Servis Baik Pulih Laptop Area KL & Selangor | Azwar Beli Laptop baru - Azwar Syuhada

Saturday 27 June 2020

Servis Baik Pulih Laptop Area KL & Selangor | Azwar Beli Laptop baru

Salam to all readers,

Servis Baik Pulih Laptop Area KL & Selangor | Azwar Beli Laptop baru | Siapa masih guna laptop untuk update blog? Kita geng. Aku tak pernah dan tak suka buka apps blog dalam phone, rasa tak puas. Dah terbiasa tengok screen laptop kan. Nak dijadikan cerita laptop aku sedia ada dah mula buat hal, loading makan masa, nak tunggu upload gambar pun lembab, al maklumlah aku guna dari zaman universiti sampai kerja. Lebih kurang 6 tahun juga dia berjasa. Laptop tu okay je lagi, tapi dah start slow, aku tak pergi servis, and bahagian tepi sebelah disc tu pula dah macam patah.

Entah macam mana aku scroll facebook nampak seorang blogger ini post, husband dia buat part time betulkan laptop and tukang belikan laptop. Aku saja whatsapp awal tu nak tahu harga, servis cas semua. Bajet aku below RM2k la. So aku bagi specific laptop yang aku nak dan brand yang aku nak. Previously aku ada pakai notebook Lenovo, then laptop Asus, dan sekarang beralih ke HP. Aku pilih HP sebab office aku pakai jenama HP dan setakat ini aku guna dekat office punya memang okay sangat. Asus selama aku pakai, awal-awal dia memang okay, lama-lama bateri cepat betul habis walhal dah caj lama.

Dengan kekangan aku nak keluar pergi kedai laptop survey mana okay. Lecehlah, alang-alang ada orang open servis perkhidmatan macam ini lagi aku suka. Tunggu je depan rumah, barang sampai. Aku bab beli laptop ataupun apa-apa gadget ini memang failed sikit. Penting apa yang aku nak ada dalam.

 Here my new baby, aku nak start belajar buat edit video secara serius. Pakai phone macam tak puas. Ini specific laptop HP aku;

AMD Ryzen™ 3 3200U (2.6 GHz base clock, up to 3.5 GHz)
4 GB DDR4-2400 SDRAM (1 x 4 GB)
256GB SATA SSD
AMD Radeon™ 530 Graphics (2 GB GDDR5 dedicated)
14" diagonal HD SVA BrightView micro-edge WLED-backlit (1366 x 768)
Windows 10 Home Single Language 64

Harga pasaran lebih kurang RM2+++ beli dengan Eina dapat bawah RM2k. Jimat dah, dia tolong beli direct kilang. Nak-nak PKP haritu banyak juga aku tengok orang duk post status laptop jem, nak pergi betulkan banyak kedai tak buka, so dengan perkhidmatan dari Eina ini dapat sikitlah meringankan beban orang yang nak servis laptop atau dapatkan laptop baru. Mereka buat part time, iaitu hujung minggu sahaja, memandangkan terikat dengan kerja hakiki. Bestkan kalau ada kelebihan macam ini, boleh jana side income betulkan laptop. Kalau taknak beli yang baru, yang jenis refurbish pun ada juga.

Refurbish means laptop yang tak terjual sebab model baru kluar, so akan dihantar ke kilang semula dan diupgrade dalam dia bagi latest. Pun okay juga. Tapi aku jenis lebih prefer baru, beli jerlah baru.



google
Muka happy dapat laptop baru, walaupun duit dah kering beli laptop. Dah boleh start kera lebih sikit topap balik duit beli laptop baru ini. Dalam pada happy terasa sakit juga. Takpelah, janji dapat guna lama. Hopefully makin rajinlah aku update blog setiap minggu. Aku cuba cari idea untuk update blog supaya pageview aku tak turun. 

Kelebihan Menggunakan Servis Baik Pulih Laptop Area KL & Selangor dari Eina

- Caj penghantaran hanya RM5
- Orang yang arif berkenaan gadget & laptop
- Tak perlu beratur panjang ke kedai survey harga
- Harga laptop baru jauh lebih murah dari harga pasaran
- Servis format, troubleshoot, download window, microsoft semua turut disediakan dengan harga yang berpatutan
- Hanya terbuka pada mereka yang duduk di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sahaja


Okaylah, saje nak menayang laptop baru. Kalau korang tengah cari apa jenama laptop yang okay, atau nak buat servis laptop boleh tanya direct dengan Eina ini dekat facebook;

https://www.facebook.com/falling.angel.505

Thank you for reading!

1 comment:

  1. Sama laa.. Ju pun rasa mcm xpuas update blog through gadget selain laptop..

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!