Tips Memilih Kasut Kerja Wanita yang Selesa di TOMAZ | Shopping Kasut Baru - Azwar Syuhada

Sunday 28 June 2020

Tips Memilih Kasut Kerja Wanita yang Selesa di TOMAZ | Shopping Kasut Baru


 Tips Memilih Kasut Kerja Wanita yang Selesa di TOMAZ | Shopping Kasut Baru | Cadangnya harini nak masuk Ikea sampai KL ini, alih-alih bila sampai MyTown tengok orang beratur panjang masuk IKEA, memang taklah aku nak tunggu. Oyah (roomate aku) kebetulan nak cari kasut kerja, so aku ajak di masuk Tomaz terus. Relax je tak ramai orang, dapat layanan first class lagi.

Dulu aku takut juga nak masuk kedai-kedai macam ini, ialah dari luar nampak branded punya barang, kasut kulit mesti mahal. For me harga dia affordable lagi, adik and abang aku ada beli sandal dekat Tomaz juga memang sedap pakai, aku pun bantai guna dorang punya sandal. Aku ada je satu kasut tumit dekat office colour hitam, kalau ada auction aku pakai la. Tapi jarang-jarang pakai kaki aku jadi sakit. Memandangkan aku pergi kerja pakai sneaker je. Tak laratlah hari ulang alik keluar nak naik kasut tumit. 

Dah alang-alang tak jadi masuk Ikea, aku pun borong 1 kasut tumit sederhana tinggi. Pemilihan kasut bukan terletak pada cantik luarannya sahaja akan tetapi keselesaannya. Apa guna, rupa cantik, bila pakai ketat, mula melecit. Banyak pilihan sini, siapa yang nak cari kasut yang simple, selesa, elegan, dan harga mampu milik. Kasut jenama Vincci aku punya kaki tak ngam. Aku tak pernah cuba lagi beli kasut secara atas talian memandangkan size kaki aku memang susah nak cari.

 Tips Memilih Kasut Kerja Wanita yang Selesa

- Nomally aku prefer tengok patern mana yang aku berkenan
- Check harga terlebih dahulu, if masuk bajet aku baru aku suruh pembantu kedai tu pergi carikan size
- Cuba pakai kedua-dua belah terlebih dahulu
- Selesa jalan baru beli!
- Kurangkan membeli kasut tumit tinggi 3 inci ke atas yang 1 batang tu, if nak beli kasut bertumit beli yang 2 inchi jenis rata pun dah okay.

Ada orang kata, pakai kasut tinggi ini pun tak elok sangat boleh menyebabkan sakit tulang belakang. Kesahihannya aku tak tahulah.
Banyak pilihan kalau masuk kedai kasut Tomaz ini, masuk-masuk je mesti ada staff yang akan serve korang. Jangan takut-takut, dorang tak tengok kau atas bawah macam tak berduit. Paling penting harga kasut dekat sini bukan harga yahudi. hahaha.. Masih mampu milik. Aku beli kasut tadi pun tak sampai RM80 pun.

Aku beli kasut colour ini dekat Tomaz tadi, selesa, tak tinggi tak rendah. Boleh nampak aku pakai tu kan. Dah siap membeli terus kiteorang balik pergi NU Sentral. Harini punya ramai umat dekat MyTown. Nak masuk tempat lain pun tak berani. Masuk NU Sentral aman gila tak ada orang pun dalam Parkson. 
Sementara tunggu Oyah shopping seluar kerja, aku duk pusing dalam Parkson Nu Sentral jumpa bahagian bra. Tadi ingat nak masuk dekat MyTown tapi kedai tu penuh gila dengan orang. See, kau tengok dekat Nu Sentral orang pun tak ada. Aman gila, apa lagi grab la stok bra kebetulan tengah sale. 3 helai RM79 sahaja. Kalau tak 1 bra RM80. 

Sport bra pun tengah sale. Aku beli bra biasa je, sempat juga aku hasut si Oyah beli juga. Underwear dia tengah murah sale sampai hujung bulan ini je. Baik beli je. Jangan luar je cantik dalam koyak-koyak tak guna juga. Mana tahu kita kena wad ke, nurse buka baju nampak bra koyak-koyak. Hurmm malu sudah. So better jaga luar dan dalam.




 Habis shopping, mengeteh dekat kedai Warisan then balik rumah terus. Sebab baru gaji kan, tu shopping sikit reward diri sendiri. Berkira dengan diri sendiri juga lama-lama makan hati nanti. So better beli je tapi tengoklah kemampuan apa yang korang nak beli. Boleh berbelanja tapi ukur baju di badan sendiri. Okay!  

Okaylah, nak sambung makan serawa durian pula. Selamat bekerja esok, weekend dah habis, selamat berjumpa weekend seterusnya. ;)

Thank you for reading!

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!