SAFI SHAYLA Syampu Eksklusif untuk Wanita Bertudung #HanyaSafiShaylaUntukSaya - Azwar Syuhada

Wednesday 21 June 2017

SAFI SHAYLA Syampu Eksklusif untuk Wanita Bertudung #HanyaSafiShaylaUntukSaya

Salam to all readers,


google
Rangkaian produk syampu Safi Shayla

| SAFI SHAYLA Syampu Eksklusif untuk Wanita Bertudung | Rambut merupakan mahkota setiap wanita, baik yang bertudung mahupun yang tidak bertudung. Wanita yang bertudung pula tidak lari dengan masalah kulit. Sungguhpun aku bukanlah kategori 24 jam bertudung, masalah rambut gatal memang sering menjadi keutamaan. Tambah-tambah, dengan keadaan cuaca negara kita yang panas, memang cepatlah berpeluh dan menyebabkan rambut berminyak. Kadang-kadang boleh jadi stress tau, tipulah korang-korang yang berhijab ini tak tercari-cari syampu yang sesuai dengan kulit kepala plus wangi!!

Macam-macam produk syampu aku try, hanya satu syampu ini sahaja yang bertahan lama aku gunapakai. Tidak lain dan tidak bukan sudah semestinya syampu SAFI SHAYLA. Bukan aku sorang sahaja guna, mak aku pun pakai. Kira anak beranak Safi Shayla lover la ini yeah! Tak perlu berbelanja lebih, kalau yang sederhana pun dah cukup memuaskan hati!

Rata-rata orang pasti mengetahui tagline Safi Shayla yang cukup popular dengan "penjagaan rambut pertama dicipta khusus untuk wanita bertudung". Sekali lagi, penjagaan rambut pertama dicipta untuk wanita bertudung, pasti something special dalam syampu Safi Shayla ini kan! 


Yang bestnya, syampu ini menggunakan ekstrak Habbatus Sauda 1001 kebaikan yang terkandung 15 jenis asid amino, protein, karbohidrat serta mineral. Mungkin bau harum semerbak rambut kita dari Habbatus Sauda tula kot. Kini, syampu Safi Shayla diyakini mampu menyelesaikan apa jua masalah rambut wanita bertudung.

Antara produk rangkaian Safi Shayla;


1. Pek Fleksi SAFI SHAYLA - Anti Kelemumur. Ia mengandungi Habbatus Sauda serta bahan aktif ZPT dan Mentol yang mencegah kelemumur 2x ganda lebih berkesan bermula pada cucian pertama serta haruman yang mampu kekal sehingga 24 jam.

Bagi mereka yang nak berjimat tambah-tambah dengan keadaan ekonomi kita yang pasang surut kala ini, korang boleh sahaja dapatkan syampu Safi Shayla versi pek fleksi ini. Lagi jimat dan berbaloi-baloi. Rata-rata pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan kualiti untuk kelengkapan isi rumah.

2. SAFI SHAYLA - Kawalan rambut gugur dengan protein. Tahu tak fungsi utama untuk protein itu adalah untuk menguatkan rambut dan produk ini mampu mengurangkan keguguran rambut sebanyak 80%. Suka tak?

3. SAFI SHAYLA - Hitam menawan diperkaya dengan Habbatus Sauda dan Sheen Lock untuk menjadikan rambut hitam berkilau, sihat dan mudah diurus serta haruman yang mampu kekal sehingga 24 jam.

google
4. SAFI SHAYLA - Perapi rambut dengan 2x ganda manfaat Habbatus Sauda serta Multivitamin untuk setiap jenis rambut dan haruman kekal 48 jam berdasarkan ujian makmal. Rambut lebih lembut & terurus.

Sebenarnya, terdapat pelbagai variasi syampu Safi Shayla yang lain. Boleh dikatakan, kesemua jenis syampu Safi Shayla aku dah pun mencubanya. Paling best yang warna biru turquiose tu khas untuk anti kelemumur. 

Kenapa aku suka gila dengan produk syampu Safi Shayla ini? Sudah semestinya dengan kandungan yang terkandung dalam syampu ini iaitu Habbatus Sauda dan juga Multivitamin. Tahu tak, khasiat Habbatus Sauda yang mengandungi bahan antibakteria semula jadi untuk menghalang pembiakan antibakteria yang menyebabkan kulit kepala kurang selesa serta rambut kusan.

Bertambah menarik lagi, packaging syampu Safi Shayla yang tampak eksklusif. Serius wei, asal pergi Watson or Guardian pasti terkebil-kebil biji mata tak tahu nak pilih yang mana satu. Sebab semua best, plus packaging dia banyak warna menarik! Satu lagi yang buat aku suka dengan produk syampu Shayla sebab wangian syampunya yang harum semerbak kasturi. Wangi beb, baru pegang dah wangi, belum pakai lagi kan? Bertambah-tambah wangilah jawabnya. Pengguna-pengguna setia Safi Shayla juga mengatakan bahawa #HanyaSAFIShaylaUntukSaya.

 Sambil scrub muka dann lagi selfie dengan rangkaian produk syampu Safi Shayla!

Tambah-tambah nak dekat raya ini, elok sangatlah grab syampu Safi Shayla. Takkan nak biarkan rambut berkepam sehari suntuk raya menjelang ya tak? Insyaallah dengan bantuan Safi Shayla masalah rambut  dapat diatasi yang pasti rambut kekal sihat dan wangi sepanjang hari beb!

Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI boleh layari;

Instagram: @safimalaysia
Website: www.safi.com.my

Thanks you for reading!

5 comments:

  1. suka Shayla sebab wangi.. syiokla dapat banyak tu buat bekal hehe..

    ReplyDelete
  2. Tak pernah guna lagi tapi boleh lah nak cuba =)
    selamat hari raya
    maaf zahir batin

    ReplyDelete
  3. nak trylah, rambut ni banyak kelemumur tak tau nak pakai apa dah

    ReplyDelete
  4. LZ pengguna product Safi..
    So far best shampoo Safi Shayla ni sebab wangi dan sesuai untuk wanita bertudung.
    Nice sharing dear.. ;-)

    ReplyDelete
  5. Dalam banyak2 nie Yana paling suka wana biru =) wangi n freshing ..

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!