Inikan Raya, Selamat Hari Raya! - Azwar Syuhada

Monday 3 July 2017

Inikan Raya, Selamat Hari Raya!

Salam to all readers,

Diam tak diam dah seminggu kita menyambut Hari Raya Aidilfitri! Dalam masa seminggu ini jugalah aku menternak lemak, makan segala benda yang setahun sekali dapat makan, ketupat, rendang, lemang, kuih raya pelbagai jenis pendek kata semua benda aku hentamlah. Cerita raya aku takdelah menarik mana, sama sahaja tahun-tahun sebelum ini. Cuma ada penambahan ahli keluarga sahajalah!

Seperti biasa, raya pertama, kedua dan ketiga kami beraya ke rumah atuk-atuk saudara. Atuk-atuk saudara aku semua rata-rata duduk bandar, yang duduk di kampung hanya berapa kerat sahaja. Kalau arwah atuk dan nenek aku masih ada, memang riuh rendahlah suasana di rumah, tapi suasana tu dah lama tiada. Sungguhpun arwah atuk dan nenek dah tiada, kenangan bersama mereka sentiasa ada dalam ingatanku.

Aku tak tahulah, atau aku sorang sahaja merasa benda ini dimana bila dah menjangkau 23 ini raya ke tak raya sama sahaja bagi aku. Raya pertama, kedua dan ketiga sudah menjadi rutin keluarga aku menziarahi rumah sanak saudara. Masuk raya keempat dan seterusnya adalah waktu aku bersenang lenang, chillax di rumah sahaja. 

Memang menjadi kebiasaannya, setiap kali menziarahi rumah sanak saudara pasti akan diaju pelbagai soalan. Rata-rata kaum kerabat aku ini memang tinggi tahap educationnya. Makin tinggi tahap pendidikan kau, makin melambunglah pujian kau dapat. 

Kalau dulu masa zaman sekolah, mesti dorang tanya dalam kelas dapat no. berapa? Tambah-tambah aku ada 4 orang lagi saudara yang seusia dengan aku. Kadang-kadang stress juga dibuatnya dulu, bila masing-masing nak compare anak orang ini dengan orang itu. Tapi lama-lama aku dah lali, malas nak melayan, jadikan sahaja itu satu cabaran untuk aku maju ke hadapan. Bila dah masuk universiti, mulalah bertanya tahun berapa? Bila habis? Apa planning lepas ini? Bila kawan dah ramai kawin, sibuk pula "langau-langau" bertanya, kau bila lagi? Kadang-kadang tak faham dengan orang sekeliling ini, kita tak menyibuk pun hal dia, tapi terlebih busybody jaga tepi kain orang.

Bercerita tentang raya, sepanjang aku menziarahi rumah sanak saudara aku lebih suka memerhati daripada berbual. Tiap-tiap tahun berkunjung ke rumah sanak saudara terutamata rumah anak-anak tok itam, tak pernah rasa jemu dibuat untuk berkunjung. Dahlah besar, lawa pula tu decoration in dan juga outdoor rumah dorang, aku selalu pasang niat "One day, I will get the same house!" 

Bertambah seronok, walaupun dah menjangkau umur 23 tahun ini, aku still dapat duit raya beb! Rata-rata duit raya yang aku dapat adalah pemberian daripada saudara-mara jugalah. Tips untuk mendapatkan duit raya, mudah sahaja. Bila orang tanya belajar lagi or dah kerja? Jawab sahaja still belajar, pasti dapat. Tahun ini jerlah boleh dapat duit raya, tahun depan Insyallah dah kerja pula. Mana tahu, tahun depan hulur duit raya pada orang pula kan. Kalau ada rezeki lebih, boleh dikongsi bersama.

Aku takde gambar makanan nak diupdate, bila dah cedok makanan dalam pinggan takde masa aku nak ambil camera mahupun handphone untuk snap picture. Yang aku tahu, just focus pada makanan untuk isi perut. Kenyang makan, hati pun senang! Tapiii, aku sempat bergambar bersama family dan juga sanak saudara di Hari Raya pertama!

 Small family, dari kiri moksu, aku mak, kak ipar, abang dan adik lelaki! 

 Bergambar di bahagian dapur, bersihkan dapur rumah aku? Masing-masing ada nur di muka bila bergambar, padahal lighting terlebih!

 Bergambar bersama sepupu, masing-masing dah besar panjang. Ada yang tinggi dari aku pun ada!

Setahun sekali berkumpul beramai-ramai di rumah agam nenek dan atuk ini. Ada rezeki panjang umur berjumpa lagi! Tak berapa nak complete jugalah gambar ini, missing pak lang and mak lang! 

Setakat ini jerlah kot, sembang raya aku. Esok-esok aku update cerita lain pula. Selamat Hari Raya semua, maaf zahir dan batin!

Thanks you for reading!

11 comments:

  1. Time raya memang annoyed bila ada sedara-mara jenis banyak tanya, tapi kalau malas nak jawab, kita pusing cite tu balik kat dia.Dengarlah dia citer pasal anak dia, kerja dia sambil makan kerepek pisang. Hihi. Selamat Hari Raya, maaf zahir batin na..

    ReplyDelete
  2. Kat mana ni? Lawa rumah kampung. Teringat rumah penyelia saya di Rembau menghala ke Gunung Datok. Meriah nye raya. Seronok tengok.

    ReplyDelete
  3. ramai..syok berkumpul kan..raya je boleh kumpul macam ni

    ReplyDelete
  4. done follow sini.. terima kasih azwar sebab bw ke blog saya

    ReplyDelete
  5. wah seronoknya. lepas kahwin sekali je I dapat duit raya. hehee tu pun excited.

    ehehe sama lah. nak jugak flatlay gambar cedok makanan, tapi dok focus kat makanan. lagipun,kang makcik makcik pelik pulak hahaha

    ReplyDelete
  6. Salam perkenalan Azwar Syuhada & Selamat Hari Raya Aidilfitri..
    Pengalaman LZ selepas datuk dan nenek meninggal, sambutan Hari Raya tak semeriah dulu.
    Sekarang hanya ziarah rumah saudara-mara paling rapat seperti makcik pakcik dan sepupu..

    ReplyDelete
  7. Selamat hari Raya......wah banyk dapat duit rayah noh..

    ReplyDelete
  8. memang kalau berkumpul saudara mara banyak2 mesti keluar soalan2 macam tu, perbandingan apa semua. faham jugak perasaan macam tu

    bestnyaaa dapat banyak duit raya. :D
    selamat hari raya, maaf zahir dan batin :)

    ReplyDelete
  9. salam aidilfitri.. rayakan sebulan ^^

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!