Ecolite Boostick Concentrated Supplement Baik Untuk Kesihatan Badan, Mata, & Kulit Wajah - Azwar Syuhada

Wednesday 30 June 2021

Ecolite Boostick Concentrated Supplement Baik Untuk Kesihatan Badan, Mata, & Kulit Wajah

 Salam to all readers,


Ecolite Boostick Concentrated Supplement Baik Untuk Kesihatan Badan, Mata, & Kulit Wajah | Ikutkan aku memang jarang ambil supplement sebarangan memandangkan keluarga aku pun memang bukan kaki consume supplement. Nak merasalah juga kekadang, pernah sekali consume supplement tapi tak serasi pula. Jadi, seboleh-bolehnya aku akan cari yang betul-betul serasi dengan aku.


Tambah-tambah, produk sumplement memang berlambak di pasaran sekarang. Jadi kena betul-betul pilih kadang-kadang ada yang fake tak termasuk lagi yang "overclaimed" produknya di pasaran. Buatnya tersalah pilih, bukan dapat tingkatkan mutu kesihatan malah tambah kemudaratan. Jadi, seelok-eloknya survey dulu mana yang okay, takpun minta nasihat doktor bertauliah.


Ecolite Boostick Concentrated Supplement Baik Untuk Kesihatan Badan, Mata, & Kulit Wajah

Ecolite Boostick Concentrated Supplement Baik Untuk Kesihatan Badan, Mata, & Kulit Wajah

Bila umur kita semakin meningkat, mulalah rasa sakit-sakit badan, lenguh urat sendi. Jadi, nak taknak kena juga consume suplement yang boleh memberi tenaga untuk kesihatan diri secara konsisten. Suka ke tak memang kena paksa diri untuk suka. hahaha.. Umur belasan tahun, kau masih lincah berlari ke sana ke mari. Bila, umur meningkat, urat sendi dah mula rasa sakit-sakit tahu tak? Tambah, dengan keadaan sekarang banyak masa duduk di rumah. Mata mengadap laptop sepanjang hari, tak bergerak-gerak itu pun aktiviti tak berapa sihat. 


Kalau dibandingkan zaman dulu punya supplement lagi rumit, nak minum punyalah payau airnya, tak termasuk lagi bau air rebusan yang menusuk ke hidung. Zaman moden sekarang, supplement dah makin upgrade, pilih je nak perisa apa semua ada, cara pengambilannya pun cukup mudah. Hisap-hisap tak pun tuang ke dalam air. Dah siap, tak sempat minum kat rumah boleh masuk dalam handbag minum di office.

Sekarang, Ecolite Boostick Concentrated dah jadi supplement favourite aku. Sebelum aku decide nak ambil aku survey dulu dan ramai bagi feedback brand ini sangat-sangat bagus untuk consume. Sebab utama aku tak ragui produk ini kerana ia baik untuk kesihatan tubuh badan, mata dan kulit wajah.  1 produk boleh cover banyak benda. Siapa tak gembira kan? Ecolite ini dihasilkan daripada bahan semulajadi yang berkualiti tinggi. Ecolite ini ada 3 perasa iaitu Ecolite Boostick Concentrated Red Dates + Date Palm, Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry + White Chrysanthemum dan Ecolite Boostick Concentrated Pear + Bird's Nest. Pihak Ecolite sangat menitikberatkan setiap proses pembuatannya berjalan lancar bagi memastikan tahap kebersihan dan kualitinya terjamin. Itu buat kita rasa tak ragu-ragu nak consume supplement Ecolite ini.


Jom tengok, apa menariknya supplement Ecolite Boostick Concentrated. Ketiga-tiga perisa ini sedap belaka sebab rasa manis-manis. Untuk pengetahuan korang semua, supplement Ecolite ini bukan hanya tertumpu pada golongan wanita, malah gologan LELAKI pun boleh consume. Biar dua-dua cantik dan sihat bersama. Kalau habis pun mudah nak cari, sebab brand Ecolite ini boleh dapat di Guardian dan farmasi-farmasi yang terpilih. Order online di apps Guardian pun dah boleh jimat sekarang. Tak perlu buang masa keluar rumah waktu lockdown ini.


Aku jadi suka supplement Ecolite ini sebab ia mudah nak dimakan. Hanya koyakkan sachets terus hisap ataupun boleh campur dengar air suam. Amat sesuai dimakan selepas breakfast ataupun lepas lunch. Sebelum tidur pun boleh, tapi pagi kita lebih banyak pakai tenaga, jadi ada baiknya makan lepas breakfast. Hisap 1 sachets pun dah cukup sehari. Kalau tak sempat korang boleh bubuh dalam handbag siap-siap, dalam perjalanan nak pergi kerja, keluar ke bolehlah hisap-hisap tak pun bawa bekal air, tuangkannya. Mudah kan?


3 Perisa & Kelebihan Ecolite Boostick Concentrated


Ecolite Boostick Concentrated Red Dates + Datr Palm


Ecolite Boostick Concentrated Supplement Baik Untuk Kesihatan Badan, Mata, & Kulit Wajah

Ikutkan perisa ini membolehkan pipi korang kelihatan seperti pakai blusher gitu. Aku tak perlu dah, sebab memang pipi dah jelas kelihatan merah. Perisa ini turut melancarkan  peredaran darah. Ia dihasilkan daripada buah kurma merah dan kurma arab yang semulajadi  dengan menggunakan teknologi terkini dan resepi tradisional. Kalau ikutkan buah kurma memang banyak khasiatnya untuk kesihatan tubuh badan. Even kalau bulan puasa, bila sahur makan sebiji kurma pun dah cukup. Ia memberikan kita tenaga yang cukup luar biasa.


Supplement ini sesuai untuk semua generasi, terutama bagi mereka yang sentiasa berasa pucat dan sejuk tangan dan kaki. Kalau ikutkan kurma ni memang banyak khasiatnya dan vitamin yang mempu menyihatkan kulit dan juga kesihatan rambut. Antara bahan lain yang terkandung dalam supplement ini adalah seperti Sirap Glukosa, Madu Linden, Gula merah, Sirap Galacto Oligosakarida dan Asid Benzoik. Perisa ini bukan sahaja mencegah kesejukan kaki, dan tangan malah mampu mengurangkan sembelit.


 Memang elok sangat consume perisa ini mana-mana yang rajin sembelit. Rasanya, pun sangat sedap manis dan ada masam-masam sikit. Nak sedap, bubuh dalam air kosong sejuk. Minum air sejuk-sejuk sedap juga.


Ecolite Boostick Concentrated Pear + Bird's Nest



Siapa nak kelihatan cantik sentiasa boleh try perisa ini. Perisa ini baik dan banyak khasiat untuk kulit. Rasanya pun sedap manis dan rasa buah pear. Siapa nak kelihatan cantik hari-hari kenalah konsisten consume perisa ini. Tak rugi pun, cantik + sihat tubuh badan pun dapat.


Ecolite Boostick Concentrated Pear + Bird's Nest ini dihasilkan daripada sarang burung tulen dan buah pir segar dengan menggunakan teknologi terkini dan resepi tradisional. Ia amat sesuai untuk semua generasi, terutama bagi mereka yang kerap bekerja sehingga lewat malam. 


Bahan-bahan yang terkandung dalam perisa ini termasuklah Sirap Glukosa, Pekatan Lobak, Air Madu Linden, Sirap Galacto Oligosakarida, Pear Cina, Sarang Burung, Halia, Lily Bulb, Tuckhoe, Buah Luo Han Guo, Akar Kudzu, Ubi Ophiopogon, dan Asid Benzoik. Perisa ini berfungsi untuk menyuburkan, mencantikkan kulit serta memperbaiki sistem pencernaan. Mana yang kerap tidur lewat buat kerja, korang amat galakkan consume perisa ini. Cubalah mana tahu jadi luar biasa lepas ni?


Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry + White Chrysanthemum

Ecolite Boostick Concentrated Supplement Baik Untuk Kesihatan Badan, Mata, & Kulit Wajah

Pada mereka yang kerap mengadap skrin laptop, pc, phone, televisyen berjam-jam perisa ini sesuai sangat dengan korang. Bila mata kita kerap tengok skrin bercahaya tu, sebenarnya boleh menyebabkan mata kita cepat letih, dan boleh menyebabkan kekaburan. Kira tak elok sangat mata kita ini berjam-jam mengadap gadget. Tapi nak buat macam mana, benda ini dah menjadi kebiasaan untuk kita semua.


Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry + White Chrysanthemum ini dihasilkan daripada buah koji dan kekwa yang segar degnan menggunakan teknologi terkini dan resepi tradisional. Perisa ini berfungsi untuk membantu melegakan keletihan mata dan sesuai untuk semua generasi. Terutamanya bagi sesiapa yang berkerja dengan skrin elektronik terlalu lama.


Antara bahan yang terkandung dalam perisa ini adalah Sirap Glukosa, Air, Jus Pekat Prun, Pekat Delima, Madu Linden, Sirap Galacto, Oligosakarida, Buah Koji, Kekwa, Perisa Kekwa segai bahan perisa dan Asid Benzoik.




Dekat Mana Boleh Dapatkan Ecolite Boostick Concentrated ini?

Korang boleh walk in Guardian, Big Pharmacy dan Health LaneFamily Pharmacy untuk dapatkan supplement Ecolite Boostick Concentrated ini. Korang boleh dapatkannya dengan harga serendah RM38.80 (sekotak) dalam ada 10 sachet 12g Ecolite Boostick Concentrated. Nak consume nya dalam kehidupan harian pun cukup mudah.


Ecolite Boostick Concentrated Supplement Baik Untuk Kesihatan Badan, Mata, & Kulit Wajah


Hanya koyakkan 1 sachet terus dihisap begitu sahaja ataupun tuangkan ke dalam air, kacau lalu diminum. Depend pada korang, nak consume macam mana. Makesure korang letakkan Ecolite ini di tempat sejuk ataupun kering bagi menjamin kualiti produknya. Sekotak ini boleh tahan 24 bulan, kalau borong banyak-banyak pun tak rugi, expired date dia lama. Kalau korang nak tahu lebih lanjut berkenaan supplement Ecolite Boostick Concentrated ini boleh refer laman web di bawah;


Website: www.ecolite.com.my
Facebook: Ecolite
Instagram: Ecolite_Malaysia

Thank you for reading guys!

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!