5 Benda WAJIB Ada untuk Mulakan Online Bisnes! - Azwar Syuhada

Tuesday, 31 August 2021

5 Benda WAJIB Ada untuk Mulakan Online Bisnes!

 Salam to all readers,


5 Benda WAJIB Ada untuk Mulakan Online Bisnes! | Siapa yang follow aku di Instagram pasti tahu yang aku sekarang tengah aktif berbisnes tudung. Aku salah seorang reseller tudung Ameera Zaini. Ikutkan aku memang minat je berbisnes tapi tiada masa sangat nak buat. Sekarang, terlebih banyak masa, malam aku free, weekend aku free, kerja hakiki masih dalam rumah. So, memang banyak masa sangat nak buat editing, video semua. Aku start berbisnes jual tudung Ameera Zaini ini lepas raya Aidilfitri tahun ini. Awal tu aku beli nak pakai untuk diri sendiri, kebetulan blogger Mek Onie (blogger & merangkap stokis Ameera Zaini) ada open dropship waktu tu. Aku sajelah join kot-kot boleh jana side income.


Awal-awal aku amek order je, selang sebulan lebih lepas tu macam tak best pula takde barang dekat tangan. Jadi, bila ada koleksi baru aku ambil stock sikit terus auto upgrade jadi agent. hehehe... Alhamdulillah, even customer taklah berpuluh-puluh ada je rezeki Allah tu tak pernah putus. Aku pun tak sangka sambutan orang nak grab tudung AZ ini betul-betul tak dapat dijangka. Bila aku pakai sendiri tudung Ameera Zaini ini pun memang best weh materialnya. Tak rugi pun jual dan pakai.


Dalam tempoh 5 bulan ini, aku belajar benda, belajar cara engage customer. Biasa handle agent rumah je kan sebelum ini. Sekarang, engage customer nak beli tudung. Kalau warna dia taknak dah takde, kita cuba try suggest warna lain. Sama cantik dengan warna dia nak. Aku paling suka AZ ini pun sebab warna dia keluarkan warna-warna pastel, memang cantik!



Btw, ini tudung Ameera Zaini yang paling latest iaitu Az Warisan (code Ratna), material Twill Silk. Memang best pakai, telinga tak pekak, senang bentuk, sesuai dipadangkan dengan baju kosong especially putih / hitam. 


Mukadimah aku kemain panjang, walhal nak kongsi dengan korang benda WAJIB ada untuk mulakan online bisnes. Terutama orang yang buat bisnes online menjual tudung, jual notebook, kerepek, dan macam-macam lagi. Banyak sangat bisnes boleh buat sekarang during pandemik. Tapi makesure, jangan sesekali berhenti kerja semata-mata nak buat bisnes. Tu namanya cari penyakit. Kerja dan startlah buat bisnes (build connection).


5 Benda WAJIB Ada untuk Mulakan Online Bisnes!


1) Sign up EasyParcel

Sign up akaun di https://easyparcel.com/my/en/ dan topop minimum RM20 sahaja! Dah boleh postage. Mudah yaa amat guna easyparcel ini, tak perlu susah-susah nak beratur dekat Jnt untuk key in data di kaunter. Korang datang sana, just drop off dah setel. Awal dulu, aku biasa minta tolong Oyah postage dekat office dia. Tapi kalau dah berbelas postage, gigih pula dia nak menulis. Jadi, aku guna je EasyParcel, abang Jnt pun datang on time pick up barang dekat rumah.


2) Polymailer / Courier Bag


Courier bag ini pun penting bagi aku. Ada setengah customer amat suka dapat barang yang cantik. Sekarang jadi trend, dapat barang masing-masing nak buat video, share feedback. So, bagi aku bekas tempat nak isi barang kita jual pun kena ambil tahu. Lagi sekarang banyak kes, barang tercicirlah, abang courier curi baranglah. At least kalau kita balut guna pembalut kita, at least kita tahu kita dah deliver yang terbaik buat customer.

Boleh dapatkan di Shopee, pelbagai warna ada. Sebut je nak colour apa, pink, kelabu, hijau, kuning, macam-macam ada. Boleh pilih size juga.

Nak beli boleh dapatkan di sini >> https://shp.ee/cyve6wd


3) Bubble Wrap

Bubble wrap ini salah satu benda wajib ada buat peniaga online kalau nak deliver barang pada customer. Aku kalau beli barang dekat Shopee, rajin buang masa baca review orang terima barang. Ada yang komen barang pecah, sebab seller hanya deliver barang guna kotak yang sedia ada, tiada balut dengan bubble wrap. Bubble wrap boleh tahan harganya, tapi bayangkan kau customer dapat barang kemek, tak ke frust. Penat-penat kumpul duit nak beli barang, bila dapat kemek. Jadi, biarlah kita happykan orang yang beli barang dengan kita.

Sama-sama cari rezeki kan? Kalau nak dapatkan bubble wrap yang berkualiti dan murah korang boleh dapatkan di sini >>  https://shp.ee/witq8bv


4) Printer/Thermal printer

Thermal Printer memang berbaloi korang invest. Jualan tudung first2 aku beli thermal printer ini. Memang tak rugi korang beli, lagi-lagi bila dah ramai customer. Aku seronok gila tengok kertas keluar dari thermal printer ini keluar. Rate harga mostly jual around RM300 dan ke atas. Mujur aku dapat cari the better offer dekat Shopee tak sampai RM300, conditions pun memang tiptop senang nak install. 

Korang rasa mahal, tapi berbaloilah beli, takyah susah-susah beli ink dah. Keluar lekat je dekat parcel. 

Untuk dapatkan thermal printer murah dan berkualiti boleh dapatkan di sini > https://shp.ee/ya6fqev


5) Consignment pocket

Consignment pocket ini terpulang nak beli ataupun tidak. Aku prefer untuk beli juga sebab takut lets says sticker yang tertera information customer tu basah kena hujan, satu kerja abang courier susah nak cari alamat. Jadi dengan adanya consignment pocket ini bolehlah mengelakkan sticker tersebut koyak, ataupun terkena air hujan.

Untuk dapatkan consignment pocket ini boleh beli di sini: https://shp.ee/ywt3xbd

Doakan aku murah rezeki ya, kalau korang peminat tudung Ameera Zaini bolehlah singgah ke ig bisnes aku @ameerazaini.azwar Tak semestinya perempuan je boleh beli, lelaki pun boleh kot2 la nak hadiahkan girlfriends tak pun mak yang tersayang. Apa-apa boleh roger okay! Gua sedia melayani anda. Takat ini, aku push all out bisnet dekat platform ig ameerazaini.azwar sahaja. No Shopee akaun. 

Ini postage terbanyaklah setakat ini. Punyalah excited orang whatsapp nak order tudung Ameera Zaini. Tanjat kita wak! Bila fokus jual tudung ini, ig sendiri pun tak ter update. Korang ada masa followlah ig bisnes aku ini @ameerazaini.azwar.  Jom sama-sama kita support each others.


Ini 1st time aku buat suprise box untuk customer. Dia minta bubuh coklat, wish card dalam box. Akak cuba even dah lama tak buat macam ni weyh. Bila customer dapat barang pula, dorang rajin share gambar, even pada awalnya niat nak cari side income during pandemik, dalam pada yang sama jadi seronok bila customer happy bila terima barang.

1 perkara aku belajar bila berbisnes, jangan mudah putus asa. Standardlah kalau 1 hari tiada customer, always update your ig bisnes even takde pelanggan lagi. Insyallah pasti akan ada punya nanti. 

Okaylah, harap entry kali ini sedikit sebanyak bagi semangat pada mereka yang berjinak-jinak nak buat online bisnes. Semoga berjaya korang!

Thank you for reading!


2 comments:

  1. Fuh, seronok tengok parcel banyak macam tu. Doakan Aien jugak boleh go mcm tu yaa. Tahniah Azwar!

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!