Situasi Kejadian Banjir di Sekitar Kuala Langat, Selangor Meningkat - Azwar Syuhada

Saturday 18 December 2021

Situasi Kejadian Banjir di Sekitar Kuala Langat, Selangor Meningkat

 Salam to all readers,


| Situasi Kejadian Banjir di Sekitar Kuala Langat, Selangor Meningkat | Sabtu yang penuh kejutan yang tak disangka-sangka. Dimana banjir berlaku di sekitar Lembah Klang, Shah Alam, Selangor banjir weyh, ibu dan 8 orang anak meninggal dunia, dan kes varian Omicron meningkat pada 13 kes.


Sepanjang aku hidup dekat area Kuala Langat ini tak pernah lagi banjir teruk sebegini. Ini 1st time weyh tengok banjir teruk di sekitar Lembah Klang. KL pun selalu hujan, tapi mak aku cakap lately memang kerap hujan.Semalam je, semalaman hujan dari pagi sampai keesokkan harini, sambung menyambung hujan, kejap lebat, kejap cool, kemudian lebat balik. Semalam buka pintu air naik sampai ke muka pintu dapur sahaja, mujur tak masuk ke rumah. Paling kesian orang yang duduk taman perumahan, ramai saudara duduk disana terkandas dengan banjir dimana paras air naik sampai ke lutut. 


Mujur rukun tetangga kawasan situ termasuk rela dah bersiap sedia, dorang dah buka siap-siap dewan orang ramai tengah malam tadi untuk pindahkan mangsa-mangsa yang terkandas dek banjir. Banjir-banjir ini kadang-kadang merisaukan tambah orang yang drive kereta, motor pergi kerja balik kerja, jalan pun dah mula berlubang-lubang balik. Hopefully, yang naik motor berhenti berteduh dulu mana-mana, dah redha baru jalan.



Inilah keadaan rumah sanak saudara aku yang terkandas dalam banjir. Whatsapp group dan status sekarang penuh dengan perkongsian gambar banjir. Syafakallah, semoga Tuhan permudahkan urusan semua orang. Sekarang, matahari masih malu-malu nak keluar. Harini tengok langit pun takut, mendung sepanjang hari. Diikutkan, ramalaan mengatakan hujan akan berlarutan sehingga 18/12/2021 ini. 

Situasi Kejadian Banjir di Sekitar Kuala Langat, Selangor Meningkat

Situasi Kejadian Banjir di Sekitar Kuala Langat, Selangor Meningkat

Ini dari status kawan aku, terus tutup company dia harini sebab banjir. Tak boleh redah laluan Klang tu, banjir, kereta nak jalan pun susah. Stuck tengah jalan lagilah. Normally yang kerap banjir sekitar Jalan Kebun, sekarang Taman Dato Hormat pun air dah boleh naik. Bukan Klang je tengah teruk naik air, tengok sekitar Shah Alam pun sama naik air nya. Baru baca, Selangor bakal ada gangguan air akan datang, sekali air hujan turun mencurah-curah tanpa henti.


Pada mereka yang berada di kawasan banjir di sekitar Selangor ini, mohon berhati-hati. Elakkan anak kecil main air banjir. Semoga ada sinar lepas banjir.


Thank you for reading guys!

2 comments:

  1. semoga dipermudahkan semua mangsa2 banjir di tanahair tuuuh., aminn

    ReplyDelete
  2. Allah kesiannya, moga semua mangsa diberi kesabaran dan ketabahan, moga dipermudahkan semuanya

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!