Tol PLUS Laksana Transaksi Sepenuhnya Menggunakan RFID Bermula 15 Januari 2022 - Azwar Syuhada

Friday 17 December 2021

Tol PLUS Laksana Transaksi Sepenuhnya Menggunakan RFID Bermula 15 Januari 2022

 Salam to all readers,


Tol PLUS Laksana Transaksi Sepenuhnya Menggunakan RFID Bermula 15 Januari 2022 | Seperti yang sedia maklum, Kementerian Kerjaya telah mengumumkan perkhidmatan RFID Touch'Go akan dilaksanakan di Lebuhraya Utara Selatan, PLUS bermula 15 Januari 2022.


Korang dah sedia ke belum nak guna RFID? Sedia tak sedia kena standby juga, memandangkan Smart tag dan juga kad Touch' n Go di plaza tol akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat. Hal ini, bagi membuka ruang kepada pembukaan lebih banyak lorong RFID.


Ramai juga yang tidak berpuas hati dengan inovasi terbaru ini. Tapi kita sebagai rakyat marhaen terima jerlah perubahan ini dengan hati terbuka. Suka tak suka tetap kena hadap juga. Mujur aku dah pasang siap-siap haritu. Kalau korang tak pasang lagi, ahjommm pasang segera, apa orang kata sediakan payung sebelum hujan gitu.


Mungkin kita tak suka guna sekarang, sebab nampak macam tak stabil lagi, susah detect kena undur kereta balik. Standardlah tu nak adapt benda baru, masih bertatih. Teknologi membawa kepada kesenangan pada semua. Mungkin ini juga merupakan satu inisiatif terbaik untuk korang juga untuk mula pakai RFID. Lepas ini tak perlu pening-pening buka pintu tingkap. Tapi make sure dalam e-wallet korang kena ada duitlah.


Cara Mudah Dapatkan & Pasang RFID Sendiri

Jangan risau, korang takyah pening-pening walk in mana-mana outlet pun untuk dapatkan sticker RFID. Search je dekat Shopee.

Nah boleh beli sini, sekarang tengah promo RM28. Aku dulu beli RM35. Maybe sale hujung tahun ni, harga runtuh.

Dapatkan RFID di sini https://shp.ee/dqu3kwr



Lepas dah dapat sticker RFID tu, korang kena setup sendiri. Boleh rujuk seperti gambar di bawah;







Dah setup semua barulah tampal dekat sisi cermin depan, ataupun dekat atas tampalan roadtax tu. Korang juga boleh rujuk youtube Touch'n Go untuk makluman lanjut;



Pasal awal-awal takpe, nanti taklah kalut sangat. Okaylah! Bye..


Thank you for reading!







No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!