Cara Melakukan Solat Terawih di Rumah - Azwar Syuhada

Thursday 23 April 2020

Cara Melakukan Solat Terawih di Rumah

Salam to all readers,

Dah nak puasa kan? Cepat betul masa berlalu. Saat dinanti-nantikan apabila menjelang Ramadhan adalah mengerjakan solat terawih di masjid, bertadarus, berlumba-lumba mengumpul pahala. Tapi tahun ini agak berbeza memandangkan masjid tutup. Sungguhpun tutup sebab Covic-19 bukan bermakna tak perlu buat solat terawih. Boleh buat di rumah secara sendiri atau berjemaah bersama keluarga.

Malam tadi scroll facebook, aku jumpa artikel solat terawih secara bersendirian di rumah. Aku memang dah niat nak buat pun, tahun lepaps aku sempat juga ke masjid jika aku balik Klang la. Siapa yang duduk dengan family, boleh ajak family korang berjemaah bersama. Lagi besar pahalanya.

Solat terawih biasanya dilakukan selepas melakukan Solat fardu Isyak. Sungguhpun kaum wanita tak boleh complete kan solat terawih dalam 30 hari, tak mengapa. Islam tu mudah. Jom lihat di bawah.

Cara Melakukan Solat Terawih di Rumah
~~~~~~
* Niat (Rujuk gambar)
.
* Lakukan solat 2 rakaat 1 salam, dan diakhiri dengan solat sunat witir.
.
*Baca Surah Al- Fatihah dan ayat pilihan
.
* Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.
.
SOLAT SUNAT WITIR
~~~~~
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan. Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
.
Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat2 sunat yang lain.
.
* Niat (Rujuk gambar)
.
*Lakukan 3 rakaat 2 salam,
Iaitu 2 rakaat 1 salam dan 1 rakaat 1 salam.
.
*Zikir selepas witir (Rujuk gambar)
.
* Doa Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..
.
Sangat lah mudah..tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid. Selepas anak-anak dah tidur dan selepas berehat, bolehlah kita mulakan. Jom sama-sama berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas langsung tak dapat buat solat tarawih, tahun ni kita usaha buat.

Info dari Facebook: Easybake lab






Info / Image dari Facebook: Easybake lab

Semoga memberi manfaat. Thank you for reading!

1 comment:

  1. in sya Allah..memang plan nak wat tarawih di rumah bersama keluarga. tq for sharing!

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!