Pusat Borong Pakaian Bundle di JBR Bundle Banting! Senang Akses! - Azwar Syuhada

Thursday, 31 December 2020

Pusat Borong Pakaian Bundle di JBR Bundle Banting! Senang Akses!

 Salam to all readers,


Pusat Borong Pakaian Bundle di JBR Bundle Banting! Senang Akses! | Semalam aku meronda-ronda pekan Banting dengan mak aku cari bunga then singgah JBR budnle Banting. Dekat je betul-betul bersebelahan dengan pasaraya Econsave. Siapa sini pakai pakaian bundle? Okay kita geng guys! Aku pun suka beli bundle punya pakaian, preloved item, defake item pun tak terkecuali. Kadang-kadang pakaian bundle kalau pandai gayakan nampak cantik dan lagi gah okay. Paling penting murah.


Pusat Borong Pakaian Bundle di JBR Bundle Banting! Senang Akses!

JBR Bundle Banting ini taklah sebesar JBR Bundle dekat Klang tu. Tak bagi aku besar dah ni, tak boleh parking dalam tau, so kena park kereta dekat luar. Parking tepi jalan raya nu nanti lintas la. Sebelum masuk kena scan code MySejahtera dan bolehlah start shopping dekat dalam. Aku heret mak aku pergi sini tapi kejap je dia teman aku meronda alih-alih dia duduk dekat depan. Aku jerlah pergi tengok apa menarik. Konon nak cari seluar pergi office tapi tak ada pula size, terpegang jean skirt okay grab.

Pusat Borong Pakaian Bundle di JBR Bundle Banting! Senang Akses!


Bahagian depan banyak pakaian wanita ala-ala retro, ada jumpsuit, ada seluar jean, skirt pun ada. Skirt banyak pendek dekat lutut. Nak beli pun pikir 2 3 kali. So tak beli. Baju punyalah banyak sampai aku sendiri rambang mata. Sini tak ramai orang lagi nak dibandingkan dengan Klang memang padat dengan orang.



Selain baju dan seluar, kasut pun ada. Kedai JBR bundle Banting ini ada 2 tingkat. Bahagian bawah baju jenjalan lelaki dan perempuan. Bahagian atas kalau nak cari barang-barang sport, cap boleh tengok dekat atas. Aku merayau semalam bahagian bawah. Atas aku naik pun sebab nak buat bayaran sahaja. Lepas ini kalau aku balik lagi bolehlah ajak mak aku singgah sini beli baju.



Kalau pergi bundle macam ini kena pandai pilih je. Banyak je baju yang masih elok-elok dan elok je digayakan mengikut fesyen terkini. Tshirt oversize pun ada, aku ada juga terpegang baju bulu-bulu macam orang pakai sekarang. Konon nak beli, pikir-pikir balik manalah aku nak pakai. Kang buat sampah dalam almari je, so tak jadi ambil. Tengok lain.


Kalau korang nak cari blazer murah, boleh juga cari dekat kedai bundle macam ini. Ada juga jual tau dan harga dia mampu milik. Ada banyak warna dan size. Kalau agak-agak takut tak muat boleh je testing dulu dalam bilik persalinan. Benda paling berbaloi beli dekat kedai bundle ini adalam seluar jeans, skirt jeans. Memang berbaloi, tapi korang kena tengok satu-satu dan makesure try dulu takut tak muat. Aku dah banyak kali shopping loose jeans dekat sini, seluar kerja pun okay. Masih elok jahitannya. Mostly bawah RM20 korang dah dapat 1 seluar.




Beg tangan pun ada jual dekat sini. Boleh pilih nak yang mana. 


Had ini pakaian baju tidur, cuma tak ada seluar. Kalau ada seluar lagi bolehlah tengok-tengok. 






So, mana-mana disekitar Banting, boleh dah pergi JBR Bundle Banting ini. Banyak stok baru-baru lagi aku tengok. Kedai tak ramai orang lagi aku pergi semalam, maybe sebab pergi waktu bekerja. Boleh shopping dengan tenang sahaja. 



Thank you for reading guys!


No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!