Girls Day Out at Croisserie Artisan Bakery, Damansara Heights - Azwar Syuhada

Tuesday 18 January 2022

Girls Day Out at Croisserie Artisan Bakery, Damansara Heights

 Salam to all readers,


| Girls Day Out at Croisserie Artisan Bakery, Damansara Heights | How your day for second week bulan 1 ini? Hopefully semua baik-baik sahaja. Siapa yang mengikuti perkembangan aku di Instagram pasti ketahui yang aku memang hiking tiap-tiap minggu since last years. Tapi sejak cuaca tak menantu dan ditambah dengan banyak berlaku tanah runtuh, kiteorang stop dulu untuk hiking. Akan continue balik bulan 2 Insyallah. Tak sangka rajin pula korang tengok video bodoh kami di youtube. Sampai ada juga request nak join sekaki, but kami bukan hiker tegar. So, better korang join group memang hiker tegar dekat facebook. Kiteorang pergi pun sekadar suka-suka sambil menikmati keindahan alam.


Memandangkan kami lama tak jumpa since bulan 12 tahun lepas, tambah-tambah bila sorang minggu ni free, sorang lagi tak free. Tahu-tahu dah masuk tahun baru, ishhhhhhhh... So, kami decide hangout baru ini dekat mana-mana cafe tak ramai orang. Tapi yalah manalah ada cafe takde orang kan, semua pakat beratur panjang. Aku dah lama tak makan roti, donut lembut, pastry dekat cafe. So, aku tanya roomate aku sorang tu member dia jenis pergi lepak cafe, so dia punya langkah memang lagi panjang dari aku. Kalau ko tengok aku rajin jalan, dia lagi 3x kali ganda kuat jalannya. hahaha..So dia suggest aku ke Croisserie Artisan ini, aku google not bad juga, sebab aku kejar masa nak balik kampung lepas lepak dengan dorang berdua ini Sue & Elly.


Aku awalnya ajak dorang run pagi tu, tapi dua-dua malas nak bangun pagi, so jumpa jerlah pukul 12.00pm. Around pukul 12.00pm Sue fetch aku dekat rumah terus pergi ke Croisserie Artisan Bakery. Tak sampai 20min pun dah sampai dari rumah sewa aku. Tapi kawasan sini mostly kena guna kereta, tiada public transport okay. Sepanjang jalan nak ke Croisserie Artisan ini kiteorang lalu kawasan perumahan rumah mewah, rumah banglo weyhh.. Sebaik tak banyak kereta so boleh bawa kereta slow-slow sambil menikmati keindahan rumah orang. Tengok rumah orang pun boleh berangan okay. Kan best dapat rumah besar camtu. Memasing perangaii.. hahaha...


Girls Day Out at Croisserie Artisan Bakery, Damansara Heights

Sebaik aku tak ajak lepak Bangsar Village. Situ walaupun dekat lagi rumah aku nak cari parking je dekat sejam, dari nak lepak chills2 auto banyak mencarut je nanti. Baik takyah pergi sana, lagi-lagi waktu weekend. Mujur  bakery Croisserie ini tak sesak sangat, cari parking pun tak terlalu lama, tu pun kiteorang park jauh sikit. Nak park depan kedai, kirim salam jerlah melainkan kau keluar selepas Subuh Insyallah dapatlah park depan kedai. 


Sejurus kami sampai, kena beratur kejap tunggu orang keluar. Sungguhpun kedai ini ramai orang, still patuh SOP, staff dekat sini pun baik dan ramah. Cafe ini ada dua tingkat, boleh dine in dan juga take away. So kiteorang memang nak lepak lama so dine in terus. Order makanan dekat bawah then bawa naik atas. Masuk-masuk je dah rambang mata tengok pastry dia yang nampak menyelerakan. Kalau roti punyalah berlambak dengan pelbagai perisa.



Ini antara menu yang ada di cafe Croisserie Artisan Bakery. Ikutkan hati nak je aku grab semua lagi-lagi yang ada coklat memandangkan aku hantu coklat. Tapi pikir balik try makan yang tak pernah makanlah, bagi aku quite expensive jugalah menu dekat sini. Tapi sekali sekala makan okay jer.




Girls Day Out at Croisserie Artisan Bakery, Damansara Heights

Ini menu minuman yang ada, aku minum air dark coklat haritu. Sedap juga, 60% sugar pun still pekat okay.


Ini menu hidangan yang kami order haritu, iaitu Spring Onion Chicken Tartine,  Pumpkin Chicken Tartine, Chocolate Almond Danish and air. Overall kiteorang rasa sikit-sikit antara satu sama lain punya order, tapi berbaloi juga order, sedap ya ampunn...Aku punya more pada sayur dalam tu dipenuhi dengan ayam. Yang member sorang tu penuh dengan buah labu berintikan ayam juga. Kombinasi yang memang cantik dan aummm..


Sebelum menjamu selera, haruslah bergambar terlebih dahulu. Ambil gambar dekat setengah jam okay. Sampaikan minta tolong pekerja situ tolong tangkapkan. Selesai sesi pengambaran untuk diri sendiri, barulah menikmati hidangan sambil bergossip. Kira lama juga kami tak jumpa, so banyak benda nak kena sembang.


Then dorang cakap aku makin debabb..Damnnnnnnn!! Aku syak skirt and baju yang aku gayakan pada hari tersebut menampakkan aku gemok. hahaha..Diri sendiri memang dah gemok salahkan baju. Sampaikan aku balik naik bas orang kata aku pregnant, alang-alang orang katakan sebegitu kita layankan jerlah dapatlah tempat duduk bahagian depan sekali. 

Lama kiteorang lepak sampai lepas Zohor masih disini, bila lihat masih ramai yang masih menunggu turn nak masuk, kiteorang decide keluar cari cafe lain. Sebelum tu kiteorang singgah ke Masjid Bangsar untuk solat Zohor terlebih dahulu sebelum ke cafe area Jalan Chow Siaw Lin. Lebih kurang dalam pukul 3.00pm jugalah kiteorang stuck cari parking dekat area sini. Faham-faham jerlah area sini penuh warga asing. Tambah-tambah pergi weekend, nangis jugalah cari parking. Hati-hati kalau kena saman je, abang polis rajin bagi surat cinta waktu weekend dekat sini.

Second cafe ini kiteorang lepak dekat LOKL, cafe dia sederet dengan Klopatrat selang beberapa buah. But, cafe kedua kiteorang lepak ini tak lama sebab close pukul 5.00pm. Tambah menu dia tak berapa berkenan di hati. Alih-alih kiteorang order waffle kongsi 3 orang and air je.ENvironment cafe sini cantiklah kalau nak bergambar. Bab makanan je aku xsuka. Apa-apa pun Croisserie Artisan Bakery memang sedapp! You all should try kalau datang KL.

Buka seawal 7.30am ya. Tu paling aku suka, aku tak suka cafe buka pukul 11.00am lewat sangat. Orang nak minum coffee pepagi bukan dah tengahari baru nak buat air. Ya dakk. Recommended sangat kalau korang nak rasa pastry yang sedap dan rare.


Croisserie Artisan Bakery, Damnsara Heights
Servis: Take away, dine-in, delivery provided
Address: No 14, Jalan Medan Setia 2, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur
Open for everyday!


Btw ini bukan foodreview, memandangkan vibe cafe ini best and menu kiteorang order memang sedap saje jerlah share kot-kot korang cari cafe area KL yang sedap-sedap. Boleh try sini pula!


Thank you for reading guys!




2 comments:

  1. lama tak ke area Bangsar sejak WFH. menariknya makanan dia. tertarik nak try spring onion chicken tu. thanks recommend

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!