Kak Iqin Dah Kahwin! Kahwin PKP di Negeri Selangor! - Azwar Syuhada

Friday 17 September 2021

Kak Iqin Dah Kahwin! Kahwin PKP di Negeri Selangor!

 Salam to all readers,


Kak Iqin Dah Kahwin! Kahwin PKP di Negeri Selangor! | Alhamdulillah majlis perkahwinan kakak saudara aku a.k.a Kak Iqin dah pun selesai hujung minggu lepas. One of reasons why aku balik Selangor, tolong mak aku apa yang patut di tolong. Kak Iqin ini anak kepada Pak Lang & Mak Alang aku. Dulu waktu aku kecik-kecik rajinlah tidur rumah dorang, walhal yang sebaya dengan aku adik Kak Iqin ini Afiq. Sebab Kak Iqin sorang perempuan sama macam aku so bolehlah main bersama. Aku syok duduk rumah mak alang aku dulu sebab dapat makan sedap-sedap, mak alang aku kaki masak. Setiap kali raya, nasi briyani tu makanan utama rumah mereka.

Kalau flashback zaman kanak-kanak dulu memang takkan pernah habis. Tak cerita lagi, zaman kanak-kanak aku dulu, aku, si abang, kak Iqin, Afiq masuk hutan belakang rumah konon nak kejar hantu balik kena leter dengan nenek. Afiq & Kak Iqin banyak duduk rumah nenek, sementara pak alang & mak alang aku kerja. So, kalau family dorang berjalan je macam-macam aku dengan abang dapat ole-ole. Siapa tak suka kan dapat ole-ole? Aku orang bagi sekecil kuman pun aku simpan. hahaha.. Betapa menghargainya aku ini setiap pemberian orang.


Siapa sangka keriuhan Mak Alang tak dapat didengar lagi, dia dijemput Ilahi penghujung bulan 2 tahun ini. Kalau dia ada masa wedding Kak Iqin mestilah riuh rumah dengan hiburan dan gelak tawanya.


Memandangkan sekarang masih pandemik, acara perkahwinan kak Iqin aku dibuat secara tertutup, kami tak jemput orang pun. Nikah dibuat di pejabat agama Kuala Langat. Semua pengantin di negeri Selangor kena nikah di pejabat agama tak boleh dibuat di rumah. Masuk fasa 3 nanti baru boleh. 


Even tak jemput orang, kak Iqin aku tempah jugalah orang pasang pelamin dirumah. At least, ada gambar bersama keluarga untuk dijadikan kenangan. Untung jugalah kawen PKP ini, jimat duit belanja. Banyak boleh saving untuk benda lain. Islam tu mudah je kan? Kak Iqin aku pun terus nikah takde merisik tak bertunang pun, memandangkan dua-dua dah kenal each others. Majlis hari Ahad, Hari Sabtu petang dah start busy sikit kemas rumah, cucuk bunga telur siap-siap bahagikan untuk keluarga belah lelaki, pengantin berinai. Pengantin berinai, sepupu lain turut menyelit nak pakai sekali. Sebelum ini pun sama kami pun menyelit pakai time wedding moksu. Petang tu patut mak uda aku dah datang rumah untuk hiaskan hantaran. Datang Pak Uda aku kata, mak uda datang pagi esok, benda tu senang je katanya letak-letak je. kau rasa?



Kak Iqin Dah Kahwin! Kahwin PKP di Negeri Selangor!

Pada keesokkan harinya (Ahad pagi), mak uda aku dah terpacak depan rumah datang hias dulang hantaran. Mak Uda aku ni bab menghias hantaran, gubah-gubah bunga memang pro. Masa wedding abang aku dulu ada gak dia tolong hias juga. Aku minat gak hias-hias ini, kalau datang mood rajin dan boleh menghasilkan duit lagi laju aku gigih buat. kahkah..Terserlah mata duitan di situ.



Repeat sekali lagi, join pengantin pakai inai Sabtu petang. 

Sementara menunggu pengantin balik dari pejabat agama. Pagi-pagi makanan dah sampai untuk dipack satu per satu. Mujur ada anak pak Itam aku, so boleh tolong sekali bungkus satu per satu. Even tak jemput orang datang ke rumah, tetap tempah nasi minyak untuk diagihkan pada sanak saudara, orang kampung area sini sebagai tanda berkat gitu. 


Ikutkan ini merupakan cousin ke-2 aku yang kahwin during PKP. Even kursus kahwin sekarang ini pun boleh attend secara online. Betapa hebatnya penangan Covic-19. Semua benda diubah aturcaranya. Kad wedding boleh buat secara digital dan hebahkan di whatsapp keluarga. Even sanak saudara jauh diperantauan boleh buat live. 



Jap jap.. Mak aku tunjuk mini love ke penumbuk tu? hahaha.. Kemain menyengih anak perempuan dia kahwin! 




Memandangkan story aku di IG tak berapa clear, ingat aku pula kahwin. Aku punya turn belum lagi. Btw, Selamat pengantin Baru Kak Iqin dan husband. Moga berkekalan hingga keanak cucu. 


Thank you for reading!

4 comments:

  1. Selamat pengantin baru sepupu azwar! Pelamin wajib ehehe walaupun takdak majlis. Untuk kenangan dalam gambar gitu

    ReplyDelete
  2. tahniah utk kak iqin!
    kawen ms pkp ni mmg jimat abs..
    kalo nk buat meriah2 xtau nk tunggu bila lg kan..
    sementara blh jimat ni langsungkan aje.. hehe

    ReplyDelete
  3. waahhh, tahniah Azwar dan keluarga timang menantu baru. hehe

    klasik je gaya pelamin. Nice! Semoga pengantin bahagia hingga ke syurga

    ReplyDelete
  4. Tahniah kak Iqin! Selamat Pengantin Baru :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!