Perjalanan RichWorks 2021, RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula Dari Pandemik - Azwar Syuhada

Saturday 15 January 2022

Perjalanan RichWorks 2021, RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula Dari Pandemik

|  Perjalanan RichWorks 2021, RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula Dari Pandemik | Tahun 2021 adalah tahun yang cukup mencabar buat negara kita, dimana kes Covid-19 kian meningkat ditambah lagi isu banjir yang berlaku di penghujung di December. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, Selangor tak pernah-pernah banjir kalini naik air sehingga membuatkan rakyat hilang semangat.

Melihat mangsa-mangsa yang terperangkap dalam banjir hujung tahun 2021 cukup meruntun hati. Ada yang baru beli kereta habis rosak, perkakas rumah juga hampir keseluruhan rosak, ada juga rumah yang dihanyutkan dek air. Masyallah, berat ujiannya dan kembalikan semangat yang hilang bukan mudah. Tidak terkecuali isu ini turut memberi impak kepada peniaga kecil dan para usahawan.

 

“Duit dah habis menampung kehidupan sepanjang PKP”

“Harta benda dalam kedai musnah akibat banjir”

“Kedai tak cover insurans, macam mana nak berniaga balik?”

“Sumber pencarian tak tetap selepas diberhentikan kerja”

“Duit habis laburkan pada marketing, tapi untung still tiada juga?”


Apabila menyedari ramai usahawan yang terkesan dengan ujian ini, RIchWorks hadir untuk sama-sama membantu meringankan beban yang dihadapi oleh para usahawan sepanjang tahun 2021 ini. Perjuangan Richworks 2021 ini merupakan perjalanan yang memberi sinar baru buat semua.

Perjalanan RichWorks 2021, RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula Dari Pandemik

RichWorks Faham Keadaan Dihadapi Orang Ramai - Kesusahan Ekoran Pandemik dan Banjir


Nama RichWorks tidak asing lagi dalam industri perniagaan di negara kita. RichWorks turut dikenali sebagai RichWorks International Sdn. Bhd. Ianya bukan sekadar syarikat yang digahkan sahaja malah ia lebih dari itu. Mana-mana saudara mara korang cenderung dalam dunia perniagaan pasti mengenali pengasasnya yang cukup ternama.
RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), diasaskan sendiri oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman. Bukan hanya dikenali di Malaysia, Richworks International turut dikenali di luar negara.

Pada 2021, Datuk Wira bersama 31 ahli keluarganya dijangkiti COVID-19 tanpa diduga.


Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia akibat Covic-19 dan Dr Azizan sendiri hampir mautselepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas
dimasukkan mesin bantuan pernafasan.

Siapa sangka kuasa Tuhan semuanya boleh berubah…Alhamdulillah, keadaan Dr. Azizan semakin baik
Bagi Dr Azizan, nikmat kesembuhan ini adalah peluang kedua diberikan Allah SWT padanya.
terutama dalam RichWorks Academy atas bimbinganny Beliau tidak akan sia-siakan peluang kedua
ini untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan

Ekoran dengan isu banjir yang melanda pada penghujung 2021, RichWorks turut tidak terkecuali turut
terkesan namun ianya tidak sama sekali mematahkan semangat mereka untuk kembali beraksi dalam
industri perniagaan.


Perjalanan RichWorks 2021, RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula Dari Pandemik


Tak pernah Berputus Asa & Yakin Ada Sinar Disebalik Ujian



Dr Azizan tidak pernah sama sekali menyalahkan takdir. Malah beliau lebih bersemangat selepas banyak ujian menimpa dirinya sekeluarga.

Kehilangan ahli keluarga ditambah pula dengan keadaan dirinya yang tidak sihat bukanlah sesuatu penghalang buat dirinya untuk kembali berjuang membantu memberi bimbingan dan latihan keusahawanan kepada rakyat.

Bukti yang kita dapat lihat, tidak berapa lama selepas Dr. Azizan keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, Dr Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang. Begitu juga dengan Kelas lain seperti Zero to Million Richworks, mahupun Richworks Bootcamp.

 

Kenapa Dr. Azizan Sanggup Berkorban Masa dan Tenanga untuk Semua ini?


Tujuan utama Dr. Azizan bersusah payah untuk semua ini adalah untuk membantu golongan usahawan untuk kembali bersama diri untuk melebarkan sayap perniagaan. Jangan sama sekali untuk berputus asa.

Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan. Inilah perjuangan Richworks dalam membantu usahawan.

Secara keseluruhan pada tahun lalu, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu. Besarnya perjalanan Richworks 2021 yang dapat kita lihat.


RichWorks Bantu Anda Bina Perniagaan Sehingga Berjaya


Kepakaran RichWorks tidak dapat disangkal lagi dimana ia dibina untuk membimbing, melatih dalam melahirkan usahawan jutawan serta membina perniagaan berjaya. RichWorks prihatin membantu usahawan yang mengimpikan ekonomi kewangan diri yang lebih baik dari sebelumnya.

Jelas terbukti sudah ramai usahawan di Malaysia yang telah berjaya dibawah naungan RickWorks, antaranya seperti jenama Hedy’s, Krup Krap My, Sabella, Eskayvie dan banyak lagi yang berjaya. Disebabkan keprihatinan RichWorks ini semakin meluas, namanya disebut dalam Dewan Rakyat.

Terbukti, salah satu program RichWorks iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
 
RichWorks bantu golongan ibu tunggal yang giat dalam perniagaan. Perjuangan Richworks 2021 adalah Richworks Prihatin dan Richworks bantu rakyat untuk bina bisnes berjaya!

Perjalanan RichWorks 2021, RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula Dari Pandemik




Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell). 

"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.

"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya.

Richwell juga merupakan antara Perjuangan Richworks 2021 yang sangat dikagumi ramai. Malah, anak didik usahawan Richworks juga turut membantu dan menyumbang kepada masyarakat di luar sana.

Perjuangan Richworks 2021 Sentiasa Diteruskan



Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini.

Bukan itu sahaja, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga tidak ketinggalan untuk menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.

Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi. Berbeza dari platform lain, Richworks prihatin dan komited untuk bantu rakyat Malaysia dalam berniaga.
 



Siapa Laju Dia Akan Maju, Disini Bermulanya Usahawan Jutawan


Sejak awal ditubuhkan, RichWorks terus mendapat perhatian dari orang ramai sehingga ke harini namanya disebut-sebut. Even kawan aku yang rajin berbisnes pun tidak ketinggalan turun padang untuk sertai Richworks Academy yang dianjurkan oleh RichWorks. 

Betapa besarnya pengaruh RichWorks di negara kita kerana Richworks prihatin dan komitednya, Richworks bantu rakyat!

Buktinya pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.

Manakala, bagi ahli RichWorks Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli RichWOrks Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli RichWorks EliteX).

Itulah antara bukti dan hasil perjuangan RichWorks 2021.


Perjalanan RichWorks 2021, RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula Dari Pandemik






Melalui program bimbingan Spire RichWorks yang menyediakan bekalan didikan Richworks Academy, dan tidak lekang dengan semangat pada golongan usahawan capai jualan RM1 juta pertama dalam masa setahun. Sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.

Kita boleh lihat hasil perjuangan Richworks 2021 dimana seramai 77 anak didik RichWork capai jualan lebih RM10 juta, 5 usahawan bisnes capai RM50 juta ke atas dan 5 bisnes capai RM100 juta ke atas.

Tumpang gembira dengan pencapaian yang dilakukan oleh RichWorks. Moga usaha RichWorks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.


Kenapa Ramai Usahawan Berjaya Capai Jutaan Ringgit Selepas Sertai RichWorks?

 
Pada mereka yang masih blur tak tertanya-tanya siapakan RichWorks ini, disini aku ingin kongsikan semula siapakan disebalik RichWorks. RichWorks merupakan sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar. 

Sudah tentu Richworks adalah yang paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.



Bermula dari 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).

Berdasarkan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks telah berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.


Video Perjalanan & Perjuangan RichWorks Sepanjang Tahun 2021


Dalam video ini anda semua dapat menyaksikan sendiri perjalanan dan sebahagian pencapaian kejayaan RichWorks yang sempat dirakam oleh team mereka sepanjang tahun 2021.



Pada mereka yang bercita-cita untuk menjadi usahawan jutawan berjaya dan ingin sertai program bersama RichWorks bolehlah layari website rasmi RichWorks untuk mengetahui lebih lanjut dan maklumat terkini.

Rugi kalau tak join, tambah-tambah RichWorks banyak menawarkan program secara PERCUMA khusus untuk golongan usahawan.
 
Siapa laju dia akan maju, siapa rajin dia akan perolehi hasil yang banyak. Nampak mudah je kan bila tengok orang buat bisnes ini. Hakikatnya, mana-mana usahawan yang ingin berjaya perlukan seorang Mentor untuk membimbing mereka.
 
Dengan adanya bantuan Mentor seperti RichWorks ini sedikit sebanyak dapat memberi dorongan kepada para usahawan untuk melebarkan sayap perniagaan masing-masing ke arah lebih baik. Makin tinggi pencapaian kita, makin ramai lagi kita boleh bantu. Berkongsi rezeki, berkongsi ilmu, salah satu sifat yang paling mulia. 

Aku tumpang seronok dan berterima kasih melihat pencapaian RichWorks yang bertungkus lumus membantu golongan usahawan dalam dunia perniagaan.




Semoga RichWorks kekal maju dan membawa lebih ramai lagi usahawan lain berjaya menjadi jutawan. Semoga segala usaha RichWorks dipermudahkan. Amin!


#RichWorks #RichWorksAcademy #PerjuanganRichWorks #PerjalananRichWorks2021 #UsahawanJutawan #BitersXRichworks

7 comments:

  1. Terbaik..Selamat maju jaya buat team RichWorks

    ReplyDelete
  2. RichWorks byk bantu dan bimbingan buat usahawan

    ReplyDelete
  3. Moga RichWorkd terus berkembang maju dan membimbing usahawan untuk terus melangkah lebih jauh.

    ReplyDelete
  4. Richworks memang terbaik..:)

    ReplyDelete
  5. syabas richworks. bukan calang-calang aktiviti dan pencapaian tahun 2021 mereka. semoga bertambah sukses tahun 2022 ni

    ReplyDelete
  6. Tahniah RichWorks! Semoga terus maju jaya!

    ReplyDelete
  7. Tahniah Richworks, semoga sukses dengan semua perancangan tahun 2022 ni.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!