New Interface Check in & Check Out Aplikasi My Sejahtera - Azwar Syuhada

Monday 6 September 2021

New Interface Check in & Check Out Aplikasi My Sejahtera

 Salam to all readers,

New Interface Check in & Check Out Aplikasi My Sejahtera | Aplikasi My Sejahtera sekarang sudah mula melancarkan kemaskini dengan filter baharu seperi yang diumumkan oleh YB Khairy Jamaluddin. Interface yang baru kali ini lebih memudahkan rakyat dan setiap premis scan untuk Check-in. Kalau sebelum ini, ada pengawal minta buka dulu profile dekat My Sejahtera untuk lihat Low-risk kemudian baru boleh scan untuk check in. 


Sekarang dengan adanya filter baharu, di mana pada button Check-in premis yang kita masuk juga boleh lihat terus profile kita dan dah cukup vaksin ke belum. Ia sedikit sebanyak dapat meringankan kerja semua orang. Rakyat kita, kalau boleh nak benda lagi simple dan praktikal. Kemaskini ini akan mengambil masa secara berperingkat-peringkat. The next days, KJ umumkan phone aku masih belum keluar lagi filter baharu ini.


New Interface Check in & Check Out Aplikasi My Sejahtera

Semalam baru berjaya keluar interface baharu. Cara untuk dapatkan interface baharu ini pergi ke Apple Store / Google Play Store update App My Sejahtera. Setelah update, keluar dari apps storey tersebut klik icon My Sejahtera.

Tadaaa dah ada kan? Make sure jangan click open dalam google play store ataupun apple storey setelah update. Bukak My Sejahtera di luarnya. Even dah mudah, still ramai complained perlu ke Check-out juga?



Ya perlu Check-out juga sebab sekarang kita kena biasakan diri hidup dalam norma baharu iaitu fasa endemik. Kita akan hidup dalam persekitaran yang ada Covic-19 ini cuma ianya masih boleh dikawal lagi. Justeru, even dah boleh dine in, rentas negeri seboleh-bolehnya kita still kena berwaspada. Jadi, penting jugalah button Check-out ini. Boleh trace balik berapa lama korang check in di situ sekiranya ada pesakit Covic-19 ini juga singgah pada waktu yang sama. 

Jadi, sama-sama kita bagi kerjasama okay.

Thank you for reading!

3 comments:

  1. Belum buat lagi new interface mysejahtera ni

    ReplyDelete
  2. Info yang berguna . Kena update mysejahtera untuk interface yang baru

    ReplyDelete
  3. I like it but part kene check out to kureng sbb selalunya tak igt nak check out.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!