3:21 pm
BY Azwar Syuhada
38 Comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Jadual peperiksaan Sem 2
Tepat jam 12.30 tengahari tadi kertas sem 2 aku pun berakhir. Berasa lega, selega-leganya. Kali ini soalan bertulis, takdelah berasa tention sangat hendak menjawabnya. Rasanya aku masih mampu mencapai sasaran, tetapi tidak tahulah apabila tangan aku menulis dibuatnya otak aku blur sikit, lain yang aku ingat, tetapi lain pula tanganku mencipta ayat. Aku pun tak tahulah bagaimana, Insyaallah, moga-moga ada restu daripada Allah mungkin aku dapatlah apa yang aku hajat.
Perbandingan sem 1 dan sem 2, aku rasa amat perit apabila menjawab kertas sem 1. Disebabkan aku masih terpengaruh dengan budaya dan cara belajar form 1 hinggalah form 5 yang banyak dibantu dan disuap oleh guru-guru (masing-masingkan manja). Tapi apabila melangkah ke form 6, segala-galanya ada challenges. Apa ke tidaknya, kita kena cabar diri kita sendiri. Sebagai contohnya, sekiranya kita membuat sesuatu hasil kerja dengan sambil lewa, maka kita akan dapat markah yang sambil lewa sahaja. Tetapi sebaliknya, apabila kita lakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh, maka kita pasti peroleh kejayaan. Dan dari situ kita dapat rasakan kepuasan dimana segala usaha, penat jerih yang kita usahakan itu berbaloi dan tidak sia-sia.
Sekarang tiba masanya untuk menghabiskan cuti pula. Kalau dah stay dekat sekolah, maka cuti kiteorang still budak sekolah lagilah (alaa kanak-kanak ribena lagilah kiteorang ini). Budak IPTA dapatlah cuti berbulan-bulan. Aku 2 minggu sahaja. Seperti biasalah, cutiku dihabiskan di rumah sahaja. Terutamanya mengadap Blog, Twitter, dan juga Facebook. Kira sepanjang cuti ini, aku menghabeskan masa di depan laptop sahaja dan sambil itu bolehlah membuat HIkayat Seribu Satu Malam. =)
p/s : Seronoknya dapat bercuti. Sepanjang cuti ini juga, akan mengadap laptop. Mood blogging semakin membuak-buak kali ini. -_-