Diam tak diam, Jumaat baru ini tanggal 2 Mac 2018 genap umur aku 24 tahun. Bertambah lagi angka dibelakang. Sekejap sahaja masa berlalu, pejam celik pejam celik aku pun dah habis belajar, tengah tunggu konvo bulan 10 ini dan kini aku baru merangkak membina kerjaya. Alhamdulillah, genap sebulan aku bekerja. Habis sahaja praktikal, aku cuti 3 minggu kemudiaan terus masuk kerja semula.
Pada awalnya, aku nak cuti lama lagi, memandangkan aku pula jenis tak boleh kalau hujung bulan duit tak masuk. Nak taknak aku kena kerja, memandangkan keistimewaan mara telah tamat tempoh bulan 12 tahun lepas. Dari aku buang masa dekat rumah membesarkan badan, ada baiknya aku bekerja untung-untung dapat gain knowledge. Nak dapat kerja punyalah payah sekarang, nak taknak yang mana dapat grab jerlah dulu. Untuk pengetahuan korang semua, aku bekerja di company tempat aku intern dahulu. Alhamdulillah, jawatan yang aku sandang masih dalam kos aku belajar iaitu "Junior Executive Digital Marketing". Perghh....designation aku, kau ada?
Benda yang aku paling happy adalah bila dapat melihat mak aku tersenyum bangga. Mana tidaknya, dulu-dulu saudara mara asyik sembang anak masing-masing sibuk belajar di menara gading, oversea, sibuk bekerja jawatan executive, mak aku duk dengar jer. Nak menyampuk waktu tu, anak takde yang masuk universiti. Alhamdulillah, siapa sangka rezeki Allah, bagi aku peluang sambung belajar di Universiti Kuala Lumpur Business School dan kini dah bekerja. Aturan Allah itu cukup cantik sekali.
Aku paling tak sabar nak tunggu bulan 10 ini, dimana bulan yang penuh makna dalam hidup aku. Tak lain dan tak bukan hari konvokesyen aku. Kalau ikutkan, azam aku tahun ini adalah ingin buat Umrah, bila dikira-kira balik azam itu terpaksa dianjak ke tahun hadapan. Aku bersyukur sangat-sangat, sikit demi sedikit apa yang aku hajati Allah tunaikan. Dulu punyalah takut tak dapat sambung belajar, dapat pula UniKL, dulu berangan-angan nak pakai pendakap gigi lepas kerja, Alhamdulillah dapat pakai awal dan dah habis bayar guna duit sendiri. Orang kata nak seribu daya, taknak seribu dalih. Tak gitu?
Kalau diikutkan angan-angan aku terlalu tinggi, semua benda aku nak buat kalau boleh. Ibarat kalau ada 10 tangan, 10 kerja aku nak buat dalam 1 masa. Bila aku dah start penat dan letih, semua benda aku "SHUT DOWN". Siapa yang kenal aku tahulah aku macam mana, banyak sahaja akal nak cari duit. Almaklumlah, dari kecik apa yang aku nak aku kena usaha sendiri, memandangkan aku bukan anak orang ada-ada.
Jumaat lepas juga aku kena prank dengan budak office aku. Mereka semua seperti keluarga kedua aku juga, almaklumlah budak office pun berapa kerat sangat termasuk bosses. Sekitar pukul 12.00 tengahari camtu bosses panggil, acah-acah serius, kononnya nak bagi notis 24 jam berhenti kerja. Takde angin takde ribut nak bagi notis apa kes kan? Aku baru sebulan kerja, surat tawaran baru sahaja dapat beberapa hari tu, suka suki dia je nak berhentikan aku. Tengok muka dia takdelah garang mana, muka pakcik aku lagi garang. Langsung tak rasa gentar, tambah-tambah En. Wan gelak-gelak dekat dalam bilik tak dapat cover. Make sure ualls pergi asah lagi seni lakonan okay? hahaha..
Adegan, nak bagi notis tu sampailah ditarik bilik meeting, dan mereka semua menyanyikan lagu "Happy Birthday". Sweet sangat, aku tak tahulah nak bagi ekspresi muka macam mana, hanya mampu tersenyum kambing. Malulahhh!! Nak nangis? Memang taklah, benda menyeronokkan tambah-tambah orang belanja kek coklat secret recipe, my favourite cake dan juga Domino. Siap ada balloon "Baby Girl" lagi. Terharujugalah dengan kejutan korang buatkan ini. Sampai tak mampu nak berkata apa-apa, aku kan pemalu. kahkahkah... Awal-awal memanglah pemalu, lama-lama perwatakan kasar aku terlepas juga.
Sekali lagi, terima kasih pada semua yang rancang "birthday party" ini, bolehlah simpan dalam memory 2018. Sekali lagi, terima kasih banyak-banyak pada Kak Naurah, Fieza, Shuhada, Kak Khai, Ellyn, En. Firdaus, Fadhil, Ikhmal, Azim, En. Wan, En. Hairon, En. Shafiee, En. Fairuzzan, En. Juan, E. Helmil, dan seluruh warga BCA group yang wish secara langsung mahupun tidak langsung. Terima kasih banyak-banyak!
Thank you for create ayat yang unik atas kek ini. Terharu gila, semoga ungkapan yang biasa gua cakap korang tulis sini ya. Ada ubi ada batas, lain hari boleh aku balas tak?
Satu sahaja, hadiah yang cukup bermakna pada aku tahun ini adalah surat "Informal letter" dari company aku. Bangga dapat tunjuk dekat mak aku masa birthday itu hari. Mana taknya dulu kerja saloon mana ada surat informal letter bagai. First time, anak kerja office, mak mana tak bangga kan? Anak pun kembang hidung kejap. Aku harap permulaan kerjaya yang dibina disusuli dengan doa yang baik-baik, dikelilingi dengan orang baik-baik, kerja pun berjalan dengan lancar. Amin!
Cukup sampai sini sahajalah celoteh aku, next time aku update lagi k!
Thanks you for reading!
happy belated birthday dan semoga Berjaya di alam pekerjaan :D
ReplyDeleteHappy belated birthday !
ReplyDeleteHappy birthday sis! ^^ may Allah bless you... keep inspiring!! ^^
ReplyDeleteHappy Belated Birthday.....
ReplyDeleteHapppy belated birthday akakkk. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu
ReplyDeleteHappy belated birthday miss azwar
ReplyDeleteWah.. hepi belated bday.. may Allah bless ur life
ReplyDeletehappy sweet 24 ! we born in the same month !!yeayy ;D
ReplyDeletehappy belated birthday azwar.seronok dapat rakan sekerja yang sporting kan..
ReplyDeleteJanji Kita
Wehhh Happy Belated Birthday! <3 Alhamdulillah dah kerja sekarang kan. Waktu kita start kerja lebih kurang sama hahah. Good luck in life babe!
ReplyDeleteBestnya.. birthday ada rmai orang sambut...
ReplyDeleteKita xminat sambut birthday reramai.. So cara terbaik.. mmg hidekan birthday... baru la terasa muda sentiasa