan destinasi pelancongan domestik di negeri Selangor, Selangor International Travel Photography Festival pada tahun ini akan menampilkan pelbagai aktiviti seperti pertandingan dan pameran fotografi, perbincangan dan pembentangan, persembahan kebudayaan, seminar dan banyak lagi.

Negeri Selangor telah berjaya menarik lebih 10.2 juta pelancong domestik ke negeri Selangor pada tahun 2021 dan menjadikan negeri Selangor sebagai negeri yang paling ramai dikunjungi di Malaysia. Melalui kerjasama dengan pemain industri pelancongan utama, seperti Jumpstreet Asia, Selangor Fruit Valley, Hotel Eastin, Muzium Coklat, Jungle School Gombak dan Gamuda Land, Selangor International Travel photography Festival mampu meningkatkan lagi usaha mempromosikan pelancongan domestik negeri Selangor dengan lebih baik lagi.



Mengenai Tourism Selangor


Tourism Selangor merupakan Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri Selangor yang ditubuhkan bagi meningkatkan bilangan pelancong tempatan dan antarabangsa ke Selangor dengan mempertingkat dan membangunkan keindahan negeri yang terkenal serta belum ditemui.

Negeri ini merangkumi 9 daerah, termasuk Petaling, Gombak, Klang, Sepang, Hulu Langat, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Kuala Langat dan Hulu Selangor. Kawasan ini dikenali sebagai destinasi pelancongan dan acara yang menarik.

Terdapat banyak inisiatif telah diambil bagi mencapai matlamat ini, seperti penganjuran kempen tempatan dan antarabangsa, acara, misi perdagangan pelancongan luar negara, jelajah tempatan dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://selangor.travel/ atau ikuti mereka di laman Twitter, Facebook dan Instagram

Tourism Selangor Menganjurkan Selangor International Travel Photography Festival

Lepas ini kalau ada plannak bercuti, jangan lupa #PusingSelangorDulu

Thank you for reading guys!

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!