Dah Boring WFH? Jom CUBA Work From Hotel Pula Ada yang Serendah RM19! - Azwar Syuhada

Thursday 29 October 2020

Dah Boring WFH? Jom CUBA Work From Hotel Pula Ada yang Serendah RM19!

 Salam to all readers,


| Dah Boring WFH? Jom CUBA Work From Hotel Pula Ada yang Serendah RM19! | Aku suka konep terbaru hotel-hotel yang menawarkan pakej buat kerja office. Aku pasti, 90% majikan membenarkan para pekerja untuk membuat kerja dari rumah. Bagus jugalah dengan keadaan Covic-19 yang kian meningkat sekarang. Tapi bilamana kena bekerja dari rumah sebenarnya ada banyak kekangan tahu tak. Salah satu kekangan terbesar ialah WIFI! Aku salah seorang yang ada masalah dengan wifi memandangkan aku pakai data phone sahaja jadi nak download nak loading memamng mengambil masa jugalah.


Aku nak SHARE dengan korang semua dimana sekarang banyak hotel-hotel dekat area bandar Kuala Lumpur ini dah menawarkan pakej untuk mereka yang nak Work From Hotel. Aku suka idea baru hotel-hotel sekarang. Perhotelan merupakan salah satu yang terjejas waktu COvic-19 ini. Sedih! 


Aku perasan yang paling murah takat ini pakej OYO serendah RM19 sehari. Kalau pandai pilih ada yang dapat FREE WIFI, FREE PARKING, FREE TEA/COFFEE, ada juga tawar FREE LUNCH juga. Kena refer pada hotel tersebut.


Antara hotel yang menawarkan pakej Work From Hotel adalah seperti;









Antara Kelebihan Work From Hotel;


1) Kestabilan internet yang laju sepertimana berada di office.

2) Fokus kerja tanpa perlu buat kerja rumah sepertimana berada di office. Bila di rumah, tengok laptop sikit fikir nak basuh baju, masak, kemas rumah. Sungguh meletihkan.

3) Lebih produktif, dengan suasana yang lebih selesa dengan pemandangan view yang cantik. Kena tengok hotel mana korang pilih (facing apa).

4) Tak perlu buat breakfast sebab hotel dah bagi secara PERCUMA.

5) Harga yang berpatutan.


Agak-agak dah bosan kerja dari rumah, bolehlah sekali sekala tukar selera duduk dekat hotel. Cuba SHARE hotel mana lagi tawarkan pakej macam ini. Nak juga tahu!


Thank you for reading!



2 comments:

  1. menarik tuh, tapi kami yang kerja gomen ni tak pasti boleh buat macamtu sebab kene ada kat rumah... itu peraturan yang ditetapkan.

    ReplyDelete
  2. skrg byk konsep mcm ni pula kan. best juga tu boleh ubah angin

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!