#PusingSelangorDulu: Drive Selama 2 Jam ke Sekinchan Coconut Farm - Azwar Syuhada

Sunday 6 February 2022

#PusingSelangorDulu: Drive Selama 2 Jam ke Sekinchan Coconut Farm

 Salam to all readers,


| #PusingSelangorDulu: Drive Selama 2 Jam ke Sekinchan Coconut Farm | Nak dijadikan cerita, member aku Dibah ini pantang nampak benda viral dekat laman sosial, terus nak pergi. Ikutkan balik dari FRIM terus nak ke Sekinchan la, tapi masing-masing penat tunggu jerlah esoknya. Kiteorang pergi pada pagi Ahad, sekitar jam 9.00am bertolak ke Sekinchan dari Kuala Lumpur. Dia punya jauhlah tak tahu nak cakap, dan laluan highwaynya bikin mata gua ngantuk gila. Tapi disebabkan Dibah drive, aku gigih jugalah berborak dengan dia.


Banyak benda kiteorang sembang dalam kereta sambil membelik jam pukul berapa nak sampai. Dari jalan highway sehinggalah ke jalan kampung kami lalu. Sekinchan ini memang lawa tempatnya, lagi-lagi kawasan yang penuh sawah padi. Maigaddd cantik bakk hang. Belakang rumah aku banyak lalang je. Kita kemain lagi teruja tengok sawah padi dekat Sekinchan, orang situ naik jemu dah tengok padi.


Boleh dikatakan jauh jugalah perjalanan nak sampai ke Sekinchan Coconut Farm ini. Kami sampai ke Sekinchan Coconut Farm ini sekitar jam 12.00pm macam tu. Punyalah jauh dan kawasan dia agak tersorok sikit, jalan pun sempit sebab terletak dalam kawasan kampung. Sampai-sampai je lorong Sekinchan Coconut Farm ini, penuh gila kereta, siap dengan rela lagi tengok-tengokkan orang parking kereta. Aku rasa macam pergi kenduri kahwin pula.


Apa yang Menarik di Sekinchan Coconut Farm?

#PusingSelangorDulu: Drive Selama 2 Jam ke Sekinchan Coconut Farm

Bagi aku tak adalah menarik sangat tempat ini seperti yang diviralkan. Dia punya main adalah air kelapa, coconut shake, makan dan minum dalam ladang kelapa tu tapi tulah tempat duduk sangatlah terhad. Kau bayangkan kau sampai-sampai masih ramai yang tercari-cari tempat duduk, orang masih ramai tengok duduk-duduk sambil makan. Kang beli minuman dulu cair pula coconut shake dia. Nak taknak kena cari tempat duduk dulu.



Gerai jual-jual dia hanya ada dalam 3 gerai, itupun ada makanan tambahan seperti oden, tokoyaki, jajan budak-budak, gula kapas. Aku tak expectlah datang drive punya lama, sampai-sampai dapat minum air kelapa semata-mata. Nak ke tempat lain dari Sekinchan Coconut Farm ke destinasi seterusnya pun jauh juga ya nak drive. Kalau korang bawa anak kecik ramai, takyahlah pergi buat panas hati. Baik datang kampung aku dekat Kuala Langat ini, jangan kata air kelapa je ada, manggo float ada, waterpark ada, cafe hipster ada. Pendek cerita macam-macam ada bersepah dekat sini. Satu tempat nak ke destinasi perhentian lain pun dekat. Cuma kena hadap jem traffic light je. Jalan kampung banyak kalau nak tengok suasana kampung. Dari drive dekat Sekinchan tengok padi sepanjang jalan, nak dapatkan air kelapa drive sampai 2 jam, nak ke kedai makan pun dekat sejam. Alih-alih kiteorang tidur dalam kereta kejap.

#PusingSelangorDulu: Drive Selama 2 Jam ke Sekinchan Coconut Farm

Tapi kalau korang nak pergi juga boleh je, air kelapa dia dekat sini sedap. Harga pun berpatutan. 

#PusingSelangorDulu: Drive Selama 2 Jam ke Sekinchan Coconut Farm



Waiting takoyaki around 20min, nak taknak order jerlah sampai-sampai perut dah lapar.




Gula kapas pun ada dekat sini. Sambil menikmati minuman air kelapa, jangan lupa pergi bahagian belakang ada buaian lagi. Bolehlah bergambar kenangan di situ.


Mujur dia open waktu weekend sahaja, so orang boleh spend masa datang ke sini hujung minggu sahaja. Apa-apa pun aku okay je pergi sini, tapi bagi aku kalau tempat dah jadi tumpuan orang ramai better tambah menu yang boleh mengenyangkan untuk makan tengahari. Datang jejauh takkan minum air kelapa semata-mata tambah cuaca panas terik.


Sekinchan Coconut Farm
Alamat: Jalan Tali Air 4, 45400 Sekinchan, Selangor
Waktu Operasi: Sabtu & Ahad (10.00am - 5.00pm)
Rate: 2/5


Thank you for reading guys!


2 comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!