Jana Side Income Tanpa Modal dengan Intellifluence - Azwar Syuhada

Saturday 26 June 2021

Jana Side Income Tanpa Modal dengan Intellifluence

 Salam to all readers,


Jana Side Income Tanpa Modal dengan Intellifluence | Ikutkan dah lama nak share satu lagi lubuk para blogger, mahupun talents yang berbakat berkongsi sesuatu kepada umum. Intellifluence ini lebih kurang Sushivid, Nuffnang, dan platform lain. Tapi Intellifluence ini negara luar punya ia lagi senang nak dapat job berbanding Sushivid. Pitch punyalah payah nak lekat dapat job tersebut. Biasa failed je. Tapi Intellifluence ini lebih convinence dan cepat respond.


First job baru dapat payment semalam. Awalnya aku tak yakinlah hantar pitch mesti failed konon-kononnya. Tak sangka dia accept. Aku dah dapat 2 job haritu, tapi masa awal-awal register dulu aku main taram hantar pitch, bila buka rupanya dia accept tapi tulah dah EXPIRED. Mujur satu campaign tu lepas, hantar draft selang berapa hari dah approved. 


Aku akui sekarang memang sekarang orang tengah struggle cari side income. Malam semalam kot, aku baca twitter dimana ada pasangan suami isteri ini dah takde kerja, sampai sanggup nak duduk hospital sebab sana dapat makan. Sedihhh baca...Begitu juga orang-orang yang depression sebab kena buang kerja. Guys, kalau korang berdepan dengan orang macam ini jangan sesekali down kan dia, please bagi support. Aku dulu quick pressure juga sebab kerja, malam berhari menangis. Orang kata elehh asal sikit stress? Orang yang perlekehkan masalah kita tulah menyebabkan seseorang yang depress jadi lebih trauma. Please be carefull your words.


Berbalik kepada topik utama kita, jom aku terangkan more details berkenaan Intellifluence ini apa. Bagi korang faham dari A sampai Z. Ini bukan MLM mahupun scam. Mana-mana para blogger nak jana sat income, korang boleh cuba register lepas ini.

Jana Side Income Tanpa Modal dengan Intellifluence


Apa itu Intellifluence?


Intellifluence ini senang cerita 1 platform khas untuk para blogger ataupun influencer untuk mendapatkan job review berbayar dari segi menulis sesuatu artikel untuk dikongsi kepada pembaca. Bayarannya setimpal dengan apa kita berilah bagi aku, dari job negara kita mostly nak marketing FREE je. Pulangan kita dapat bukan biasa-biasa USD kau. Kalau convert MYR memang masyuklah. Untuk pengetahuan korang, payment dibuat menerusi akaun Paypal. Kalau tiada lagi akaun Paypal boleh sign up nanti.


Make sure once korang sign up akaun isi baik-baik. Profile korang tulah yang boleh mencerminkan identiti korang sendiri. Kalau dah complete details, Intellifluence ini akan scan profile kita dan bagi markah. Awal-awal pakai taram dapatlah 80% lepas tu log in semula amend balik profile baru ada peningkatan. Profile identiti kita inilah yang mempengaruhi brand luar untuk lihat profile kita. Tolak tepi isu malu, sekarang memang kena buat tak tahu malu. BREAK THE RULES! 


Bila profile dah complete korang boleh pergi pada bahagian "MARKETPLACE" dan boleh lihat job yang available. Korang boleh pilih sama ada nak join ke taknak, samada sesuai tak dengan korang sendiri, tak semestinya kena update di blog boleh jadi kena update di laman sosial lain seperti Facebook, Instagram, ataupun Youtube. Pilihan di tangan anda. Mostly job dia berupa menulis artikel ataupun membuat video. Maka, terserah pada korang nak ambil bahagian ke tidak. For me, alang-alang korang tiada apa nak buat di rumah, masih menanti kerja, please develop your skills. Tak faham google, youtube banyak. Now, semua di hujung jari. 

Jana Side Income Tanpa Modal dengan Intellifluence

Alhamdulillah, semalam baru je masuk payment untuk job pertama. Make sure, korang sign up dulu akaun Paypal terlebih dahulu memandangkan payment akan dibuat menerusi akaun Paypal. Payment boleh tahan cepat masuk juga. Nanti aku rajin, aku tunjuk tutorial macam mana nak sign up akaun Paypal.


Jadi, kalau korang berminat nak jana side income USD dengan Intellifluence ini korang sign up terlebih dahulu akaun Paypal. Profile introduction bagi padu, tak perlu mombastik, ringkas tapi padat. Ikutkan, jadi penulis blog ini banyak cabang boleh pergi. Banyak platform negara luar yang mencari penulis. Penulis ini macam-macam boleh pergi, nanti aku sambung entry di lain hari. Boleh klik link di bawah, pada mana yang berminat untuk register as influencer di Intellifluence.


KLIK UNTUK DAFTAR INTELLIFLUENCE

3 comments:

  1. I dah register guna your link.
    Walaupun baru start blog tapi I main register saje2 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, thank you Whanie je register. Nanti explore dalam tu na

      Delete
  2. Thanks for sharing ye. Moga murah rezeki awak.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!