Ikuti Sesi LIVE Bersama Dr Azizan Osman setiap Ahad Sepanjang Bulan Februari 2022 - Azwar Syuhada

Saturday 12 February 2022

Ikuti Sesi LIVE Bersama Dr Azizan Osman setiap Ahad Sepanjang Bulan Februari 2022

 

RichWorks nama yang tidak asing lagi, ia merupakan syarikat terkenal dengan program bimbingan dan latihah keusahawanan khusus dalam bidang pemasaran, kempimpinan perniagaan, dan penjenamaan. Bila ditanya dengaan para usahawan di Malaysia, pasti mereka mengenali kewujudan RichWorks.


Bermula tahun 2008,  RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Datuk Wira Dr Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peseta 1,500 acara dan seminar live  dan dalam talian (virtual online).


Berdasarkan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring yang diterapkan, RichWorks telah berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan di Malaysia dalam tempoh 6-24 bulan.


Kalau anda baru menjadi usahawan dan baru gagal sekali, jangan putus asa ayuh bangun semula! Kalau anda nak tahu, Dr Azizan Osman ini sudah berdepan dengan pelbagai jenis perniagaan, dan beliau mula berjinak dalam industri perniagaan seawal usia 18 tahun lepas habis SPM. 


Hampir Putus Nyawa Akibat Covic-19, Dr Azizan Osman Anggap "Peluang Kedua" Untuk Membantu Lebih 1 Juta Usahawan


Pada tahun 2021, Dr Azizan bersama 31 ahli keluarganya telah dijangkiti Covic-19. Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia akibat Covic-19 dan Dr Azizan sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada feedback positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan. 


Siapa sangka dengan kuasa Tuhan semuanya boleh berubah. Keadaan Dr. Azizan semakin baik, bagi Dr Azizan ini merupakan "PELUANG KEDUA" yang diberi oleh Allah untuknya. Beliau tidak akan sesekali mensia-siakan peluang kedua ini untuk memberi lebih bimbingan kepada golongan usahawan terutama dalam RichWorks Academy.


Sepanjang 2 tahun lepas, kita dapat menyaksikan banyak perniagaan terjejas teruk akibat pandemik, ditambah pula dengan isu banjir yang melanda pada penghujung 2021, namun ianya tidak mematahkan semangat RichWorks untuk membantu para usahawan dan jutawan untuk kembali beraksi dalam industri perniagaan.


Buktinya, sejurus selepas Dr Azizan keluar dari hospital dan masih dalam proses pemulihan, beliau begitu komited menjalan program percuma yang dihadiri ribuan orang. Tidak terkecuali dengan kelas lain seperti Zero to Million Richworks ataupun Richworks Bootcamp.


Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Sesuatu kejayaan itu tidak akan dicapai tanpa usaha


Ikuti Sesi LIVE Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman Menerusi Official Telegram Beliau

Ikuti Sesi LIVE Bersama Dr Azizan Osman setiap Ahad Sepanjang Bulan Februari 2022

Untuk mengecapi kemahiran dan kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah seperti menunggu durian runtuh. Meskipun peratusan untuk berada dipuncak adalah sedikit janganlah sesekali berputus asa. Apa yang penting kena rajin menuntut ilmu, usaha dan tawakal. Insyallah kejayaan pasti diperolehi. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Berita baik buat golongan usahawan dan jutawan, sepanjang bulan Februari 2022 ini, Datuk Wira Dr Azizan Osman akan berkongsi ilmu dan perspektif beliau berkenaan 10 cabaran bisnes selepas pandemik dan 2022 ini dalam Live Session di saluran Telegram Dr Azizan Osman Official pada setiap hari Ahad, jam 8.00 pagi.

Jadi pada mereka yang sebelum ini tidak berkesempatan menghadiri majlis ilmu beliau terutama seminar-seminar berbayar anjuran RichWorks, inilah masanya anda rebut peluang untuk kaut ilmu sebanyak mungkin untuk membolehkan anda kembali bersemangat untuk berniaga. Ayuh bangkit semua!!





Antara intipati perkongsian oleh Dr Azizan Osman adalah seperti:

Kenaikan Harga Barang - Naik 30% hingga Lebih 100%


Ia ini tidak dinafikan, aku juga cukup terasa dengan kenaikan harga barang sekarang. Kalau dulu RM50 boleh bertahan dalam seminggu, sekarang RM50 mampu bertahan 2 hari kalau aku keluar rumah. Bayangkan berapa banyak kenaikannya. Kalau dulu RM100 penuh 1 troli, sekarang tak sampai 10 barang cecah RM200 lebih jumlah bayarannya.

Kadar inflasi dengan kenaikan harga barang sudah dijangka malah disebut pada Ogos tahun lalu lagi. Jelas terbukti, hampir kesemua barangan mencatat kenaikan yang tinggi sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.





Ikuti Sesi LIVE Bersama Dr Azizan Osman setiap Ahad Sepanjang Bulan Februari 2022


Bersiap Sedia Berdepan Dengan Cabaran Perniagaan


Para usahawan perlu tahu dan bersiap sedia tentang cabaran perniagaan pada tahun ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Hati kena kental dan teruskan berusaha dalam menangani apa jua cabaran. Hal ini kerana, banyak pemilik syarikat dan perniagaan mula gulung tikar kerana tidak dapat menampung perniagaannya. Mereka tidak nampak apa yang perlu dibuat, selain tidak pandai soal pemasaran.


Jadi para usahawan dan jutawan harus bekerja keras lagi untuk kekal berada di pentas industri perniagaan. Hal ini kerana, pasaran kini bergerak secara perlahan dan orang ramai tidak berbelanja secara agresif seperti sebelum ini. Jadi usahawan buatlah sehabis baik untuk kekal hidup!


Guna Semua Platform Yang Ada Untuk War-warkan


Untuk menjadi usahawan yang berjaya usahawan patut berusaha lebih keras lagi untuk kekal dalam pasaran perniagaan. Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan. Jadi, jangan malu jangan segan, hebahkan produk ataupun servis anda di semua platform yang ada. 



Kesimpulannya


Tidak mustahil orang ramai sudah mula celik dengan selok belok perniagaan. Ada yang sanggup berhenti kerja tetap dah beralih dengan membuka empayar perniagaan sendiri dengan bimbingan Dr Azizan Osman sendiri menerusi program keusahawanan.

Siapa laju dia akan maju, siapa rajin dia akan perolehi hasil yang banyak. Nampak mudah je kan bila tengok orang buat bisnes ini. Hakikatnya, mana-mana usahawan yang ingin berjaya perlukan seorang Mentor untuk membimbing mereka.
 
Dengan adanya bantuan Mentor seperti RichWorks ini sedikit sebanyak dapat memberi dorongan kepada para usahawan untuk melebarkan sayap perniagaan masing-masing ke arah lebih baik. Makin tinggi pencapaian kita, makin ramai lagi kita boleh bantu. Berkongsi rezeki, berkongsi ilmu, salah satu sifat yang paling mulia. 


Melalui Teknik Pemasaran Yang Betul & Konsisten, Tidak Apa Yang Mustahil Untuk Kita Peroleh Kejayaan!


Ikuti Sesi LIVE Bersama Dr Azizan Osman setiap Ahad Sepanjang Bulan Februari 2022

Klik dan sertai saluran Telegram Azizan Osman Official 


Klik dan sertai saluran Telegram Azizan Osman Official 


Klik dan sertai saluran Telegram Azizan Osman Official 


#RichWorks #RichworksAcademy #PerjuanganRichworks #PerjalananRichWorks2021 #CabaranRichworks2021 #UsahawanJutawan #BitersXRichworks

1 comment:

  1. Perkongsian yg bukan calang-calang dari dr azizan. dah le free saja. rugi kalau x rebut peluang ni kan

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!