| Makan Kitchen di DoubleTree Hilton, Kuala Lumpur | Siapa yang belum ganti puasa, sekaranglah masa terbaik untuk ganti puasa. Dalam bulan rejab dan syaaban barakahnya berlipat ganda. Bila dah masuk bulan rejab dan syaaban ini bermakna semakin hampirlah kita sebagai umat Islam akan menjalani ibadah puasa. Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan RAMADHAN. Cepat betul masa berlalu kan?
Memandangkan bulan Ramadhan dah nak dekat, aku nak share dengan korang semua satu port menarik untuk berbuka puasa. Dimana, baru-baru ini aku sendiri berkesempatan pergi preview buffet ramadhan 2018 di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur – DoubleTree Hilton. Aku sendiri berkesempatan untuk menikmati juadah yang bakal disajikan waktu berbuka puasa nanti. Jom tengok apa menu menarik untuk ramadhan kali ini.
Sempena Ramadhan 2018 ini, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur membawa sedikit kelainan dari tahun sebelumnya dengan menyajikan pelbagai juadah berkonsepkan “Pasar Malam”. Pendek kata macam-macam ada!
Buat mereka yang gemar menikmati juadah dekat “Pasar Malam”, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur adalah destinasi pilihan terbaik untuk korang berbuka puasa. Kesemua hidangan yang disajikan adalah yang terbaik dari team Makan Kitchen DoubleTree by Hilton. Jom lihat menu-menu yang bakal disajikan sepanjang bulan ramadhan 2018 ini.
Antara menu special untuk ramadhan kali ini adalah seperti Sup Kawah Meletop, Char Kwe Tiaw Basah, Ayam Penyet Berlada, Crispy Apam Balik, dan tidak lupa yang paling special sekali Kambing Golek. Rugi kalau datang sini tak pekena kambing golek.
- Aneka Kerabu: Kerabu Tempe Goreng dengan Daun Selom, Kerabu Hati Ayam dengan Kacang Panjang, Urap Selom dengan Serunding Kelapa, Kerabu Ayam ala Siam
- Ulam Ulaman: Kacang Botol, Kacang Panjang, Petai Segar, Cabai Kampong, Timun Muda, Tomato, Jantung Pisang, Pucuk Ubi, Kobis Bulat, Ulam Raja, Daun Pegaga, dan Daum Selom
- Sambal: Sambal Belacan, Sambal Pucuk Nenas, Budu dan Cincaluk
- Popiah Basah Station: Thai Yong Papaya Salad with Chili- Lime Dressing with Dried Shrimp, Tomatoes, Long Beans and Peanut
Buat mereka yang tinggal berjauhan dengan keluarga dan rindu masakan air tangan ibu, bolehlah datang berbuka puasa di sini. Makan Kitchen DoubleTree by Hilton turut menyajikan "Masakan Ibunda" yang membuatkan korang rasa terkenang pada keluarga di kampung.
Apa yang menarik "Masakan Ibunda" untuk Ramadhan 2018?
- Menu Utama: Nasi Putih, Nasi Daging Berempah, Bubur Lambuk Daging, Gulai Ayam Pedas, Rendang Peha Kambing, Kari Daging Berkentang, Sotong TUmis Kunyit, Udang Harimau Masak, Lemak Tempoyak, Ikan Masak Asam Pedas, Sambal Goreng Jawa, Labu Kuning, Masak Lemak Putih, Bayam Tumis Ikan Bilis
- Menu Specials: Ayam Percik (Oven roasted chicken with local herb, spices and coconut milk)
- Aneka keropok keping: Fish Crackers, Keropok Udang
Inilah dia Kambing Golek yang disajikan oleh Makan Kitchen DoubleTree by Hilton. Sedap sangat, lagi sedap cicah dengan sos black paper. Adik aku kalau ada ini, kambing golek ini juga yang dikejarnya dulu makan.
Satay Bakar Aneka turut disajikan di sini, satay ayam dan satay daging bersama kuah kacang, nasi impit, timun dan bawang segar. Paling sedap satay daging, sebab tidak terlalu liat cukup rencah rasanya bila masuk mulut.
Inilah Chef Zul, Chef yang mengetuai pasukan Makan Kitchen menyajikan menu hidangan Ramadhan 2018.
Lihat, memang rasa suasana pasar malam kan? Hidangan air pelbagai warna dan rasa sejibik dekat pasar malam. Ada sirap bandung, soya bean, teh limau, sirap selasih, teh tarik, dan juga Nescafe.
Dah makan berat-berat, jangan lupa jamu makanan pencuci mulut. Makan Kithchen turut menyediakan buah-buahan segar sebagai hidangan pencuci mulut antaranya, nenas, buah naga, apple, betik dan rock melon.
Aiskrim homemade turut ada disini, korang boleh pilih samaada nak perisa coklat, strawberry, manggo bersama pelbagai pilihan topping.
Menariknya, Makan Kitchen bukan sahaja menyajikan masakan Melayu sahaja, malahan masakan India dan juga masakan Cina turut ada disini. Buat mereka yang craving masakan Indian, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur adalah pilihan terbaik untuk anda menjamu selera.
Antara menu masakan India yang special di sini adalah seperti Chicken briyani rice, Lamb K peratal, Kerala meen kulambu, Pepper Chicken, Sambar, Aloo ghobi, Bagara baigan masala dan macam-macam lagi. Ayam tandori juga turut ada di sini!
Bukan makanan sahaja sedap-sedap, suasana dan keselesaan menjamu selera di sini juga best! Sangat-sangat selesa, sambil makan, kita dapat menjamu pemandangan dengan pencakar langit yang ada. Cantik sangat view di luar bangunan ditambah dengan lampu jalanraya.
Muka excited dapat makan banyak, lagi gembira bila melihat ada coklat kek dekat sini! Memang sedaplah balun makan.
Buat mereka yang dah start planning usha tempat berbuka puasa paling best tak kisahlah dengan keluarga, officemate, mahupun rakan-rakan Makan Kitchen DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur salah satu destinasi terbaik untuk anda book! Rasai sendiri konsep "Pasar Malam" yang dibawa khas dari Makan Kitchen DoubleTree by Hilton. Apa tunggu lagi, "Jom Makan" di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur.
Rate: 4.5/ 5
Harga:
- Minggu pertama
17/5/2018 sehingga 23/5/2018
Bermula dari RM148 nett
- Minggu kedua dan ketiga
24/5/2018 sehingga 7/6/2018
Bermula dari RM158
- Minggu keempat
8/6/2018 sehingga 14/6/2018
Bermula dari RM148
- Tempahan awal
Bermula 15/4/2018 sehingga 15/5/2018
Bermula dari RM128
*Untuk sebarang tempahan, korang boleh direct call 03-2172 7272 ataupun layari flavoursbydoubletreekl.com
Thank you for reading!
Banyaknay menu dia... Liez tak dpt join hr tu sbb anak2 takda org nak jaga... xsabar bulan puasa nak cuba kambing golekkk
ReplyDeletepuasa tak lagi dah ada promosi buffer ramadhan menu nampak menarik
ReplyDeletehaha kan akak
DeleteBanyak betul menu dia eh...ni nak kena cari mangsa untuk belanja kak sally ni..hahahaha
ReplyDeleteWaah. Menarik semua ni
ReplyDeleteBanyaknya pilihan
ReplyDeletemenarik juga menu dia..done follow your blog
ReplyDelete