4 Port Makan Sedap di Area Bukit Bintang, yang Korang Patut Cuba! - Azwar Syuhada

Thursday 27 January 2022

4 Port Makan Sedap di Area Bukit Bintang, yang Korang Patut Cuba!

 Salam to all readers,


| 4 Port Makan Sedap di Area Bukit Bintang, yang Korang Patut Cuba! | Siapa follow aku di IG pasti tahu aku merayap ke mana minggu lepas. Memandang lama tak lepak dengan housemate, finally kiteorang jumpa date masing-masing dan berada di rumah, ini betul-betul last minute plan, sebaik perancangan kali ini cukup teratur dan rasa macam cuti panjang.


Even aku dah lama duduk di Kuala Lumpur, aku jarang-jarang ke Bukit Bintang, sebab dekat sini sesak dengan orang ramai, dan aku tak familiar dengan kawasan ini. Raa roomate aku area sini dia memang pro, tambah-tambah dia memang orang KL lagi pro la dia jika nak dibandingkan dengan aku. So, tanpa buang masa aku kongsikan dengan korang 4 port makan sedap di area Bukit Bintang yang Korang Wajib Cuba! Kalini jalan-jalan kiteorang tak masuk mall, kami pusing-pusing dikaki lima, dan lorong sahaja. Jom tengok!


4 Port Makan Sedap di Area Bukit Bintang, yang Korang Patut Cuba!


4 Port Makan Sedap di Area Bukit Bintang, yang Korang Patut Cuba!


1) Congkak

4 Port Makan Sedap di Area Bukit Bintang, yang Korang Patut Cuba!



Siapa sangka, disebalik kesakan bandar Bukit Bintang wujudkan sebuah restoran tersembunyi yang cukup popular dengan makanan Melayu dan Nusantara. Pada mereka yang gemar masakan Melayu tradisional dan juga Nusantara korang WAJIB ke sini. Ada orang kata nama restoran Congkak ini diinspirasikan daripada permainan tradisional sendiri iaitu Congkak.


Agak klasik dan unik kedainya, masuk-masuk dorang layan macam aku ni orang VVIP gitu, ukiran restoran ini pun cukup unik dan selesa. Rasa berada di zaman dulu kala sambil menonton rancangan tv P. Ramlee kau jah..



Inilah dia set Nasi Ambeng kiteorang makan tempoh hari (Set B). Puas hati okay, tambah-tambah masing-masing tak makan lagi waktu tu. Habis licin kami perhabiskan.

4 Port Makan Sedap di Area Bukit Bintang, yang Korang Patut Cuba!

Ini sayur pucuk paku, walaupun pedas tapi rasanya cukup mengancam. Siapa yang rindu masakan Melayu boleh mai sini makan, terubat sikit rindu di kampung.



Ayam tak pernah missed, sebab Oyah suka makan ayam. Ada dua pilihan samaada nak ayam gulai ataupun kicap. So kami pilih ayam kicap dia. Overall sedap sebab kuah kicap dia pun banyak.


Antara juadah yang menjadi kegilaan ramai di Congkak ini adalah  seperti Nasi Ambeng, Rendang Tok, Ayam Masak Lemak, Ayam Masak Kicap, dan banyak lagi. So kalau datang ramai-ramai better set makanan, nanti dia akan hantar makanan dalam talam/dulang besar. Sangat-sangat mengamit memori zaman pergi camping makan dalam talam. 


Tapi di sini, mereka provide pinggan setiap seorang, makanan sahaja dalam set tersebut dibawa dalam dulang. Kiteorang order set kedua then tambah additional ayam masak kicap. Puas hati makanan sini boleh tahan sedap, selang 10 minit mesti staff dekat situ datang tanya feedback okay ke tidak makanan. For me, semua makanan kami order kenalah dengan tekak aku. Pucuk paku dia, ayam masak kicap, terung belada, ikan sambal berlada dia. Semua cukup rencah/


Overall, aku bagi 5 stars. Recommended sangat siapa nak cuba makanan Melayu di Congkak ini. Aku kalau tak sedap, aku tak tunjuk di blog, kalau rasa sedap baru aku share. 


Address: 24, Jalan Beremi, Off, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 12.00pm - 10pm
Boleh dine in, and takeaway (Foodpanda also available)
Rate: 4.5/5


2) Kedai Ice Cream Jersey Jack Gelato


Alang-alang korang dah ke Bukit Bintang, jangan lupa pekena ice cream Jersey Jack Gelato. Kedai ini area restoran Congkak juga, pusing-pusing kawasan yang sama juga. Tapi macam biasa, aku 1st time lalu lorong ini, siapa sangka sepanjang deret perumahan area sini wujudnya kedai ice cream yang sangat popular dan sedap. 




Aku boleh cakap ice cream di sini boleh tahan harganya tapi berbaloilah mencuba. Masuk-masuk sahaja seperti biasa kena scan My Sejahtera, then boleh pilih nak perisa yang mana. Paling best lagi, korang boleh try dulu kesemua perisa korang nak rasa, then kalau dah berkenan mana 1 yang nak makan bolehlah order. Haritu aku ambil perisa ferrero rochers. Memandangkan aku chocolate lovers gitu. Aku ambil 1 scope cuma RM12, kalau 2 scope dalam RM26 tak silap.


4 Port Makan Sedap di Area Bukit Bintang, yang Korang Patut Cuba!

4 Port Makan Sedap di Area Bukit Bintang, yang Korang Patut Cuba!


Selain ice cream, boleh juga cuba air juice dia. Memandangkan masing-masing perut dah full, kiteorang pekena ice cream sahaja. Overall, ice cream dekat sini sedap dan boleh datang repeat sekali lagi kalau nak order lain. 


Address:  49, Jalan Berangan, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: 11.00am to 9.30pm (weekdays) 11.00am to 10.00pm (weekend)
Servis: dine in & takeaway
Rate: 4/5


3) Dino's Thai Food Restoran



Disebabkan masing-masing mengelak taknak masuk mall, kiteorang lepak makan dekat Jalan Alor. Aku pun 1st time masuk sini, ibarat masuk lorong Kampung Baru. Sini memang meriah waktu malam, sepanjang deret ini punyalah banyak restoran Cina dan restoran Thai. So kalau korang nak makanan laut sedap dan murah boleh datang makan area Jalan Alor ini. Open waktu malam, so pergilah lepas Maghrib.



Aku terpengaruh lepas kawan aku tag dekat Tiktok suruh datang makan dekat Ban area sini juga. Tapi Raa cakap ban tu bar, so bagi mengelakkan perasaan was-was untuk makan, pergilah restoran melayu yang menawarkan masakan Thai, iaitu Dino's Thai Food Restoran. Mujur kiteorang datang ada tempat kosong lagi, kalau tak berjam juga nak kena tunggu. 


Macam biasa, ketiga-tiga kaki makan, yang paling kuat makan off course aku. Kami ambil set untuk 3 orang makan, ada siakap 3 rasa, telur dadar, sayur, ayam masam manis, tomyam. Total kiteorang makan bawah RM130. Berpatutan jugalah bagi aku, sedap pun sedap, paling penting makanan sampai cepat. Akak suka yang itu! Kalau servis lambat, perut yang lapar auto kenyang dan berselera nak makan. Kedai ini aku recommend kalau korang nak datang makan. Seat pun banyak.


Address: 34, Jln Alor, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Rate: 4.5/5


4) Capitol Cafe

Antara juadah yang kami order for breakfast. Kemain, macam menu tengahari je.

Aku suka vibe capitol cafe, sebab ia mengenangkan aku dengan cafe di Old Town di Perak. Konsepnya sama gitu, ini 1st time aku ke sini ya. Raa housemate aku ini lagi panjang langkahnya. Sebelum ini aku ke ke dai pastry dia juga yang suggest. Elakkan pergi tempat yang tengah viral, sebab tak syok langsung pergi kedai/cafe/tempat yang crowded dengan orang.



Kita datang nak relax & happy2 je. Di Capitol Cafe ini korang boleh cuba Signature Nasi Lemak dia, roti bakar, roti bakar telur goyang, milo banjir pun ada, even pergi breakfast rasa kenyangnya sampai ke tengahari. Servis pun cepat, sedap pun sedap, ramai orang singgah datang ke cafe ini lepas balik hiking dan jongging. Nanti aku bolehlah ajak member hiking ke mari pula. Betul-betul belakang WOLO hotel.

4 Port Makan Sedap di Area Bukit Bintang, yang Korang Patut Cuba!
Kueh teow dia pun merecik hawauu..Sedap okay, korang minta dia cili potong lebih sikit baru lagi umm..


Inilah set signature Nasi Lemak Capital, dia punya sambal padu okay. Aku jarang makan nasi lemak yang sedap selain nasi lemak mak aku. Had ini boleh acceptable. Sedap weyyhh, sambal tak cukup aku minta lebih sikit, dorang pun layankan aje.

4 Port Makan Sedap di Area Bukit Bintang, yang Korang Patut Cuba!

Roti bakar dia memang padu. Order 1 tak cukup guys, tapi sebab aku order Nasi Lemak sekali, 1 ini sudah memadai. 


Korang boleh refer official website Capitol Cafe untuk tengok menu dia yang lain. Haritu aku order Signature Nasi Lemak + ayam, roti bakar dengan air milo dia, sedap bakk hang. Sampai sekarang masih terasa-rasa dekat tekak lagi. Aku bab makan memang laju, cafe ini pun aku recommended pada korang kalau nak datang breakfast. Hopefully lepas ni dia tambah menu roti canai pula.


Address: 46, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: 7.00am to 4.30pm
Senang akses naik public transport
Rate: 5/5

4 Port Makan Sedap di Area Bukit Bintang, yang Korang Patut Cuba!


Even kiteorang tidur 1 malam di hotel, rasa perjalanan lama dan menyeronokkan bila dapat lewati banyak tempat. Inilah 4 port makanan sedap area Bukit Bintang yang korang patut cuba kalau ke mari. Kalau ada rezeki dan kelapangan lagi aku nak repeat lagi nanti. Overall, keempat-empat restoran/cafe ini aku recommended sangat pada korang kalau nak datang rasa. Sedap bakk hang!!


Thank you for reading guys!

3 comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!