Cara Mudah Buat Semakan Akaun ASNB - Azwar Syuhada

Friday 1 January 2021

Cara Mudah Buat Semakan Akaun ASNB

 Salam to all readers,


Cara Mudah Buat Semakan Akaun ASNB | Kalau ikutkan setiap kali hujung tahun sahaja mesti pejabat pos, bank semua penuh orang beratur. Mostly sibuk nak buat semakan akaun ASB berapa dividen naik. Aku bila ingat barulah pergi semak tu pun tengok kerajinan. Tambah tahun lepas aku dah mula buat potongan gaji untuk ASB. So, lagi mudahlah takyah pening kepala nak asingkan. Sekarang lagi mudah, tak perlu beratur panjang nak tengok dividen naik berapa, korang boleh buat semakan dihujung jari sahaja.


Kalau korang tak berapa tahu sangat berkenaan ASB ini boleh ke portal website mereka sendiri. Banyak juga input boleh dapat, apa fungsi asb, duit asb ini bagus untuk apa. Masa aku start buat asb loan tahun lepas, ada staff bank sendiri datang ke office menerangkan serba sedikit berkenaan asb. Mereka ada juga bagi nasihat dan tidak sesekali menggalakkan buat asb loan ini semata-mata nak kawen. Dorang lebih galakkan kalau nak membeli rumah akan datang. Aku pun tengan berjinak-jinak study balik apa bagusnya buat asb loan ini.


Lepas ini tak perlu susah-susah beratur dekat pejabat pos, semak je dekat portal MyASNB ataupun download sahaja aplikasi MyASNB di playstore / apple apps store. Mudah kan? Cara nak register akaun myASNB ini mudah je makesure korang memang ada akaun asb sahajalah. Jom ikuti langkah-langkah untuk register akaun MyASNB.


Cara Mudah Daftar / Semakan AKaun myASNB

Cara Mudah Buat Semakan Akaun ASNB

1) Buka portal myASNB di SINI


2) Klik pada pautan 'Daftar disini'. Nanti akan pop up window berkenaan pendaftaran myASNB klik sahaja pada pautan 'teruskan'.


Cara Mudah Buat Semakan Akaun ASNB

3) Isi maklumat diperlukan seperi no kad pengenalan, pilih jenis akaun asb yang korang carum.


4) Pengesahan no telefon number, makesure korang isi nombor telefon yang betul sebab nanti asb akaun hantar TAC code number melalui sms. Dah terima just key in TAC number pada ruangan disediakan.


Cara Mudah Buat Semakan Akaun ASNB
5) Teruskan dengan pendaftaran akaun dengan memasukkan id pengguna, email, dan kemukakan frasa keselamatan untuk korang ingat sekiranya kalau lupa password, ataupun tak boleh nak log in akan datang.



6) Selesai! ia akan bagi password sementara, nanti kalau dah berjaya log ini bolehlah tukar password yang korang nak. Siap! Nanti log in dah boleh semak dah baki akaun asb korang. 

Senang kan? Semua benda di hujung jari je sekarang.


Thank you for reading!


1 comment:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!