Mala Mini Hotpot Now Available At Pavillion Kuala Lumpur! Makanan Viral Harus Cuba =) - Azwar Syuhada

Sunday 4 September 2022

Mala Mini Hotpot Now Available At Pavillion Kuala Lumpur! Makanan Viral Harus Cuba =)

 Salam to all my readers,


Mala Mini Hotpot Now Available At Pavillion Kuala Lumpur! Makanan Viral Harus Cuba =)


| Mala Mini Hotpot Now Available At Pavillion Kuala Lumpur! Makanan Viral Harus Cuba =) | Gara-gara viral dekat TikTok, aku gigih juga pergi cari nak merasa makan Mala Hotpot Mini ini hah. Last week, tiada plan pergi hiking, terus text member ajak makan Mala Hotpot ini yang terletak dalam Food Republic, Pavillion Bukit Bintang.


Kalau korang perasan, hidangan Hotpot sekarang ini memang tengah jadi kegilaan ramai orang dan boleh dikatakan cukup popular dalam sektor perkhidmatan (F&B). Mana taknya, hidangan yang disediakan adalah makanan panas-panas dari kuali gitu. Memang berseleralah kalau makan. 


Mala Mini Hotpot, Pavillion Kuala Lumpur


Mala Mini Hotpot Now Available At Pavillion Kuala Lumpur! Makanan Viral Harus Cuba =)


Kalau korang nak tahu Mala Mini Hotpot, Pavillion Kuala Lumpur inilah cawangan pertama yang di buka di Malaysia. Ia terletak dalam Food Republic Pavillion Kuala Lumpur. Setelah beroperasi hampir 2 bulan di sini, Mala Mini Hotpot telah mendapat feedback positif daripada orang ramai, jangan terkejut ada yang datang repeat makan lagi. Now, aku dah jumpa port baru kalau datang Food Republic Pavillion Bukit Bintang ini. Ialah, kalau sampai foodcourt je, mesti aku take time nak buat pilihan nak makan apa, karang main pilih xsedap, terus mudi. Kalau dah tahu port sedap ini senang sikit, dah tahu mana nak tuju kan.


Sini aku kongsikan hidangan menu yang aku makan di Mala Mini Hotpot. Benda sedap harus kongsi, takkan aku sorang je terpengaruh. Kalau aku naik badan, korang kena ikut sama naikkan badan. Baru FAIR! Kalini, aku ajak Sue buat teman pergi makan Mala, sebab haritu dia tak free masa aku ajak pergi makan Pak John. 


Kalau korang nak tahu Mala ini kuah/sup yang cukup popular di negeri China, dimakan dengan lauk pauk steamboat. Mala juga cukup popular dengan keharuman aroma, kepedasan dan sensasi kebas yang unik unsur ketagihan dengan sajian Hotpot Panas. Justeru, atas permintaan orang ramai di Malaysia mereka menubuhkan Mala Mini Hotpot Sdn Bhd (MMHP) yang diyakini HALAL. Tambah-tambah orang Malaysia memang kaki makan. Mala ini memang sedap makan, terutama bila hari hujan lepas tu kau makan sesuatu benda panas dan pedas. Perghh rasanya, padu sekali gitu.


Even Mala ini buka dekat foodcourt, dia punya hidangan banyak okay, dan bau sup dia menusuk dekat hidung. Ada guideline macam mana korang nak ambil makanan semua, jadi pada mereka yang 1st time tak tahu nak order macam mana jangan segan silu bertanya dengan staff dekat situ. Mereka sedia membantu.


Korang boleh ambil dulu bekas nak isi makanan terlebih dahulu (ia terletak dekat bahagian hujung), kemudian pilih juadah apa korang nak makan (isikan ke dalam bekas). Kalau korang nak try pelbagai menu, korang kena asingkan setiap bekas tu nak masak untuk apa. Jangan sekalikan nanti pekerja tu confuse pula.
Sini, pelbagai jenis steamboat korang boleh pilih, benda WAJIB korang kena try isi ikan dia memang sedap. udang, sotong, bebola, sayur-sayuran pun ada, mee tak usah cakaplah, pelbagai jenis pilihan mee ada, daging pun ada, senang cerita macam-macam ada. Dekat sini ada lebih 60 jenis pilihan skewers, so pilih je apa nak makan.



Ini harga dan menu yang yang ditawarkan. Kalau nak makan Walking Mala Cup tu, dia tak boleh isi banyak-banyak, sebab cup dia small je, tapi berbaloi try sebab sedapp!! Haritu aku bubuh jagung, cendawan, daging, udang dalam Walking Mala Cup ini. Selebihnya buat masa Mala Tang Hotpot Chicken Soup. Selesai buat pilihan, hantar dekat kaunter maklumkan korang nak makan yang mana, nanti dia akan bagi button berbunyi tu, suruh duduk dulu. Nanti dah bunyi siren dah boleh ambil dekat kaunter.

Dekat sini ada 3 jenis Soup yang disediakan, antaranya:


1) Mala Tang: ia pedas dan kebas, namun sekali rasa pasti nak repeat lagi. Jujur aku cakap, even aku tak tahan pedas aku nak repeat lagi kuah Mala Tang ini, pedas dan kebas aku gagahkan juga untuk pekena.
2) Chicken Soup: Had ini just nice, sedap juga cuma dia tak pedas jadi tak berapa nak berasap.
3) Tomata Soup: Had ini dia buat memang pior, korang kena cuba juga. Lain dari yang lain.



Antara Hidangan yang Patut Korang Cuba Bila Datang ke Mala Mini Hotpot, Pavillion KL


1) Mala Walking Cup


Inilah makanan yang aku teringin gila nak rasa, dan duk viral dekat TikTok lately. Yang aku pegang tulah namanya Walking Mala Cup, ia didatangkan sekali dengan air kalamansi dekat bawah tu. So, kalau korang tengah makan dan terasa pedas takyah menggelupur cari air, sedut je straw dekat tengah-tengah tu. Unik kan? Aku recommended sangat korang cuba makan Walking Mala Cup ini, rasanya cukup rencah, kuah Mala dia pedas dan kebas, senang cerita betul-betul padu. 


Boleh dikatakan lama jugalah aku lepak dengan Sue dekat sini sambil menikmati Mala Mini Hotpot. Patutlah ramai orangdatang repeat, sedap weyhhh...


2) Mala Tang Hotpot Chicken Soup


Mala Tang Hotpot Chicken Soup ini just nice, sebab ia tak pedas langsung. So, pada mereka yang tak boleh tahan pedas tapi nak rasa Mala boleh je cuba makan Mala Tang Hotpot Chicken Soup ini. Ia baik untuk penghadaman dalam badan kita.


3) Mala Self Heating Hotpot



Menu seterusnya, adalah Mala Self Heating Hotpot. Ini kalau dapat, jangan terus buka penutupnya. Kena tunggu dia punya asap tu kepuk-kepuk keluar around 10min baru buka. Sekali buka dia betul-betul panad. Had, ini salah satu menu yang korang kena repeat juga. Kalau Walking Mala Cup korang kata pedas tak boleh tahan, had ini tahap kepedasannya 5x ganda. hahhaha.. Ia didatangkan dengan nasi sekali. Jadi bolehlah makan dengan nasi sekali. Biasanya makan ini celup-celup je kuahnya, sebab tahap kepedasannya memang tak boleh bawa bincang.

Tapi even dia pedas, dia punya rasa memang AWESOME. Tabik pada orang yang buat hidangan kuah Mala ini.


See, isi dalamnya cukup menyelerakan, licin jugalah nasi aku makan dengan isi dalam Mala Self Heatign Hotpot ini. 


Serba Sedikit Info berkenaan Produk Mala:


1) Mala Tang


"Ma-La-Tang" adalah sejenis masakan China yang sangat popular di Provinci Sinchuan dan daerah penempatan Muslim di Xinjiang. "Ma-La-Tang bermaksud lada dan serbuk cili yang pedas dan memiliki aroma harum dengan sensasi kebas. Mala Tang berasaskan konsep "Cepat, Lazat dan Murah". Ianya semakin mendapat sambutan hangat daripada segenap lapisan masyarakat. Justeru, bagi tidak menghampakan semua orang mereka open Mala Mini Hotpot (HALAL) di Pavillion KL.


2) Mala Chuan Chuan


Ia merupakan makanan tradisi berasaskan steamboat yang berasal dari Chongqing dan Sinchuan. Bahan yang dicucuk pada batang lidi, sebelum dicelup dengan pilihan sup asli Sinchuan yang digemari ramai. Kelebihan cara penyediaan Mala Chuan-Chuan adalah ia dihidangkan secara panas dari dalam periuk terus ke dalam bekas tersedia untuk dinikmati.


3) Mala Hot Pot


Keharuman aroma Mala asli yang menyelerakan disertakan dengan pelbagai pilihan bahan segar yang berkualiti tinggi dan memiliki unsur ketagihan dengan cara sajian Hotpot panas. Ianya dimasak dengan campuran cili yang pedas bersama lada Sinchuan yang kebas dan pedas. Campuran daging dan bahan-bahan berkualiti yang lain dicelupkan bersama sup Mala untuk dimasak dan sesuai dinikmati dalam sambutan keramaian.




Dah alang-alang korang datang makan dekat Mala Mini Hotpot ini, jangan lupa sertai Contest yang mereka tengah berjalan ini. Pelbagai tawaran hadiah lumayan menanti anda, ada sebiji kereta, boleh menang ticket theme park, percutian ke Korea dan macam-macam lagi. So, jangan lepaskan peluang untuk menang. Makan sedap, hadiah pun best!!


Good joblah Mala Mini Hotpot, moga Mala Mini Hotpot kekal maju dan dapat menambah lagi cawangan disetiap tempat. Apa tunggu lagi, cepatlah pergi ke Mala Mini Hotpot Pavillion KL sekarang!

Mala Mini Hotpot Now Available At Pavillion Kuala Lumpur! Makanan Viral Harus Cuba =)




Thank you for reading guys!



1 comment:

  1. W'salam Miss Azwar Syuhada.. Wahh menarik! LZ teruja betul dengan makanan unik macam ni yang pasti Halal.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!