Pekena Lempeng Sedap di Restoran Kukus Klasik, Jalan Tepi Sungai Klang! - Azwar Syuhada

Friday 16 September 2022

Pekena Lempeng Sedap di Restoran Kukus Klasik, Jalan Tepi Sungai Klang!

 Salam to all readers,


| Pekena Lempeng Sedap di Restoran Kukus Klasik, Jalan Tepi Sungai Klang! | Nak dijadikan cerita ini semua last minute plan, maklumlah biasanya rancang awal-awal belum tentu menjadi. So, nak taknak kena plan last minute, yang itu baru betul-betul menjadi. Ikutkan dah lama aku tak bawa mak keluar, kalau aku balik je memang aku duduk rumah je tak keluar-keluar. Aku nak nikmati hari berada di rumah gitu. Jadi, kebetulan aku balik last week, dan takde siapa datang hujung minggu tu, aku ajaklah dia pergi breakfast dekat luar. Awal tu dia taknak weyhh, disebabkan dia takut aku yang drive berdua pula dengan dia. Kalau nak pergi yang dekat dengan rumah. 




Aku kalau korang tanya kedai makan mana sedap area kampung aku tu, sumpah aku tak tahu. Sebab boleh dikatakan, kami jarang keluar makan dekat luar. Aku tahu, dapur mak aku paling sedap masakan, tambah perut aku sangat sensitif makan dekat luar. That whylah aku ajak dia ajak makan jauh sikit, sebab restoran ini pun aku tengok review dekat sosial media, very nostalgia gitu. Jadi, bagi memaksa mak aku pergi pagi tu, aku heret anak pak itam aku sorang ikut sekali. Seawal jam 7.30am pagi kami dah gerak bagi menggelakkan jalan jem. Kawasan aku, baik hari kerja mahupun hujung minggu mesti jem punya, kadang-kadang nak masuk rumah sendiri pun jem, maklumlah depan rumah kira dah jalan besar. 


Dalam pada leka berborak sambil bawa kereta, sampai juga destinasi yang dituju. Awal tu dah masuk lorong tersebut, tak nampak lagi restorannya. Bila patah balik, jalan slow-slow baru nampak restorannya. Sekitar jam 8.05am kiteorang sampai, lepak dulu dalam kereta, memandangkan mereka start beroperasi jam 9.30am. Benda viral, kena pergi awal, kalau tak dari kau plan nak datang breakfast, jadinya nanti makan tengahari. Lagi, aku ini jenis tak menyabar kalau makanan sampai lambat. Jam 9.00am baru kami baru keluar kereta dan berjalan kaki ke restoran kukus. Restoran ini betul-betul bersebelahan dengan masjid, jadi korang bolehlah park dekat lorong masjid tersebut, jangan pula park dekat dalam, nanti tertutup pula pagarnya. 


Restoran Kukus Klasik - Mengimbau Zaman P. Ramlee

Pekena Lempeng Sedap di Restoran Kukus Klasik, Jalan Tepi Sungai Klang!

Restoran ini memang rare, suasana Kukus Klasik ini cukup nostalgia zaman 80an ke 90an, dekorasi dipenuhi barang-barang antik, ditambah pula dengan alunan muzik P. Ramlee berkumandang sambil menikmati juadah. Perghhh.. ditambah pula pekerja pakai suit hitam pula, memang indah dan meriahlah suasana dalam restoran ini.

Antara hidangan yang boleh dinikmati disini adalah seperti roti bakar telur, lempeng cicah sambal ikan bilis, telur 3 suku, kerabu, tong mo, ada juga hidangan berat seperti nasi kukus. Tapi kami datang breakfast sahaja, makan light2 jerlah. Disebabkan kami datang terlalu awal, kami sempat melihat pekerja disitu membuat preparation, dari yang membakar tokmo, setup meja, goreng lempeng sehinggalah ambil order. Dorang memang buka sharp jam 9.30am, waktu tu memang laju orang ambil tempat duduk. Mujur datang awal, dapat tempat duduk depan sekali.


Pekena Lempeng Sedap di Restoran Kukus Klasik, Jalan Tepi Sungai Klang!


Seumur hidup aku ini pertama kali aku menjamah makanan yang diberi nama Tok Mo ini. Ia merupakan sosej kemboja, 1 cucuk berharga RM1.50 tak silap aku. Tok Mo ini kira makanan paling rare, sebab susah nak jumpa. Tapi aku kurang sikit makan sosej ini. Tapi cara masakan dia memang unik, berasap-rasap depan restorannya.



Ini keseluruhan hidangan kami order, ubi rebus cicah sambal ikan bilis, lempeng cicah sambal ikan bilis, roti bakar telur, telur 3 suku, teh ais, milo ais, dan ais kosong. Overall hidangan yang kami order sedap dijamah terutama lempeng. Mak aku pun puas hati makan, katanya sambal sedap, lempeng yang dihidangkan pun lebar. Tambah dorang serve makanan memang laju gila. Tak rugilah, niat aku bawa mak pergi makan dekat Kukus Klasik ini.



Inilah anak pak Itam aku, mujur dia free. Kalau tak memang aku tak bawalah mak aku keluar makan.


Muka terpaling bahagia bila makanan penuh atas meja. Keluar dengan aku memang phone makan dulu hidangan tersebut. 


Pekena Lempeng Sedap di Restoran Kukus Klasik, Jalan Tepi Sungai Klang!

Waktu kami nak balik, ramai lagi orang duk beratur, mujurlah sampai awal. Aku nasihatkan, kalau nak pergi tempat viral gini, lepas subuh kau dah siap-siap keluar rumah. hahaha.. Kalau jenis keluar lambat, jawabnya beraturlah kau. 


Restoran Kukus Klasik ini buka setiap hari pada jam 9.30am sehingga 3.30am (kecuali Rabu mereka cuti). So, kalau korang duduk berdekatan sini ataupun teringin nak datang makan pun boleh jer. Ini bukan food review berbayar na. Tempat ini kalau nak datang repeat lagi aku sanggup pergi sebab tempat dia unik + juadah dia pun sedap-sedap. Bukan breakfast je ada, nak makan tengahari pun ada. 


Kalau korang pakai google map, search Jalan Tepi Sungai, Klang (dia betul-betul bersebelahan masjid)


Restoran Kukus Klasik
Alamat: Lot 1004, Jalan Tepi Sungai 6, Taman Wangi, 41100, Klang Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (9.30am - 3.30pm) - kecuali Rabu CUTI ya.
Rate: 4.5/5

2 comments:

  1. Ya ampun! Lempeng dan ubi rebus tu sangat menggoda selera!

    ReplyDelete
  2. wahh mcm menarik je tok mo tu hehehe. tapi jauhlah VM nak pegi :')

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!