Peluang Kerjaya Bersama Majlis Amanah Rakyat [MARA] - Sesi 2021 - Azwar Syuhada

Tuesday 19 January 2021

Peluang Kerjaya Bersama Majlis Amanah Rakyat [MARA] - Sesi 2021

Salam to all readers,


| Peluang Kerjaya Bersama Majlis Amanah Rakyat [MARA] - Sesi 2021 | I know tahun ini tahun struggle nak teruskan kehidupan hakiki. Tadi tengah scroll Facebook nampak Mara punya posting tengah cari orang untuk bekerja. Justeru, mana-mana yang tengah struggle cari kerja mahupun diberhentikan kerja bolehlah cuba apply peluang kerjaya bersama mara. Mana tahu ada rezeki korang. Orang kata, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) ini merupakan sebuah agensi dibawah naungan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Jom semak jawatan yang ditawarkan dan juga syarat kelayakan seperti di bawah.




SYARAT UTAMA LANTIKAN

1) Warganegara Malaysia
2) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
3) Calon bagi lantikan jawatan 1 hingga 12 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4) Calon bagi lantikan jawatan 13 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT LANTIKAN BAGI SETIAP JAWATAN

1. PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E41


> Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred E41 : RM2,083.00); atau

> Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah  pada Gred E41 : RM2,286.57); atau

> Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah  pada Gred E41 : RM2,490.99); atau

> Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah  pada Gred E41 : RM2,797.62); atau

> Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah  pada Gred E41 : RM2,797.62); atau

> Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah  pada Gred E41 : RM2,899.83); atau

> Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia. (Gaji permulaan ialah  pada Gred E41 : RM3,002.03)

*Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :

> Mempunyai kelayakan di perenggan 1.1; dan


Had Umur Pelantikan

> Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

> Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

> Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


2. ARKITEK GRED J41


> Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred J41 : RM2,736.28).

> Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Seni Bina adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Arkitek Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :

> Mempunyai kelayakan di perenggan 2.1; atau

> Lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Arkitek Malaysia / Persatuan Arkitek Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

Had umur pelantikan :

> Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

> Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

> Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


3. JURUTERA GRED J41


> Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred J41 : RM2,529.00).

> Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jurutera dan Pemeriksa Kereta Motor Gred AB29/30, AB36, AB38 dan AB40 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jurutera Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :

> Mempunyai kelayakan di perenggan 3.1; atau

> Lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Jurutera Malaysia / Institut Jurutera Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

Had umur pelantikan :


> Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

> Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

> Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


4. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41


> Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred L41 : RM2,418.00); atau

> Lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination). Gaji permulaan ialah pada Gred L41 : RM2,418.00).

> Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Undang-Undang atau Jurubahasa Gred LA29/30, LA32, LA38, LA40 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Undang-Undang Gred L41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan

> Mempunyai kelayakan di perenggan 4.1; dan

Had umur pelantikan :


> Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

> Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

> Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


Untuk melihat lebih banyak lagi jawatan kekosongan boleh baca SINI.


TARAF JAWATAN: KONTRAK

SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Pemohon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.


CARA UNTUK MEMOHON JAWATAN KOSONG INI

> Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon 1 jawatan sahaja

> Permohonan hendaklah dilakukan secara atas talian sahaja menerusi laman sesawang yang disediakan seperti berikut;

a. Portal rasmi MARA iaitu www.mara.gov.my

b. Facebook: https://www.facebook.com/MajlisAmanahRakyat

c. Instagram: https://www.instagram.com/masjlisamanahrakyat ataupun

d. Twitter: https://www.twitter.com/maragov

> Hanya permohonan yang dibuat secara online / atas talian dan link yang sah sahaja yang akan diterima. Permohonan yang lewat diterima atau tidak mematuhi syarat yang dinyatakan akan ditolak.

> Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan mengikut kelayakan yang dinyatakan.

> Semakan pengiktirafan kelayakan ijazah doktor falsafah / ijazah sarjana / ijazah sarjana muda / diploma boleh dibuat melalui laman web Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu: www2.mqa.gov.my/esisraf.

> Pemohon yang melepasi saringan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.

> Mereka yang tidak dihubungi dalam masa enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.

> Tarikh tutup permohonan iklan jawatan ini ialah pada 31 Januari 2021.

Tunggu apa lagi? Pergilah apply!

Klik SINI untuk memohon.

3 comments:

  1. Peluang pekerjaan bagi yang berkelayakan.

    ReplyDelete
  2. Peluang pekerjaan bagi yang berkelayakan.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah masih ada lagi yang buka peluang pekerjaan

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!