Cochella Party x The Butterfly Project | Hearty Party - Azwar Syuhada

Sunday 13 October 2019

Cochella Party x The Butterfly Project | Hearty Party

Happy weekend guys!

Diam tak diam tak sampai 3 bulan lagi kita akan melangkah ke tahun baru. Kejap je masa berlalu wei, 5 tahun sudah aku stay dekat KL. Jauh sangat kampung aku nak KL ini lagaknya. Im so happy today because this week tak kerja, so masa hujung minggu jadi lama sikitlah. Bila kena kerja Sabtu, rasa kejap sangat me time aku tahu. Penat pun tak hilang.

Hujung minggu ini duk rumah sambil update blog, mood tengah rajin. Hakikatnya, aku pantang lekat dekat rumah, aku kena keluar buat benda aku suka. Bila kau dah penat hadap kerja, kau mesti cari 1 benda yang kau suka buat untuk happy kan diri sendiri, untuk elakkan stress/ depress. Depend on individu juga, siapa yang follow aku dekat Instagram mesti tahu aktiviti aku buat apa hujung minggu. Siapa yang rajin baca blog lambat sikit la aku nak up. Nak curi masa update bukan senang. So today, let enjoy my write up okay.



Event ini berlangsung pada hujung bulan 9 hari iaitu pada 28 Sept 2019 di Harty Party Sdn Bhd anjuran The Butterfly Project. Aku suka join aktiviti anjuran group community ini sebab semua event nya best2 belaka, jumpa ramai kawan baru, positif vibe environment, confident level nak cakap dengan orang pun makin upgrade tau. Kalini event yang dianjurkan konsepnya berlainan sedikit iaitu bertemakan Cochella Party. Aku macam biasa mesti last minutes cari baju, dress up macam mana pun tak terfikir. Aku beli baju tshirt tebal ala-ala baju lelaki tu dekat H&M dengan anting-anting macam lansir tu RM5 dekat NU Sentral. Aku juga suka tejah asal boleh, event dekat Shah Alam area Setia City Mall sana, aku gerak dari KL lepas kerja, mujur Kak Mira and Ayue Jean join grab sekali dekat Subang. Party stardt dalam pukul 4.30pm. Kiteorang sampai betul-betul tepat 4.30pm. Jauh jugalah perjalanan dari LRT Subang nak ke Harty Party Sdn Bhd Jalan Dagang ini. Nasib baik hujung minggu, dapatlah chillax!


Awesome Party Venue Hearty Party Sdn Bhd
Credit photo by Eros

Benda pertama mestilah kena sampai ke destinasi yang betul, nice kan location nya. Tengok luar pun dah menarik, inikan masuk dalam. Jom tengok apa menarik di dalam.

Kaunter registration, masuk-masuk kena register dahulu.
Only RM20 sahaja boleh dapat pilihan set aksesori ini. All design so beautiful.

Sampai-sampai je memang ramai yang dah sampai, besar juga tempat party ini. Semua muka gembira dan excited dalam acara party ini. Macam-macam ragam, gaya setiap orang yang mencuit hati. Awal-awal macam biasa kena register and akan dapat nametag khas Coachella Party. Paling best siapa lahir bulan Oktober dapat hadiah misteri. Happy birthday ualls!

Aku suka tempat party ini, space yang besar, banyak tingkat senang nak atur majlis, paling penting senang nak access naik grab. Boleh tengok di bawah ini. Memang sesuai nak buat party, gathering dengan member buat birthday surprise pun boleh ataupun apa-apa majlis di sini. Untuk info lebih lanjut boleh follow sini >> https://www.facebook.com/heartypartymalaysia/ 


Party Photobooth | Tagbooth Photobooth Session




Awesome kan kualiti photo depa. Nak tahu boleh terjah sini>> https://tagbooth.com.my/

Kalau pergi event takde photobooth memang tak lengkaplah sesebuah majlis kan? Coachella Party itu hari dimeriahkan lagi dengan kehadiran Tagbooth Photobooth untuk merakam kegembiran kami semua sebagai kenangan. Tak cukup sekeping, 2 keping kami ambil setiap seorang. Tagbooth Photooth turut menyediakan prop tambahan seperti sunglass with different angle, cap, tag dan macam-macam lagi bagi memeriahkan suasana dan cantikkan gambar.

Paling best kualiti gambar dorang memang awesome, sharp siap boleh request untuk hantar di email juga. Senang nak masuk Instagram nanti. If korang nak buat apa-apa event bolehlah hire Tagbooth Photobooth sebagai party photobooth korang. Nak tengok kualiti gambar dan pakej mereka tawarkan lebih lanjut boleh follow sini >> https://tagbooth.com.my/

Heatlhy Snacks | Signature Market Healthy Snacks So Yummy


Sambil menunggu semua peserta tiba, memang kiteorang habiskan masa di ground floor dengan bergambar. Tak lengkap rasanya bila takde aktiviti yang membuatkan diri sendiri kelam kambut. Bila semua dah siap bergambar dibawah, kami semua diarahkan untuk naik ke tingkat atas untuk aktiviti seterusnya. Ada lebih 5 aktiviti yang menyeronokkan sepanjang di event Coachella Party ini. Memang aktiviti kali ini konsep agak bebas, kena bergerak sendiri siapkan misi yang sama setiap seorang. Aku gerak dengan Lia, setiap misi berjam ambil gambar. Seramai 30 orang peserta yang join party kali ini. First place yang kiteorang singgah adalah di Signature Market Healthy Snacks. Setiap orang kena post 1 gambar/ video dekat mana-mana laman social untuk claim product mereka.

Signaure Market Healthy Snacks ini ada macam-macam jenis product lagi seperti sabun badan, losyen, sabun tangan, siapa pernah baca cerita aku ke Hilton Kuala Lumpur party buat aroma therapy sendiri tu adalah salah satu product keluaran Signature Market. Masa kiteorang buat aromatherapy tu juga ada makan snacks keluaran mereka. Memang sedap. Ada 3 jenis, aku paling suka bungkusan warna coklat. Cruncy gila makan kudap-kudap ini, aku tak boleh makan banyak sangat kekacang ini nanti jerawat lagi-lagi kacang tanah. Mujur mak aku suka!

More details follow here>> https://signaturemarket.co

Setelah selesai misi di Signature market, aku dengan Lia bergerak ke Flower part. Pelbagai jenis flower dan colour ada. Yang pasti fresh flower, deko tempat ini cantik sangat buat hati lagi berbunga-bunga, bukan senang nak dapat bunga sendiri. Fresh flower ini boleh dapatkan di Avantgarde Blooms Flowers.


Nice Flowers by Avantgarde Blooms Flowers


Beautyful flower photo by Eros

Sampai sekarang bunganya still fresh, bawa balik isi dalam botol air letak Panadol sebijik. Masih mekar bunganya di bilik ku. Untuk dapatkan fresh flower ini boleh kunjungi mereka di sini >> https://www.facebook.com/avantgardeblooms/

Fashion | Voir Gallery 

 Credit photo by Eros



Part yang paling pack sekali adalah di ruangan Fashion Voir, ruangnya agak kecik untuk menapakkan ramai orang. So kena gilir-gilir masuk untuk bergambar. Ruangan Fashion Voir dihiasi dengan koleksi terbaru handbag jenama Voir sendiri. Memang elegan dan versatile kesemua koleksi mereka.

Salah satu jenis handbag yang aku suka. Ada 4 jenis ruangan dalam 1 bilik ini kiteorang kena bergambar. Ruangan konsep Fashion Voir ini membawa konsep retro, mana tidaknya dengan ada tv lama guitar. Maigad!! I like walaupun waktu ini muka dah berpeluh.

Untuk pengetahuan korang Fashion Voir merupakan pusat pakaian dan aksesori yang terkemuka. Koleksi pakaian jenama Voir boleh tahan cantiknya. Nak tahu lebih lanjut berkenaan Fashion Voir boleh kunjungi >> Voir Gallery (https://www.voirgallery.com/

Cold Brew Coffee | Curmudgeon's Brew Cold Brew Coffee 

Dah selesai misi di Fashion Voir, terus bergerak ke ruangan Clod Brew Coffee. Ada sesiapa di sini coffee lover? We are geng beb! Aku pun suka coffee, lagi-lagi time kerja memang menggila. Tapi sekarang aku dah kawal sikit minum caffeine. Bagi peminat coffee u should try this brand first, Cold Brew Coffee memang padu rasanya. Sekali hirup rasa nak lagi. Lagi-lagi yang cold punya memang padu rasanya.



Mereka pun ada keluarkan produk Cookies sekali, rasanya perghh sedap macam makan Famous Amos.

Credit photo by Eros

Ada macam-macam perisa, aku punya perisa haritu perisa Vanilla and Coklat. Memang sedap, if korang nak order boleh terus ke sini >> https://www.facebook.com/curmudgeonsbrews

Rasa tak lengkap kalau takde beauty product kan dalam acara ini? Tak lain dan tak bukan Althea Korea turut berkolabrasi dalam acara ini. So colourful dekorasi area Althea Korea. Nak tahu tak, Althea Korea ada keluarkan 1 lagi produk terbaru iaitu eyebrown. Nice gila warnanya. Tak sabar nak share dengan korang semua.


K-Beauty | Althea Korea 

Aku in love betul dengan decoration Althea part. Dia ada macam-macam jenis mask ikut jenis buah-buahan. So dia asingkan satu persatu mengikut buah. Tak pernah terfikir this idea.






Althea Korea merupakan laman sesawang untuk korang order barangan kecantikan 100% original dari Korean. Nak muka ala-la Korean boleh direct order produk di Althea Korean. Packaging mereka tak pernah mengecewakan. Nak tahu lebih lanjut boleh layari>> https://my.althea.kr/

Party Caterer |by JomParty 

Dah selesai setiap misi, kami semua berangkat ke tingkat atas a.k.a rooftop. Waktu tu dah senja mendung juga nak hujan. Tapi kami tetap enjoy dengan menjamu selera khas dibawa oleh Jom Party.
Pelbagai hidangan dapat dinikmati, ada macaroni, small burger, chicken, nasi ala beriani, some fruit dan macam-macam lagi juadah menarik disediakan. Area lepak makan-makan cukup santai dan cantk sangat.







Masing-masing macam kelaparan. Aku dengan Lia macam kelaparan gila. Mana taknya, aku dari balik kerja tak makan. Lia fly dari Penang pun tak makan. Mujur all makanan buat perut kenyang.

More details here>> https://www.facebook.com/Jomparty


Me with Tammy

Fruit Tea | Lérz' Tea & Coffee Fruit Tea 

 Credit photo by Eros

 Credit photo by Eros

Tidak lupa juga dengan air minuman khas dari Lerz’ Tea & Coffee Fruit Tea. More info you can get here>> https://www.facebook.com/lerzmalaysia

Awesome Performance Party Live Music by Sidh Haizad Yusoff 


Sambil chillax makan-makan dan chitchat kami dihiburkan dengan live music khas dari brother @Sidhaizadyusoff Suara dia memang padu, petik gitar pun dah best bunyinya inikan buka mulut. Aku pernah tengok dia buat live dekat Avenue K. Memang power pun.

Nak tengok lebih banyak lagi video music beliau boleh tengok sini >> https://www.facebook.com/sidhaizadyusoff/

Painting Party | Hearty Party Sdn Bhd 

Last session is painting class by Hearty Party. Session ini paling best, tapi tak semua yang join. Ada yang dah balik after makan session memandangkan ramai duduk area KL. Aku duduk KL juga tapi taknak lepaskan peluang untuk join class ini. Awalnya risau juga lama kot tak pegang colour cat ini. Imagine aku lukisan mesti hodoh gila.

Yang sertai class ini rata-rata mengaku tak pandai melukis. But atas tunjuk ajar para crue. See semua orang boleh buat wei.c Termasuk aku, tak caya jom tengok!

After dah diberi peneragan macam mana nak buat, setiap sorang boleh decide nak lukis apa whether nak choose tembikai, pineapply, 2 buah lagi im not sure lah. Aku choose tembikai, ada 4 jenis colour kena ambil.

Macam biasa partner aku sepanjang event di Coachella ini Lia. Partner paling lambat sekali aku dengan dia juga. Tertinggal barang pun aku dengan dia juga. Adoi!!


Aku dengan dia lukis buah yang berlainan tapi pakai 1 plate yang sama, memandangkan warna yang diperlukan lebih kurang sama.

See! Siapa kata tak ada bakat melukis. Don't worry guys you can do it by yourself. Be confident and do it our best thing!


Muka kepenatan, but aku rasa puas gila datang event ini. Macam-macam benda baru, orang baru, environment baru aku boleh adapt. Maigad! Walaupun muka kepenatan, bergambar itu harus sama sekali.

We really enjoy at Coachella Party, meet new friends, do something new like painting, be freedom like queen. hehhe.. Apa-apa pun thanks for all brands yang participate memeriahkan event ini. Terima kasih banyak juga pada The Butterfly Project yang menjayakan event ini dengan begitu sempurna sekali. Thanks a lot! Hope can see the next session!

Thank you for reading!

@butterflyproject.msia @heartypartymalaysia @tag.booth @altheakorea @voirmalaysia @signaturemarket @avantgardeblooms @curmudgeonsbrew @lerzmalaysia @jomparty @sidhaizadyusoff

#ButterflyMsia #ButterflyCoachella #HeartyPartyMalaysia #Tagbooth #AltheaKorea #VoirMalaysia #SignatureMarket 
#AvantgardeBlooms #CurmudgeonsBrew #Lerzmalaysia #JomParty #SidHaizadYusoff

1 comment:

  1. Meriahnya event. seronok kalau dapat join event macam ni. masing² bergaya sakan dengan OOTD masing-masing

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!