10 Idea Gubahan Hantaran Yang Paling Trending Tahun Ini - Azwar Syuhada

Sunday 6 February 2022

10 Idea Gubahan Hantaran Yang Paling Trending Tahun Ini

 Salam to all readers,


| 10 Idea Gubahan Hantaran Yang Paling Trending Tahun Ini |  Kahwin? Bila sebut je pasal kahwin, pasti kita dah terbayang pelamin yang cantik, hantaran yang lawa-lawa, dan paling penting majlis repsepsi yang simple dan elegan gitu. Kalau dulu sewaktu kecik-kecik aku rajin gila follow mak aku, arwah nenek ke majlis perkahwinan. Salah satu sebab aku pergi bukan sebab makan, tapi nak tengok pelamin dan pengantin termasuk bilik pengantin. Teruja ya ampun bila dapat masuk bilik pengantin. Sekarang bila musim coronaaa datang menyembah bumi, banyak pengantin cut cost so dorang lebih prefer penyediaan hantaran perkahwinan. 


Hantaran perkahwinan merupakan pertukaran hadiah kepada bakal pasangan masing-masing sebagai permulaan hidup bersama. Mostly hadiah yang diberi adalah hadiah yang diminati dan sering digunapakai oleh pasangan masing-masing. Yang menjadi tumpuan orang ramai adalah cara menghiaskan hadiah tersebut dalam dulang hantaran, macam mana kita nak persembahkan barangan tersebut pada keluarga pasangan. Hari bahagia mesti nak rakan sesuatu yang cantik kan?


Ikut adat Melayu, barang hantaran adalah 1 kewajiban bagi setiap pengantin. Kebiasaan, pihak lelaki akan menghantar tepak sirih kepada perempuan, manakala sireh junjung pula balasan daripada pihak perempuan. Sirih junjung inilah yang menjadi keutamaan pada majlis perkahwinan sekitar tahun 90-an dan kebawah. Tapi kini, orang lebih prefer memberi barangan hantaran yang lain selain sirih junjung.


Kalau orang dulu, bagi hantaran atas pahor


Hantaran perlu diberi dalam nombor ganjil. Dan perempuan wajib membalas lebih daripada pihak lelaki. Dimana, sekiranya pengantin lelaki memberi 5 dulang hantaran, perempuan harus membalas 7 dulang hantaran. Ingat, hantaran wajib nombor ganjil!


Kebiasaaannya, hadiah hantaran perkahwinan terdiri daripada handbag, jam tangan, coklat, kek, handphone, buah-buahan, pakaian, sireh junjung, wang hantaran dan macam-macam lagi. 


Berikut adalah 10 Idea Gubahan Hantaran yang tengah trending pada tahun ini. Gubahan ini bukan sahaja sesuai untuk hantaran perkahwinan sahaja, kalau majlis pertunangan pun boleh buat juga! Ayuh tengok idea gubahan hantarannya.


10 Idea Gubahan Hantaran Yang Paling Trending Tahun Ini


1) Gubahan Hantaran Menggunakan Gift Box


10 Idea Gubahan Hantaran Yang Paling Trending Tahun Ini


Gubahan hantaran menggunakan gift box semakin popular digunakan oleh bakal pengantin. Ianya lebih praktikal dan mudah digayakan dengan pelbagai cara. Penggunaan gift box sebagai hantaran tidak memerlukan hiasan yang sarat, hanya perlu memastikan gift box yang kita gunakan sama size untuk setiap hantaran biar ia nampak sekata sahaja dengan hantaran lain.


Gift box ini korang boleh pilih sama ada nak yang terbuka ataupun ambil sekali dengan bahagian penutup. Kedua-dua boleh digunakan dan tampak menarik bila digayakan. Hiasan tambahan pada gift box adalah seperti bunga, reben, tali rustik, bunga tiruan pun boleh digunakan sebagai hiasan. Paling penting sekali, pemilihan warna kotak juga memainkan peranan penting, justeru pilihlah gift box hantaran yang bersesuaian dengan tema perkahwinan korang.


Untuk dapatkan gift box hantaran berpatutan, boleh dapatkan di sini: https://shp.ee/4u3ur8d


2) Gubahan Hantaran Menggunakan Kayu Pallet



Buat pengantin yang suka akan gubahan hantaran yang simple-simple, gubahan hantaran menggunakan kayu pallet la yang paling sesuai. Gubahan hantaran menggunakan kayu pallet ini semakin menjadi pilihan orang ramai. Kerana ia ukiran kayu dia tampak menarik. 


Hantaran seperti ini sesuai digayakan dengan tema majlis ala-ala rustik. Kalau korang guna kayu pallet ini janganlah buang lepas habis majlis, sebab kayu pallet ini juga sesuai dijadikan hiasan dalam rumah juga tau. Kayu pallet ini mudah didapati dan harganya juga berpatutan.


Korang boleh dapatkan kayu pallet ini di sini: https://shp.ee/k2785cd


3) Gubahan Hantaran Menggunakan Duit



Kebiasaannya pengantin akan bagi duit hantaran dalam bentuk cek/mock-up atas dulang hantaran. Now, korang boleh guna duit sebenar dan dilipat dalam pelbagai bentuk untuk menampakkan kreativiti.


Ikutkan, duit hantaran ini boleh digayakan dalam pelbagai bentuk selain menjadikannya bentuk bunga. Antara, bentuk korang boleh jadikan adalah seperti bentuk hati, kupu-kupu, kek, masjid dan banyak lagi.Korang boleh gubah dengan pelbagai jenis hiasan menggunakan duit hantaran. Kalau tak ada idea nak gubah duit hantaran menjadi bentuk menarik? Korang boleh godek google then type "origami duit kertas" nanti bersepah keluar.


Kalau taknak buat sendiri, boleh je beli gubahan hantaran seperti ini di Shopee: https://shp.ee/vac5wed


4)  Gubahan Hantaran Menggunakan Bakul


Selain itu, bakal pengantin juga boleh menggunakan bakul sebagai hiasan hantaran. Penggunaan bakul lagi senang, Korang boleh buat sendiri dekat rumah, hanya perlu sediakan bakul yang sesuai untuk mengisi barang hantaran, jangan terlalu besar dan jangan terlalu kecil. Biar ia nampak teratur tersusun dalam bakul.


Korang hanya perlu letak-letak sahaja barangan dalam bakul then dah siap. Kalau nak lagi berseri boleh juga tambah reben, bungai di tepii bakul ataupun tangkai bakul. Mana-mana pun boleh. Anda perlu tahu barang apa nak letak dalam bakul tersebut, dan pemilihan size bakul juga sangat penting tau. So, kalau korang mencari bakul hantaran boleh dapatkan di sini: https://shp.ee/rmxdppv


5) Gubahan Hantaran Menggunakan Bekas Terrarium



Bagi bakal pengantin yang menggunakan tema garden, gubahan hantaran menggunakan bekas terrarium ini sesuai dengan tema korang! Korang boleh tambah dengan hiasan bunga segar/bunga tiruan dikeliling dulang hantaran supaya gubahan hantaran bekas terrarium korang naik seri! Orang lalu mesti toleh sampai 2x punya.


Korang boleh dapatkan bekas terrarium ini di sini: https://shp.ee/9dzn6wv


6) Gubahan Hantaran Menggunakan Kain (Hidden Hantaran)


10 Idea Gubahan Hantaran Yang Paling Trending Tahun Ini


Ini salah satu hantaran yang aku paling suka, iaitu hidden hantaran. Hidden hantaran ini cukup popular di negara Indonesia, dan orang zaman dulu dah guna konsep ini lama dah. Now, tetiba trending balik dan ramai meminati gubahan hantaran sebegini.


Ada yang balut hantaran menggunakan kain batik, ada yang balik guna kain tudung dan tidak ketinggalan ada yang balut dengan kain satin, kain lace yang simple tanpa corak pun ada. Kain yang digunakan adalah sama untuk kesemua gubahan hantaran. Ada juga yang letak kotak kosong dalamnya, dorang hanya gubah hantaran bagi lelawa sahaja. Untuk menampakkan serinya lagi, boleh juga selitkan dengan bunga ataupun kerongsang besar ditengah-tengah ikatan kain.


Kalau korang tak rajin nak buat sendiri, boleh juga beli hidden boxnya di sini: https://shp.ee/tg9hafd


7)  Gubahan Hantaran Menggunakan Polisterin Bantal



Selain itu, ada juga bakal pengantin yang banyak masa untuk menyediakan hantaran sendiri dengan D.I.Y  hantaran menggunakan polisterin bantal. Polisterin bantal ini cukup popular dari zaman pakcik makcik aku kahwin sehinggalah ke hari ini.


Mudah sahaja gubahan hantaran guna polisterin versi bantal ini. Korang hanya perlu beli polisterin, kain pembalut mengikut warna tema majlis, gam uhu untuk lekatkan kain pada polisterin. Polisterin ini mudah je nak cari, ada di GM Klang, GM Chow Kit, nak senang cari di Shopee.


Polisterin ini dah tersedia dengan pelbagai bentuk untuk dijadikan tapak hantaran. Terdapat pelbagai size yang terdapat dipasaran untuk korang membuat pilihan. Yang cukup popular orang ambil size empat segi empat ataupun jenis bulat. Kalau korang nak nampakkan seri gubahan polisterin bantal ini bolehlah hiaskannya dengan bunga tiruan mengikut kreativiti korang.


Dapatkan polisterin murah di sini: https://shp.ee/d2nvbvd


8) Gubahan Hantaran Versi Tradisional




Gubahan hantaran sirih junjung antara benda wajib dalam istiadat tradisional perkahwinan orang Melayu. Pendek cerita, tanpa hantaran sirih junjung ini maka tak lengkaplah sebuah majlis tersebut. Sirih junjung ini ibarat hantaran utama a.k.a "kepala utama" bagi kedua-dua belah pihak. Kebiasaannya, pihak perempuan yang bagi sirih junjung kepada pihak lelaki, mana lelaki akan membalas dengan tepak sirih.

Sirih junjung ini boleh digayakan dengan pelbagai bentuk, ada yang gayakan dengan membuat bentuk jambangan bunga, masjid dan lain-lain lagi. Aku ada nenek saudara yang mempunyai tangan ajaib dalam bab menghias hantaran ini. Nak naikkan seri hantaran sirih junjung ini boleh juga tambah dengan bunga-bunga fresh seperti bunga mawar, dahlia, kekwa, lily dan banyak lagi. Gubahan sirih junjung bukan sahaja cantik dipandang, malah wangi setaman baunya.


Dapatkan sirih junjung di sini: https://shp.ee/644cu7v


9)  Gubahan Hantaran Hamper/Hadiah


10 Idea Gubahan Hantaran Yang Paling Trending Tahun Ini

Kalau rasa-rasa nak dapat hantaran versi kejutan, boleh juga guna style gubahan hantaran versi hamper. Biasa kita dapat hamper bila menjelang Hari Raya, tak kiralah raya Melayu, Cina, or India sekalipun pasti akan dapat hamper. Lagi-lagi bila kita ramai connection pasti ramai saling bertukar-tukar hamper.


Bestkan dapat hamper? Macam-macam ada dekat dalam. Gubahan hantaran versi hamper ini lagi senang, just letak sahaja barang-barang hantaran dalam bakul ataupun letak dalam dulang lalu dibalut seperti hamper.


Nak nampak kemas balut hamper menggunakan kain neylon yang lembut supaya ia senang membalut hantaran korang tu. Antara kelebihan kalau guna kain jenis neylon ini adalah kainnya nampak lebih flowy dan cantik bila dah dibalut nanti, barang hantaran pun jelas kelihatan lepas balut dengan kain neylon.  Tinggal korang hanya perlu membuat pilihan bijak dalam pemilihan warna untuk menampakkan seri hantaran.


Dapatkan kain neylon di sini: https://shp.ee/eu9w6wv


10)  Gubahan Hantaran Guna Sangkar



Buat bakal pengantin yang menggunakan tema English style, hantaran menggunakan sangkar burung inilah pilihan terbaik buat anda. Gubahan hantaran sangkar burung ini dapat menaikkan lagi seri tema risepsi majlis korang tau.


Untuk dapatkan sangkar burung seperti di atas boleh dapatkan di sini: https://shp.ee/7cmj2hv


Pada mereka yang masih tiada idea untuk gubahan hantaran perkahwinan, semoga konsep idea di atas dapat membantu korang semua! Makesure, gubahan hantaran korang seiring dengan tema perkahwinan korang supaya tak nampak janggal nanti.


Jangan lupa share entry ini kepada kawan-kawan, jiran-jiran dan saudara korang yang bakal mendirikan rumahtangga! 


Thank you for reading guys!

5 comments:

  1. dari dulu dok fikir, kenapa mesti ganjil?? anyway cantik2 semua idea hantaran tu. mudah dijadikan panduan pada bakal2 pengantin

    ReplyDelete
  2. Hi. Visit instagram/facebook Hantaran Leenscraft for more info.
    #disclaimer: gubahan hantaran no. 2) Gubahan Hantaran Menggunakan Kayu Pallet is from Hantaran Leenscraft

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi got video or details abt this..

      Delete
  3. Hi Shuhada, can u pls call me on 012-6302865 ?

    ReplyDelete
  4. As salam Miss Shuhada. Sy nk tempah hantaran. Boleh call sy 012-9434706

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!