Jom cipta detik-detik istimewa bersama Enchanteur Paris: Wangian berpanjangan sepanjang hari! - Azwar Syuhada

Saturday 19 November 2016

Jom cipta detik-detik istimewa bersama Enchanteur Paris: Wangian berpanjangan sepanjang hari!

Salam to all readers,

Zaman sekarang dikatakan zaman melinium, dimana zaman ini kaum hawa MESTI ada kerjaya sendiri yang lebih sinonim lagi sumber pendapatan sendiri. Tak kira pendapatan dari segi join dropship, agent, asalkan ada pendapatan sendiri. Kerana, zaman sekarang kaum hawa tidak boleh bergantung 100% pada kaum lelaki. Tambah-tambah ekonomi negara tidak stabil. Bukan setakat ekonomi kita sahaja yang bermasalah malah faktor cuaca juga harus ditangani. Oleh kerana, cuaca sekarang tidak menentu, datang kan panas panas sangat, datangkan hujan, hujan turun melimpah ruah. Bila kerap keluar pada cuaca panas terik, menyebabkan badan kita cepat berpeluh. Nak jumpa orang pun segan dengan bau badan kita. Jadi, untuk kekalkan wangian sepanjang hari dengan tampil yakin kenalah cuba produk terbaru dari Enchanteur Paris kali ini.

google

Bauan sememangnya unik dan memiliki keupayaan untuk membina tanggapan, terutama pada pertemuan pertama dan akan menentukan tindakan susulan berdasarkan kemahuan perasaan yang tercipta ketika itu. . Haruman berkekalan yang menyenangkan ini membantu menonjolkan kehadiran anda, meningkatkan keyakinan dan menciptakan momen penuh keajaiban setiap hari untuk anda. Siapa tahan, kalau badan bau hapak kan? 
google

Jom mulakan hari anda dengan ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème. Wangian yang menyegarkan ini merangsang keceriaan untuk memulai melalui setiap hari anda. ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème bertindak sebagai asas dalam rutin haruman harian anda. Haruman campuran bunga-bungaan terbaik di dalamnya menjadikan waktu mandian anda penuh kemewahan serta menjadikan anda berasa menawan sepanjang hari. Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Shower turut diformulasi dengan kandungan pelembap yang melembutkan kulit sambil membersih. Untuk kelegaan diri selepas hari yang panjang, krim mandian dengan haruman mempesona ini dapat membantu anda untuk relaks dan rasa seperti dimanjakan.

Selepas mandi, sapukan ENCHANTEUR Perfumed Lotion pada kulit yang telah dikeringkan untuk kelembapan ekstra dan bagi mengoptimumkan penyerapan untuk kulit yang lebih lembut dan anjal. Losen wangian badan ENCHANTEUR yang diadun bersama minyak wangi ENCHANTEUR mengekalkan keanjalan dan kelembapan kulit sepanjang hari. Sesiapa sahaja pasti akan terpesona dengan kelembutan bak sutera kulit anda saat mereka berjabat tangan dengan anda.


google

Kemudian, sebagai perangsang keyakinan, adalah disarankan untuk anda menggunakan deodoran atau semburan badan (body mist). Oleh kerana kita akan berpeluh sepanjang hari walaupun berada di dalam persekitaran berhawa dingin, gunakan ENCHANTEUR Perfumed Roll-on Deodorant atau Body Mist yang diaplikasi di bawah lengan (ketiak) akan membantu anda kekal segar dan sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti harian. Antara keempat-empat deodoran ini, aku paling suka yang warna pink tu, bau dia wangi sangattt...

google

Rejim penjagaan diri disempurnakan dengan semburan ENCHANTEUR Eau de Toilette. Sembur ENCHANTEUR Eau de Toilette di titik denyut nadi anda bagi membebaskan haruman yang mempesona dan menyempurnakan lapisan wangian yang dicalit dari langkah terdahulu. Jangan langkaui langkah tanpa wangian ini, biarkan wangian ilham haruman mewah Perancis ENCHANTEUR yang tersendiri ini membuatkan anda berasa lebih girang dan lebih menawan. Anda tidak dapat menjangka siapa yang akan anda temui, mahupun peluang untuk mencipta detik romantik. Namun, adakah anda bersedia untuk mempesona si pencuri hati anda dan mencuri tumpuannya daripada orang lain? Maka jadikan wangian ENCHANTEUR sebagai instrumen harian anda untuk cinta yang memukau dalam setiap semburan.

Hanya ikuti langkah-langkah mudah ini setiap hari dan korang semua pasti mampu mempesona sesiapa sahaja serta akan sentiasa bersedia untuk menikmati momen penuh magis yang romantik. 

Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Shower dijual pada harga RM9.20 sehingga RM13.65. Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Body Lotion pula dijual pada harga RM7.50 – RM21.00; manakala ENCHANTEUR Perfumed Deodorants dijual pada harga RM4.90 sehingga RM11.90. Tidak lupa, rangkaian ENCHANTEUR Eau de Toilette yang dijual pada harga RM18.75 sehingga RM33.50.

NOTE: Kesemua produk ENCHANTEUR boleh didapati di semua kedai utama, pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari www.enchanteur.com.my atau kunjungi laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY

Thanks you for reading!

15 comments:

  1. Enchanteur ni best sebab harga dia mampu milik xD


    blogwalking :D theathra.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. mmg wangian dari remaja enchanteur ni
    mmg mengamit kenangan bersama mak..sbb mak suka ngan enchantuer ni hihi

    ReplyDelete
  3. saya dari dulu sukakan produk ni. wangi :)

    ReplyDelete
  4. echaunter ni sedap bau dia.. harga pun berpatutan :D

    ReplyDelete
  5. memang best wangian2 dan product dari enchanteur nie. :D

    ReplyDelete
  6. Isteri saya suka sangat pakai perfume enchanteur.. memang wangi sangat2

    ReplyDelete
  7. wangi enchanteur ni, bertahan lama gak dari dulu

    ReplyDelete
  8. Tak letak komen tak apa kan?

    ReplyDelete
  9. Sis JM beli losyen tangan wangi yg sgt menggoda ��

    ReplyDelete
  10. enchanteur jenama yang dipercayai bauan yang wangi

    ReplyDelete
  11. Lama betul tak pakai brand Enchanteur ni... but best, wangi!

    ieyra h. | blog

    ReplyDelete
  12. Suka tengok iklan Enchanteur masa Sazzy Falak & hubby dlu..

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!