Kempen #Kibarkan Bendera Putih Bagi Bantuan Pada Orang Susah & Tiada Bekalan Makanan - Azwar Syuhada

Wednesday 30 June 2021

Kempen #Kibarkan Bendera Putih Bagi Bantuan Pada Orang Susah & Tiada Bekalan Makanan

 Salam to all readers,


Kempen #Kibarkan Bendera Putih Bagi Bantuan Pada Orang Susah & Tiada Bekalan Makanan | Lately, rasa sayu baca keluhan orang ramai, ada yang kena buang kerja, ada yang tak cukup duit nak beli makan, ada kena halau rumah tak mampu bayar sewa, yang lagi parah hari-hari orang bunuh diri sebab depress. Tolong jaga diri, I known semua orang tengah struggle sekarang ini, even orang masih ada kerja gaji tak potong sekalipun still rasa burnout duduk rumah? Why? Cause tekanan terlalu tinggi tambah orang atas duk push orang bawah. Kerja dekat rumah ini ibarat ranjau dan duri, negara kita masih shock lagi nak terima. Tak termasuk lagi dengan rumah yang tiada WIFI. Boss pula nak hari-hari Zoom meeting.


Mana-mana peniaga kecil, aku akui sekarang waktu yang sangat sukar nak berniaga. Ada orang buka kedai makan terpaksa gulung tikar. Nak jual 1 menu dalam 1 hari pun makan masa. Apa yang boleh cakap doa bebanyak dan kutitipkan doa buat kalian supaya murah rezeki.


Pada mereka, yang betul-betul susah nak makan pun tak ada duit, jangan malu jangan segan. Pacaklah bendera putih di hadapan rumah. Tiada istillah malu pada masa ini. Jangan pikir bunuh diri salah satu jalan penyelesaian. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, jalan Allah tu sesangat luas. Moga korang semua dimurahkan rezeki.


Bagi mereka yang masih ada sumber pendapatan, masih mempunyai kerja, makan pakai semua cukup. Jaga percakapan anda dan tidak perlu berkata-kata kalau kata-kata korang tu boleh mengguris hati orang. Baru-baru ini memotarium telah diumumkan semula, semoga sedikit sebanyak dapat membantu pada mereka yang memerlukan. Buat mereka yang masih mampu tampung, tak perlulah apply.


Kempen #Kibarkan Bendera Putih Bagi Bantuan Pada Orang Susah & Tiada Bekalan Makanan

Kempen #Kibarkan bendera putih di kediaman korang merupakan salah satu inisiatif untuk kita sesama membantu each others bantuan makanan dan keperluan. Kadang-kadang, orang nak hulur bantuan tapi tak tahu, kadang-kadang terlepas pandang juga. Ini sahajalah inisiatif kita mampu bangun kembali dalam pada masa yang sama bangun berjuang lawan Covic-19.


Jangan sesekali ambil tindakan yang merugikan orang tersayang. Elakkan stress, doa pada yang Maha Esa. Tidak perlu merayu dan berasa malu. Kibarkan Kain putih semoga ada yang membantu. #KitaJagaKita.



Pada mereka yang nak berkongsi rezeki pada mereka yang memerlukan. Bolehlah berbelanja di Shopee beli produk dekat Mydin dia ada pakej duduk rumah box, macam macam ada. Kalau korang nak beli untuk saudara mara yang terdekat, parent di kampung bolehlah beli di sini: https://shp.ee/tc9wj4f


Jangan putus asa guys, masa panjang lagi. Sikit je masa kita mampu lawannya. Ayuh bangun lawan. Kalau aku down, satu benda aku buat setiap kali aku bangun aku akan tepuk bahu aku. Evertyhing will be okay. Don't give up. Aku yakin korang juga boleh lawan. Kalau kita rasa susah, always ingat ada orang lagi susah dari kita. Aku doa korang semua dimurahkan rezeki dan segala urusan dipermudahkan. Amin!


Mydin Dapur Box Duduk Rumah boleh dapatkan di sini: https://shp.ee/tc9wj4f

Thank you for reading!

2 comments:

  1. Tulah kan, ramai tertekan dengan anak-anak PDPR lagi. WFH pun stress jugak, sebab bos akan kacau tak kira time. Kang tak layan takut kena pecat plak

    ReplyDelete
  2. Moga moga kempen kibarkan bendera putih ni dapat membantu rakyat Malaysia yang betul betul terkesan dan tak ada orang yang cuba mempolitikan bendera putih ni. Semoga dipermudahkan semua urusan oleh Allah s.w.t.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!