#MyMeTime: Hujung Minggu yang Panjang - Azwar Syuhada

Sunday 13 October 2019

#MyMeTime: Hujung Minggu yang Panjang


Salam and Hi!

Yes, this week memang rasa tenang je duduk rumah, dalam sebulan 2 kali Sabtu ada cuti nomally minggu pertama dengan ketiga. Memandangkan next week ada auction, jadi ganti this week dapat cuti. Syukur alhamdulillah! Tak ada benda pun sangat aku buat, kemas rumah, lap kipas,mop lantai bagi kemas. Aku menyewa dengan kakak-kakak dekat KL ini. Hujung minggu ramailah balik kampung, mujur ada Wan tak balik adalah peneman. Bila orang dekat rumah, nak kemas pun tak selesa.

Sebelum bertungkus lumus kemas rumah, pagi semalam sempat jogging dekat Taman Jaya sana. Dulu masa duduk dekat Datuk Keramat rajin lepak Titiwangsa. Nak naik sana memang jauhlah, dapat yang dekat pun rasa bersyukur. Mana-mana pergi sama je tempatnya, keadaan keliling sahaja berberza. Tapi kita masih mendongak ke langit yang sama kan?

Aku suka datang jogging dekat Taman Jaya ini pepagi, malam pun pernah datang if aku ada masa lapang. Aku selalu datang dengan housemate tak pernah lagi datang sorang. Kalau pergi dengan Wan dia suka jadi peneman duduk dekat bangku, aku gerak sorang. Kalau datang Titiwangsa, memang tak berapa nak tenang sangat nak jogging, kau asyik bertebung dengan orang naik basikal. Tersangkut perjalanan kau nak jogging. Sini okaylah, pepagi tak berapa sesak sangat, petang ramai orang sikit tambah-tambah hujung minggu ramai parent datang riadah dekat taman ini.

Aku suka perati parent yang bawa anak datang taman, jogging main gelongsor, mengamalkan gaya hidup sihat. Kalau datang pepagi dapatlah korang tengok warga emas Chinese datang buat Taichi. Dapat pusing 3 round pun aku rasa lega. Awal-awal jogging dulu mesti sakit kaki, sekarang alhamdulillah dah okay. Kau pusinglah banyak mana. Taklah mengeluh lenguh kaki sangat.

Habis jogging badan rasa ringan dalam pada masa yang sama segala perkara serabut dalam kepala otak aku ini hilang kejap. Bila menjelang hari Isnin sahaja mesti aku rasa stress gila, aku tak berapa suka sembang perihal kerja dalam blog. So, bagi mengelakkan aku down, aku cari benda yang aku suka buat pada hujung minggu. Aku buat apa yang aku suka buat. Stress stress pun dah genap setahun aku kat sini.


Dulu-dulu aku selalu mengeluh dekat mak aku. Bila mengeluh mestilah kau kena bebel balik. Rajin-rajin sembahyang, mengaji, berdoa dekat Tuhan. Jangan duk main gadget je. Kena hentam balik. Betul juga apa yang orang tua pesan dekat kita, jangan lupa berdoa apa yang kita nak dekat Tuhan. Insyallah akan dipermudahkan. Mengadu damba dekat member pun bukan boleh percaya sangat sekarang ini. Orang sekarangtak boleh dijangka, sekarang dia okay dengan kau, akan-akan datang belum tentu dia ada dengan kau. Dia kutuk kau lagi adalah.

Banyak kali aku datang sini, tak pernah tahu akan kewujudan Muzium ini. Dekat luar pula ada pusat bacaan. If korang pergi jogging, anak-anak bolehlah datang membaca dekat sini. Tapi ada lagi ke budak-budak ulat buku? Waktu aku sekolah rendah sempatlah merasa pinjam buku dekat bas bergerak. Seminggu 1 kali dekat akan datang. Budak-budak diberi tempoh dalam 2 minggu if nak pinjam buku.

Berebut juga nak penuhkan buku nilam semata-mata nak dapat award. Gila award! Kau hado?




Tak mampu nak pergi gym? Apa ada hal, sini pun ada alat senaman, peluh ketiak juga. Jimat pun jimat. Haritu aku nyaris juga nak jadi ahli gym dipengaruh dengan kawan bilik aku sorang ini. Bila pikir-pikir balik, bila je aku boleh pergi. Pergi kerja 7.30am balik dekat pukul 9.00pm. Balik dah penat, kemas diri terus tidur. Kalau pergi weekend je rasa membazir pula beratus ringgit hais dekat gym. Membazir kan amalam syaitan. Guna jerlah kemudahan awam yang disediakan. Ada baiknya juga.

Hampir 2 jam lepak dekat Taman Jaya ini sambil menunggu Amcorp Mall buka. Selalu datang jogging sini tak pernah masuk lagi. Nak masuk Giant nak beli barang basah sikit sambil tu datang sarapan sekali dekat Little Baba, bersebelahan dengan Secret Recipe.
Not bad menu dekat sini, sedap pun sedap. Aku dengan Wan order menu yang sama, satu set ada roti bakar, telur 3 suku, teh tarik (1 set = RM6.00) Bolehlah tak mahal mana pun.

Bila perut dah kenyang pulanglah ke rumah. Ketiak dah basah, alang-alang dah lencun pulun kemas rumah pula. Dah selesai kemas rumah barulah dapat layan VIU + mengadap blog. Bila dapat masa untuk diri sendiri, kau rasa tenang gila, tak ada gangguan dari orang luar pun melainkan kau ganggu orang.

Aku masih memikirkan apa planning aku tahun depan? Hurmm.. hanya berbaki 2 bulan lebih lagi akan melangkah ke tahun baru. Kejap gila masih berlalu. Bajet 2020 dah keluar, adakah anda bergembira? 

Apa-apa pun, enjoy your life, do anything yo want. Ignore what people about you. Tak semua orang suka tengok kegembiraan kita, lebih ramai suka melihat kejatuhan kita. Apa yang penting, be yourself.

Done merapu.

Thank you for reading!

3 comments:

  1. saya pun dah lama tak jogging which is not good. pdhl ada je kemudahan utk jogging.

    btw lama tak dtg sini 😁

    ReplyDelete
  2. seronok 'me time' buat something yang fun dan happy.

    ReplyDelete
  3. Hi Azwar~ Awak memang mengimbas kenangan akak betul. Dulu2 masa akak study di UM, akak pernah kerja dalam Amcorp Mall tuh jadi cashier kat supermarket dalam tuh. Lupa dah nama dia apa sebab now dah tukar ke nama baru. Lamaaaaaa nya tak smpi sana.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!