Resepi Mudah Buat Lasagna yang Sedap untuk Seisi Keluarga - Azwar Syuhada

Saturday 28 August 2021

Resepi Mudah Buat Lasagna yang Sedap untuk Seisi Keluarga

 Salam to all readers,


Resepi Mudah Buat Lasagna yang Sedap untuk Seisi Keluarga | 2 minggu lepas aku dan roomate makan mewah berturut-turut setiap kali weekend. Ada je plan nak masak apa waktu weekend. Even dah boleh dine in, rasa was-was nak masuk makan pun masih trauma. Paling kuat pun tapau bawa balik, tak pernah lagi dine in lagi. Even dah second dose. Awalnya aku plan nak buat lasagna ini waktu birthday Syairah, hari yang sama aku buat kek tu. Tapi buat kek tu, rasa penat nak mati, justeru aku postponed la buat lasagna pada minggu berikutnya.


Lasagna ini makanan favourite adik aku, kalau mak aku buat mesti dia makan lebih punya dari yang lain. Sebab memang sedap, tapi kalau makan hari-hari kalori kau auto naik. Kalau nak merasa sekali sekala apa salahnya buat kan. Siapa pandai buat spaghetti, pandailah buat lasagna konsepnya. Lasagna ini memang mudah nak dibuat sebab aku guna instant sheet yang dah siap. Tinggal buat inti dalaman sahaja. Jom mulakan, baca baik-baik insyallah menjadi. Btw, resepi ini aku google juga, ambil sini sikit, sana sikit, tup-tup jadi.


Resepi Mudah Buat Lasagna yang Sedap untuk Seisi Keluarga

Buat pertama kali tau aku buat lasagna sendiri ini. Tak sangka menjadi. Roomate aku dah tanya-tanya, wa bila nak buat lasagna. Kata aritu nak buat? Aku ini kalau datang malas, memang malas nak buat. Kalau datang rajin, bersungguh-sungguh aku buat. Aku kalau tak yakin apa aku bubuh mesti video call mak aku waktu aku masak tu, nanti mak aku bagitaulah macam mana nak adjust. Mujur teknologi canggih, whatsapp call je.


Btw, serious sedap weyhh, roomate aku pun puji sedap boleh buat jual. Memanglah sedap lasagna ini setanding dengan harga bahan nak buat. Nak menjual tu memang lambattt lagi. 


Jom mulakan langkah ke dapur untuk membuat lasagna yang sedap ini.


Resepi Mudah Buat Lasagna yang Sedap untuk Seisi Keluarga

Bahan-bahan untuk buat sos bolognese (kaedahnya sama macam masak sos spaghetti)

  • Bawang merah - 4 ulas
  • bawang putih - 6 ulas
  • Daging ramlee - lumatkannya
  • Sos spaghetti prego
  • Serbuk oregano - 2 sudu
  • Garam
  • Gula
  • Cendawan - 1 tin (jangan lupa potong cendawan tersebut)
  • Lada hitam (kalau nak letak)

Cara-cara masak sos bolognese

Langkah 1: Tumis bawang merah, bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkandaging ramlee. Kacau sehingga air daging kering sedikit

Langkah 2: Masukkan sos spaghetti, kacau sehingga masak sedikit.

Langkah 3: Masukkan cendawan 

Langkah 4: Masukkan serbuk oregano, lada hitam, garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga masak. Jangan lupa rasa terlebih dahulu sebelum padam api. Kalau dah masak, ketepikan dahulu.

Btw, sementara korang masak sos bolognese ini, sekali jalan rebus instant sheet lasagna sehingga boleh lentur. Jangan rebus terlalu masak. Kemudian toskannya dan letak dalam dulang atau pinggan (jangan timpapkannya nanti akan melekat. So, susun atas pinggan satu per satu. Part ini, macam-macam cara orang buat, ada kata xyah rebus. Depend pada korang mana selesa. Makesure, rebus banyak mana korang nak makan okay?


Sos bolognese dah siap, kita teruskan dengan dengan membuat sos putih. Sos putih ini salah satu main utama yang menambahkan lagi selera nak makan lasagna tu berkali-kali sehingga menjilat jari gutueww.. Enaknya tak boleh bincang, mana tak enak penuh dengan lemak berkrim, kaya dengan cheese, kalau tak habis sos putih ini jangan dibuang. Boleh je jadikan sos spaghetti ataupun pasta. Sedapp ooo..

Bahan-bahan untuk membuat sos putih

  • Chelddar cheese - 3 pack
  • Mentega - 2 sudu
  • Susu full cream - 2 cawan
  • Tepung gandum - 2 sudu
  • Garam
Biar rasanya seiring dengan sos bolognese tadi. Kalau sos bolognese dah masin, had sos putih jangan pula buat masin. Jadi, rasa dulu nanti okay!

Cara-cara buat sos putih

Langkah 1: Panaskan mentega sehingga cair. Kemudian, masukkan tepung gandum masak sehingga kekuningan.

Langkah 2: Masukkan susu segar full cream, gaul bagi rata.

Langkah 3: Diikuti dengan memasukkan cheddar cheese gaul bagi cheese cair dan sebati.

Langkah 4: Masukkan sedikit garam. Kacau rata jangan tinggalkan sehingga sos jadi pekat. Kalau dah siap nanti, cepat-cepat alihkan dari tempat masak tadi okay.


Bahan-bahan untuk penambahan layer lasagna

  • Mozarella cheese
  • Parmesan cheese


Cara-cara atur lasagna bagi nampak menarik dan sedap!

Langkah 1: Sebelum masukkan dalam loyang ataupun foil aluminium, jangan lupa bubuh mentega kelilingnya bagi memudahkan untuk tarik keluar bila nak makan nanti.

Langkah 2: Letak lasangna di lapisan paling bawah

Langkah 3: Diikuti dengan memasukkan inti daging (sos bolognese tadi). Makesure, isi bagi padat sehingga menutup semua lapisan lasagna tadi.

Langkah 4: Kemudian masukkan sos putih.

Langkah 5: Taburkan mozarella cheesedan parmesan cheese. Kalau nak bubuh tomato pun boleh juga.

Langkah 6: Ulang 2 3 kali step di atas sehingga loyang penuh.

Langkah 7: Bakar dalam oven pada suhu 160, selama 40minit


Yeahhh siap untuk dijamu! Nak lagi umm cicah dengan sos cili dengan mayonis. Enak yaa ampun!

Resepi Mudah Buat Lasagna yang Sedap untuk Seisi Keluarga

Resepi Mudah Buat Lasagna yang Sedap untuk Seisi Keluarga


Resepi Mudah Buat Lasagna yang Sedap untuk Seisi Keluarga

First time aku all out nak masakkan orang tau. Sebab roomate aku pun all out masakkan aku time aku malas masak. Apa-apa pun roomate aku cakap sedap, aku kembang okay orang puji walaupun aku tak suka dipuji depan-depan. hahaha.. Btw, bahan-bahan nak buat lasagna ini better korang pergi masuk Aeon atau grocery besar lain. Speedmart99, KKmart ke memang takde bahan-bahan ini. Aku pun guna khidmat abang Panda untuk cari mozarella cheese dengan pamesan cheese. 


Petang ini aku pergi Speedmart punyalah banyak dalam peti. Waktu aku pergi haram tiada.  Total nak buat lasagna ini around RM60 jugalah. Tapi nak merasa makan banyak better buat sendirilah dari beli. Buat sendiri dapat tambah banyak kali. Beli, sekali hadap habis dah..


Next Tuesday cuti Merdeka, bolehlah plan masak lasagna ini untuk dijamu bersama keluarga. Hari yang sama aku buat lasagna ini mak aku pun taknak kalah. Dia buat pizza pula, kemain!!


Tak sabar nak balik, masak masakkan mak! Aku malas betul nak masak sendiri.


Selamat mencuba everybody!


Thank you for reading!



2 comments:

  1. rajinnya masak lasagna.. sedap ni!

    ReplyDelete
  2. lasagna memang sedap tapi nak buat dia tu agak renyah bagi akak...
    sebab tu jarang buat nya hehehehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!