Nikmati Masakan Panas Indonesia di Gajah Madah, MyTown Cheras - Azwar Syuhada

Sunday 19 September 2021

Nikmati Masakan Panas Indonesia di Gajah Madah, MyTown Cheras

 Salam to all readers,


Nikmati Masakan Panas Indonesia di Gajah Madah, MyTown Cheras | Semalam jadual aku begitu padat, sejak diberi kelonggaran ini macam-macam tempat nak pergi. Kalau boleh aku nak cuba elakkan pergi tempat yang ramai orang. Kalau masuk mall pun, pilih mall yang tak ramai orang masuk. Sekarang, orang banyak menggila masuk hutan, berkelah lagi. So boleh round dalam mall dengan gembira.


Semalam petang aku menemankan roomate aku Oyah cari cicin merisik. Memandangkan awal tahun depan dia bakal melangsungkan perkahwinan. Aku bab meneman cari barang kawen orang ni memang excited lebih. Before ini aku temankan Wan roomate aku juga beli barang hantaran. Memang lelaki tak excited cari barang kawen sesama yeah? Berapa % jerlah kan yang minat cari barang sesama. Semalam, kami masuk Wah Chan cari cincin merisik untuk Oyah, next months dia nak balik kampung uruskan apa patut. Aku happy untuk dia, waktu sakit aritu cuak jugalah. Ini tengok dah happy balik jadi seronok tengok.



Dalam pada jadi peneman untuk cari cincin, aku terpengaruh juga membeli. Tapi aku beli anting-anting a.k.a subang telinga. Melayang jugalah RM300 semalam. Maigaddd!! Selain kedai serbaneka, Mr D.I.Y, Mr Dollar, SSF, Kaison, Daiso kedai emas pun berhantu pada aku. Sejak meningkat usia ini aku suka juga pakai emas. Mak aku pesan kau dah kerja, belilah gelang emas ke rantai at least nampaklah kau berduit sikit. Mak aku je ke macam ni? Mak korang macam tu juga ke? Aku pakai pun had nipis-nipis. Had besar-besar macam mami jarum tu aku tak kenanlah nak pakai.


Setelah berpeluh perhabis duit dekat Wah Chan, pergi cari makan pula. Alang-alang dah keluar so baik makan siap-siap. Tawah punya tawaf dalam mall,akhirnya kami stop depan restoran Gajah Madah. Restorannya nampak menarik, betul-betul berhadapan dengan Mykori. Waktu aku makan sini memang lengang tiada orang. Pelanggan pun belum ramai lagi. Gajah Madah menawarkan makanan panas dari Indonesia, Vietnam, Thai & Malaysia. Aku memang lapar nasi waktu tu, restoran ni aku tak cuba lagi. Why not try kan?


Nikmati Masakan Panas Indonesia di Gajah Madah, MyTown Cheras


Ini 1st time aku dine in di luar setelah sekian lama betapa dalam rumah. hehehe.. See restoran Gajah Madah ini nampak fancy sangat. Aku suka makan tenang-tenang gini, kalau crowded sangat rimas juga nak makan. Dorang serve customer pun pantas. Sekarang kalau nak keluar rumah benda utama nak kena bawa sudah semestinya phone dan kena makesure bateri full. Sekarang nak masuk mana-mana kena scan Mysejahtera, dah keluar kedai pula kena check-out. Kadang-kadang dah masuk tak reti nak check out. hahaha...

Aku suka bawa Oyah sebab dia pun kaki makan macam aku. Dalam pada suka makan tu, dialah juga yang kerap makan tak habis. Yang menjadi mangsa perhabiskan sudah semestinya aku. Pada aku, hidangan yang ditawarkan di Gajah Madah ini  boleh tahan menarik. Kalau datang bawa family ke mesti syok. Jom tengok hidangan yang kami makan di Gajah Madah semalam. Aku tak sure Gajah Madah ini ada outlet tempat lain ke tidak. 

Muka penuh excited menanti kedatangan makanan.

Alhamdulillah makanan dah sampai, mujur tak tunggu lama. Ini salah 1 benda best kalau masuk restoran tak ramai orang, makanan sampai cepat, pelayan datang serve awal, makan relax-relax sambil dengar alunan muzik.

See! Tempat dia sesangat selesa untuk menikmati makanan. Sambil menanti makanan sampai boleh selfie. Sementara menunggu makanan ada juga orang datang sport check vaccinated kami cukup dah ke tidak. 

Main menu kami ambil yalah Malaysian Deep-Fried Fish with Spicy Sticky Bean, berharga RM21. Had ini cukup untuk 2 orang makan besarnya. Ikan cencari masak pedas-pedas manis. Ikan dia jadi sedap dimakan bilamana dia goreng garing-garing dan masih panas lagi. So, bila makan memang terangkatlah. Btw, ini bukan food review atau sponsor post. Aku just share je tempat makan yang aku rasa sedap. Mana tahu, korang blank masuk Mytown tak tahu nak makan apa. Takkan nak makan fast food je memanjang kan? 


Tak lengkap rasanya kalau tak order sayur. Sayur pun banyak pilihan sini, kami try pekena Phad Phak Khaua, berharga RM10.50. Sayurnya ranggup lagi dijamah. Makan dengan nasi terasa bunyi krup krupnya. 

Spicy Chilli Paste Squid berharga RM17.50. Hidangan sotong ini pun boleh tahan sedap, tapi Oyah tak berapa gemar makan sotong pesen ini. Sotong kan ada banyak jenis. Dia prefer sotong yang ada ekor biasa jual dekat pasar. Had ini jenis keras sikit. Aku memana bantai je makan.


Tak lengkap kalau hidangan makanan panas takde lauk ayam. Favourite Oyah pula memang ayam, tak kisah masak apa. So, kami try order Bandung Chicken with Spicy Green Chill, RM18.40  untuk 1 dish. Kami order 2 ketul ayam sorang 1. Senang cerita ini masakan ayam masak cili hijau. Sedap memang sedap tapi dia punya pedas, bergelen juga air aku kena sedut. Pedas tahap petala berapa. 


Before makan, selfie 1 kali. 


Inilah juadah kami makan di Gajah Mada, Mytown Cheras. Overall memang puas hati, makanan sedap, banyak pilihan makanan, tempat pun selesa, ruang nak makan besar + cantik, orang tak ramai one of benefit juga. So, kalau korang singgah MyTown Cheras nanti bolehlah try makan dekat Gajah Madah ini. Tak mengecewakan langsung. 


Gajah Madah, MyTown Cheras
Address: G-021 & G-E-021, Ground Level, MyTOWN Shopping Centre Seksyen, 90, Jalan Cochrane, Cheras, 55100 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10.00am to 10.00pm
Phone: 03-9201 2655

Rate: 4.5/5

Takdan nak pergi walk in? Boleh order di FoodPanda


Thank you for reading!


5 comments:

  1. sama la tak suka jugak emas yang besar2. semalam pun pi kedai emas tukar gelang putus. cari yang paling halus. buat syarat je asalkan ada. sedapnya menu kat situ. terliur tengok.

    ReplyDelete
  2. akk skrg tgh nk kumpul beads n charm.. bru je beli gelang pandora.. kihkih..

    menariknya menu2.. lapar pulak tgk..

    ReplyDelete
  3. teringat masa akak dulu barang kemas untuk kahwin memang pilih sama-sama, cuma cincin merisik je mak mertua yg pilihkan bawa nun dari terengganu sebab dulu kami pjj je dah kawin baru duduk sekali.

    lamanya tak makan di restoren atau kedai makan, laki akak lum cukup 2 dos vaksin lagi... aduhai

    ReplyDelete
  4. sedapnya tengok ikan tuu. nak keluar dine-in pun, masih belum cukup 2 dos hahaha
    salam kenal dpd follower baru 😊

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!