Fungsi Pemakaian Gold Nano CC Cream by Hansagee Nature - Azwar Syuhada

Monday, 10 May 2021

Fungsi Pemakaian Gold Nano CC Cream by Hansagee Nature

 Salam to all readers,


| Fungsi Pemakaian Gold Nano CC Cream by Hansagee Nature | Sekarang, keluar rumah rasa confident teruk. Sebab apa? Sebab kulit wajah aku maintain glowing dan tidak berminyak sepanjang hari. Kalau dulu, bila masuk tengahari kulit wajah dah boleh buat goring ikan dah. Now, tidak lagi dengan adanya Gold Nano CC Cream. Sebelum ini aku dah share juga tentang Kebaikan & Cara Menggunakan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature.



Dah setengah botol aku guna, lepas ini kena repeat order lagilah jawabnya. Aku suka gila pakai Gold Nano CC Cream ini sebab dia dah cukup lengkap ianya bukan sahaja menjadikan kulit wajah glowing secara semulajadi malah ia memberi perlindungan UV matahari SPF 50 PA+++ , langsung tak buat kulit wajah kita bercapuk.

 

Ada setengah CC Cream jenama lain aku guna sebelum ini, buat kulit kita bercapuk dan cepat berminyak bila waktu tengahari. Tapi Gold Nano CC Cream  ini tidak, malah buat kulit wajah kita kekal glowing sepanjang hari. Tambah-tambah, aku jenis rushing nak pergi kerja, lebih saying katil dari bersiap. So, kalau boleh nak touch up muka kalau boleh nak cepat. Gold Nano CC Cream ini memang sesuai sangatlah dengan aku ini.



Dah siap-siap pakai toner, pelembap wajah, dah boleh pakai Gold Nano CC Cream. Mudah kan? Cara pemakaiannya tak susah mana pun, tak perlu susah-susah cari beauty blender guna sahaja 2 jari ratakan keseluruh wajah dah mencukupi. Kejap je siap. Kalau tak sempat pakai dekat rumah boleh pakai dalam kereta, dekat office, even dalam train pun boleh pakai (tu pun kalau tak segan nak buka mask). Aku pergi mana-mana, memang aku bubuh je Gold Nano CC Cream ini dalam handbag, senang nak touch up balik.




See, tak bercapuk kan? Tekstur warna CC Cream ini memang warna putih pada awalnya, tapi bila dah sapu dekat muka secara automatic dia ikut tekstur warna kulit kita. Aku suka hasilnya, taklah nampak pucat lesu, paling penting tak heavy sangat.



Boleh lihat sendiri tekstur warna Gold Nano Cream ini bila dah oles dengan jari. Ia berubah warna kan? Tak sampai 10 minit dah siap. Hasilnya memang puas hati, kulit muka tampak glowing secara natural. Salah satu sebab aku makesure Gold Nano CC Cream ini ada dalam handbag, sebab mudah nak touch up semula tambah-tambah bila dah selesai solat mesti nak reapply semula.

 

Jangan risau bab nak cuci, guna wipe tissue pun sudah memadai. Ia mampu menanggalkan semua kotoran takpun guna pencuci muka terus pun boleh. Satu lagi yang aku paling aku suka dengan Gold Nano CC Cream dari Hansagee Nature ini sebab ia langsung tak menutup liang pori di muka pun, dan tidak menyebabkan naik jerawat. Tapi excuse jerawat batu aku kat hidung tu!! Baru kena pula nak raya ni. Habis solat nak reapply semula pun senang, just colit guna 2 jari sahaja dan membuatkan kulit wajah tampak glowing secara semulajadi.



Muka terpaling bahagia, sekarang nak pergi mana-mana tak lengkap kalau tak pakai Gold Nano CC Cream tau. Even duduk rumah aku pakai gak, dah nak habis dah pun Gold Nano CC Cream ini, lepas ini kena repeat order pula. Nak pakai senang, nak cuci pun senang.

 

Disebabkan aku sendiri berpuas hati dengan hasilnya, aku recommend pada korang yang sedang cari CC Cream bolehlah cuba CC Cream jenama Hansaegee Nature ini. Untuk makluman lanjut boleh layari terus ke sini;




🍁Brand: Hansaegee Nature

🍁Website: www.hansaegee.com/shop

🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature

🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

 


1 comment:

  1. Best pakai C cream yg senang blend ni . Tak bercapuk kat muka . Smooth je

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!