Pengalaman Menginap di The Kuala Lumpur Journal Hotel [2 Hari 1 Malam] - Azwar Syuhada

Tuesday 1 February 2022

Pengalaman Menginap di The Kuala Lumpur Journal Hotel [2 Hari 1 Malam]

| Pengalaman Menginap di The Kuala Lumpur Journal Hotel [2 Hari 1 Malam] | Akhirnya, kita bertiga sempat spend time bercuti sekali lagi sebelum masing-masing pindah rumah. Yeahh, Im sorry if today I’m writing penuh emotional. Bukan senang nak dapat housemate sekepala, hampir 2 tahun la kami tinggal dirumah bersama, mula rapat since PKP, dimana masing-masing digesa untuk bekerja dari rumah. So, keluar bilik, pergi dapur mesti bersua muka. Maigadd!! Nanti moment ni adalah moment yang akan paling dirindui. Previously Wan, tu aku paling sedih sebab dia jaga aku macam adik dia, why? Aku balik lewat malam pun dia sanggup bangun, aku lapar dia selalu masakkan juga, aku stress kerja dia pun ada disamping aku. Arghhh.. I hate this feeling. 


Malas nak touching, jom tengok ke mana kami spend time together and apa aktiviti kami buat dalam masa 1 hari. Previously ada lepak staycation bersama tapi waktu tu crowded gila dengan orang, tambah kerajaan baru open border rentas. Dah semua pakat pergi bercuti. Mujur, kalini punya percutian berjalan lancer dan teratur paling penting tak crowded. Sebab kiteorang tak masuk mall pun, hanya jalan-jalan di kaki lima sahaja. Tapi best okay!


Kiteorang memang plan last minutes, sebab aku tanya dalam group if that day semua free tak, sebelum aku buat rancangan lain. Aku punya aktiviti setiap weekend dah ada apa nak buat, bukan tunggu hari esok baru nak atur rencana apa nak buat. Kita hanya mampu merancang, Tuhan menentukan. Memandangkan, dua-dua tu Free the date aku tanyakan tu, aku minta Raa booking hotel yang okay dan affordable untuk kita bertiga menginap. Kiteorang pilih penginapan di tengah bandaraya Bukit Bintang. Area situ, mesra untuk pengguna jalan kaki, public transport pun banyak. So tak perlu runsing.


Nak jadikan cerita hari yang kiteorang nak keluar tu pula, ada berlaku konspirasi perihal Azam Baki dan menyebabkan banyak jalan tutup and LRT/MRT terpaksa tukar arah dan banyak stesen tak boleh stop. Dari rumah boleh dengar orang duk menjerit-jerit waktu tu, sebab dorang betul-betul buat depan rumah. Mujurlah lepas Zohor, keadaan dah reda, jalan buka balik, kereta pun dah boleh lalu. So, kiteorang decide ambil grab sahaja terus ke hotel, sebab check in 2.30pm.


Mujur hotel ini tak ramai orang, so kiteorang check in dengan penuh gembira. Masuk bilik hotel, letak barang, bergambar kejap baru turun balik untuk cari makan tengahari. Pukul 3.00pm baru dapat makan tengahari weyhh. Haru betul hidup. Weekend nak happy2 sibuk buat demonstrasi. 


Pengalaman Menginap di The Kuala Lumpur Journal Hotel [2 Hari 1 Malam]


Untuk lihat destinasi tempat makan kapi di Bukit Bintang boleh baca di sini>> 4 Port Makan Sedap di Area Bukit Bintang


One Of the Beautiful Hotel at Bukit Bintang – The KL Journal Hotel


Masuk-masuk bilik hotel, kami terjerit sikit, sebab bilik besar and paling penting view pemandangan dari bilik kami cantik yaaa ampun, buka langsir kami dihidangkan dengan pemandangan kesibukan ibu kota di bandaraya Kuala Lumpur, Bukit Bintang. Boleh nampak, monorel, Lot 10, Wolo Hotel, TRX, Jalan Alor. Cantik gilaa!! I like. 


Pengalaman Menginap di The Kuala Lumpur Journal Hotel [2 Hari 1 Malam]


Kiteorang ambil bilik untuk 3 orang menginap, ada katil single 1, and Queen 1. So, aku dengan Raa share katil, Oyah duduk katil single. Konon petang sikit nak main pool, tapi ada pesta pula dekat pool tu. Pool tu ada bar bila dah ramai-ramai mat salleh pakai bikini je, kiteorang tunggu esok pagi jerlah turun.



See, luaskan bilik kami? 1 malam di sini spend RM310.29. Sorang spend dalam RM100 something sorang, so kira berbaloi la dengan dapat hotel 4 stars gini. Tilam pun empuk. Check in pun cepat, bilik ada televisyen boleh layan Netflix lagi, so tak bosan. Kalau lapar boleh jalan di kaki 5, banyak kedai-kedai makan sedap-sedap.

Pengalaman Menginap di The Kuala Lumpur Journal Hotel [2 Hari 1 Malam]



Bilik air pun luas, cuma bilik ini takda tub mandilah. Tapi overall memang best, kami spend masa bersama, chit chat sampai tengah malam. 


Tapi kawasan persekitaran di Journal Hotel ini pun lawa, pool dia tidaklah terlalu besar, paras air dia dekat dengan bahu aku. Tinggi jugalah air kolam tu, dapatlah melepaskan rindu untuk berendam dalam kolam renang. Kalau ada sauna pasti lagi best!! Siapa yang bawa anak kecil, kolam renang sini tak sesuai sangat untuk anak-anak, mak-mak pun pasti tak selesa kalau ada orang banyak memerhati. Bilik hotel memang selsa, dengan tilam empuk, bantal empuk, bilik air besar, suhu bilik sejuk, siap boleh layan Netflix lagi.




Inilah pool dia, cantik sangat view dari pool. Boleh nampak Berjaya Times Square, monorail, Lot 10, WOLO, TRX, PNB dan banyak lagi pencakar langit di bandaraya Kuala Lumpur 


Sebelum ini aku lalu lorong ini makan Nasi Kawen tak perasan akan hotel ini. Dalam kesibukan ibu kota, wujudnya sebuah hotel yang cukup elegan, dicelah lorong Jalan Berangan. Bayangkan deret tu banyak rumah setinggan, tup-tup ada hotel sebelahnya. Mana cik tak terkejuttt!


Petang check in, pergi makan, kami sempat ke saloon urutan area Jalan Berangan ini juga. Punyalah banyak kedai urut, aku rasa macam dekat Thailand pula. Raa, dengan Oyah nak urut kaki so join jerlah sekali. Awal nak ambil 30min je, tup-tup sejam terus. hahaha...Urut kaki jerlah, tu jenuh nak menunggu habis. 


Dah macam bercuti dekat Thailand la, siap pakej pergi urut. Lepas ini dah taulah port urutan kaki murah dekat mana. Sini ada staff perempuan, so boleh request orang perempuan urutkan. Sejam untuk massage kaki kena RM50. Okaylah, best pun best dia urut.




Pengalaman Menginap di The Kuala Lumpur Journal Hotel [2 Hari 1 Malam]



Overall, semua tempat kami lewati termasuklah tempat kami menginap pun rasa puas hati sesangat. Kalau korang nak spend time jenjalan dengan kengkawan, honeymoon maybe, pun boleh. Tapi kalau ada family besar better pergi hotel yang pool dia tak ada bar, so ada privacy sikitlah kot banding dengan KL Journal hotel ini.


Dont forget to subscribe my youtube channel! hahah..



The Kuala Lumpur Journal Hotel
Address: 30 Jalan Beremi, Off, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
Boleh check date availability and booking di Agoda or Booking.my


Thank you for reading guys!

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!