Mudahnya Sign Up Akaun ASB Menerusi Online Je Sekarang! - Azwar Syuhada

Wednesday 29 September 2021

Mudahnya Sign Up Akaun ASB Menerusi Online Je Sekarang!

 Salam to all readers,


| Mudahnya Sign Up Akaun ASB Menerusi Online Je Sekarang! |  Good news guys, sekarang akaun ASB dah boleh sign up menerusi online, tak perludah walk in ke bank, pejabat post mahupun cawangan My ASNB. So apa tunggu lagi, pada mereka yang belum ada akaun ASB bolehlah sign up sekarang. Benda baik harus kongsi.

Mudahnya Sign Up Akaun ASB Menerusi Online Je Sekarang!


Buka akaun ASB ini FREE je, tak perlu pun deposit untuk open akaun, ia tak macam buka akaun bank yang perlukan deposit. Asalkan korang orang bumiputera dah cukup syarat nak buka akaun. 


Aku dah ada akaun ASB ini sejak di bangku sekolah lagi, mak aku dah open dah, cuma bila dah besar aku kena continue labur sendiri la. Previously aku share macam mana nak buat semakan akaun ASB melalui aplikasi MyASNB.


Boleh baca sini >> Cara Mudah Buat Semakan Akaun ASB


Waktu ini masih belum boleh lagi sign up akaun menerusi portal rasmi MyASNB. Sekarang baru diupgradekan untuk memudahkan orang ramai sign akaun ASB. Tak perlu dah bersesak dekat pintu masuk pejabat pos mahupun bank. Lagipun sekarang tengah Covic-19, elakkan pergi tempat yang sesak.


Cara Mudah Sign Up Akaun ASB Menerusi Portal & Aplikasi MyASNB


Boleh refer tutorial khas dari ASB, cara-cara untuk register akaun ASB menerusi online. Make sure ada NRIC front/back, and akaun bank korang sendiri waktu sign up! 


Ada orang kata untung ke melabur di ASB ini? Tak boleh nak cakap depend pada pasaran ekonomi juga. Janganlah gopoh nak kaya cepat terus loncat pergi pelaburan lain. Unit pelaburan terlalu banyak selain ASB, ada juga Wahed, Unit saham, dan banyak lagi, tapi mana-mana pelaburan mesti ada risiko. If korang takde lagi akaun ASB lagi, bukalah dulu.


ASB ini kira pelaburan paling basic, korang hanya perlu konsisten simpan tiap bulan, ataupun letak terus banyak dalam setahun pun boleh, lepas tu tunggu dividen selepas setahun. Harga seunit tiada naik turun pun ia bergantung pada kerajaan juga. If korang betul-betul nak masuk dalam dunia pelaburan, boleh slow-slow explore belajar ilmu pelaburan. Banyak je di google, ada seminar dan macam-macam lagi. 


Dah sign up akaun ASB nanti, jangan lupa download siap-siap aplikasi MyASNB dalam phone, korang boleh monitor akaun dan dalam pada masa yang sama takkan pernah lupa nak saving ke ASB. Alang-alang tu korang boleh juga buat auto labur setiap akhir bulan. Apa yang penting laburlah ikut kemampuan masing-masing. 


Mudahnya Sign Up Akaun ASB Menerusi Online Je Sekarang!


Selamat melabur secara bijak!


Thank you for reading guys!

2 comments:

  1. Terima kasih perkongsian. Sekarang serba serbi dipermudahkan.

    ReplyDelete
  2. Nak masukkan duit pun pakai online je sekarang. Senang, tak payah nak beratur dah macam dulu kan. Cuma nak keluarkan kena pergi bank atau pejabat pos

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!