Duduk di Rumah Bukan Alasan Tak Bersenam | Ayuh Bersenam - Azwar Syuhada

Monday 20 April 2020

Duduk di Rumah Bukan Alasan Tak Bersenam | Ayuh Bersenam

Salam to all readers,

Sepanjang PKP duduk di rumah ini, berapa kali korang bersenam? Aku takut jugalah makan tidur makan tidur, tahu tahu membulat dengan jayanya nanti. So, aku mengambil langkah buat zumba dance sebelum kerja pukul 9.00am. Aku lepas subuh, solat biasa tidur balik. 7.30am aku bangun balik, buka pintu luar tengok pemandangan tak berapa indah. Gitu.. Ambil mood, buka zumba dance dekat Youtube ikutlah langkahnya.

Tambah-tambah keturunan aku memang sihat-shat belaka. Aku pula jenis senang naik, nak turun tu boleh ambil masa. Jadi mengelakkan kenaikkan berat badan jadi tak terkawal ada baiknya buat senaman, at least seminggu 3 or 4 kali. Keluarkan peluh. Kalau korang tak rajin senam, kemas rumah lap-lap tingkap, mop lantai, cuci jamban tu kira senaman juga pada aku. Dalam bilik air nak buat squat pun boleh. Up to you mana yang selesa.

Aku prefer buat zumba, aerobik tak pun main tali skipping. Awal tahun haritu aku ada beli dekat Sport Direct. Ada kegunaan jugalah sepanjang PKP ini. Paling aku nak elakkan peha aku bergesil. Sungguh tak selesa okay. Banyak je aplikasi senaman yang korang boleh download dekat google apps tu. Tapi aku prefer buka youtube, buka sound music kuat-kuat dekat ruang tamu sana. Ruang tamu rumah sewa aku tak ada barang. Kebetulan, member aku sorang ini memang tak akan bangun seawal aku, jadi bolehlah aku kuat lentang dekat depan.

google Aku screenshort gambar dari video, kebetulan pagi tadi balik dari speedmart terus aerobik. Mujur housemate aku tak bangun lagi. Dapat buat lama sikit. At least spend time 30 minutes. Dah okay!


Aku duduk atas yoga mat, tak nampak pula. Antara video youtube yang aku prefer buat zumba adalah video seperti di bawah ini;


Aku tak pandai pun nak berzumba, asal kaki tangan aku bergerak sudah. Lambat sikit aku nak pick up step dia. Tapi zumba video ini slow korang boleh cuba tengok perlahan-lahan. Lama-lama korang boleh hafal dia punya step gitu.


Jom sihat bersama, PKP ini mesti kerap keluar masuk dapur makan kan? Jadi biar seiring dengan kesihatan kita. Jadi ayuh senam, sihat bersama-sama. ;)

Thank you for reading!


2 comments:

  1. Mak2 banyak bersenam kejarkan anak2 bersilat kat dapur lah pkp ni

    Saya singgah sini. Jemput singgah blog saya tolong saya share pendapat untuk post yang ni

    https://theninjablogging.blogspot.com/2020/04/place-ads-yang-ada-terselit-iklan-judi.html

    ReplyDelete
  2. tried my best not to skip my routines too. bravo!!

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!