KIni , kebanyakkan penggiat seni berlumba-lumba mengadaptasi novel-novel ke kaca tv dan ke skrin pawagam . Setelah fenomena Adam dan Hawa tamat , kini muncul pula novel Setia Hujung Nyawa yang sedang bersiaran salah sebuah stesen tv . Novel Setia Hujung Nyawa juga merupakan salah satu novel yang telah aku khatam .
Inilah novel Setia Hujung Nyawa
Sememangnya bagi sesiapa yang pengemar ataupun menggila baca novel akan tahu , jalan cerita yang di siarkan itu best ataupun hambar sahaja . Kekadang bila tengok cerita novel di adaptasikan sebagai drama di tv , aku mulalah teruja dan berkobar-kobar nak tengok . Time mula-mula di gembar-gemburkan ok !! Tapi apabila kita tengok cerita mahupun jalan cerita yang disampaikan di tv , banyak lari dari cerita novel . Mulalah , mulut aku nak menyumpah . Sememangnya , bila cerita yang diadaptasikan itu lari tajuk , penggemar ataupun yang menggila baca novel ini akan mula menyirap ( akulah salah seorangnya ) hahaha.. Bajet macam aku inilah pengarah filem or drama pula !! Setiap drama atau cerita mestilah ada hero dan heroin kan ?? Inilah teraju utama Drama bersiri 'Setia Hujung Nyawa' , iaitu Amar Ashraf dan Nelydia Senrose .
Amar Ashraf dan Nelydia Senrose
Inilah peneraju utama yang memainkan emosi para penonton dalam drama bersiri 'Setia Hujung Nyawa' . Brother Amar Ashraf yang memegang watak Zain Hakimi dan merupakan hero dalam drama 'Setia Hujung Nyawa' . Sebenarnya , inilah kali pertama aku tengok dia belakon . Manakala , watak heroin cerita ini pula , di lakonkan oleh Nelydia Senrose yang melakonkan watak Ersalina . Pelakon hero dan heroin ini , sememangnya kenalah dengan novel Setia Hujung Nyawa . Tapi yang paling aku menyirap adalah watak sampingan yang memegang watak abang kepada Zehra ( entah sape namanya , lupa pula ) dan juga watak Hadi kawan baik kepada Zain Hakimi . Perghhhh , watak Hadi dalam drama memang lari dari novel . Tapi bila , dalam drama dia menjadi seorang musuh dalam selimut . Dengan isteri kawan baik dia sendiri pun nak di taclenya . Tak faham betol !! Kebanyakkan pelakon yang diambil untuk memegang watak-watak dalam cerita tersebut , memanglah tengah hangat di pasaran , tetapi cerita yang di gembar-gemburkan itu terlalulah hambar , bagaikan lauk yang tidak cukup rencah . Walaupun lima rasa , lima rencahnya ada tetapi tetap juga tawar . ( bukanlah semua drama yang boleh diikut seperti novel , tetapi biarlah ceritanya berpada-pada dan janganlah terlebih mengada-ngada ) .
Sememangnya aku ini jenis memilih tengok cerita or drama dekat tv ini . Kalau cerita yang aku nak tengok or berminat , benda pertama yang aku buat adalah tengok barisan para pelakon dan jalan cerita . Serius , aku ini pula terlebih emosi bila tengok cerita . Tak faham betol !!!
Bagi sesiapa yang berminat or nak mengikuti drama bersiri 'Setia Hujung Nyawa' bolehlah menontonnya di tv3 yang disiarkan pada pukul 7.00 hingga 7.30 / ataupun boleh tengok secara online di tonton.com .
Inilah sebahagian novel-novel yang telah diadaptasikan ke drama ( dalam almari itu koleksi mak aku )
- p/s : Sejujur-jujurnyalah kan , baca novel lagi best dari tengok ceritanya . Tapi setiap orang ada pendapat masing-masing . Ada yang lebih suka membaca dan ada yang lebih suka menonton . Apa-apapun , terpulanglah pada pandangan masing-masing .
bestla entry ni wa. ko ada novel tuh?
ReplyDeletecinta pertama cerita diadaptasi dy best. same dengan kau kekasihku
ReplyDeletesehangat asmara tu yang tak sabar nak tunggu , hehe ..tambah2 rita berlakon .. amboih banyak sungguh koleksi novel tu ye
ReplyDeletetahu tak apa, novel lagi best daripada jadi drama or movie. orang kata movie ombak rindu best, tapi for me the novel is much much much better. tak suka movie ombak rindu =="
ReplyDeletepenulis novel aisya sofea yang paling banyak pengarah drama amek novel nyer utk adaptasi drama...memang best !
ReplyDeletek.azie tengah tunggu bila pulak penulis novel siti rosmizah menjadi drama...confirm awesome !
wah.. bnyknyer koleksi... best2.. ^__^... cerita yg diadaptasi dri novel nie salu ade tokok tmbh n ap yg ditmbh tue kdg2 tak logik... huhuhu...
ReplyDeleteantara cite yg best skrg
ReplyDeletebanyaknya koleksi novel mak akak! mesti best kan? dah macam library dah. ;)
ReplyDeleteAsalammualaikum adik..akak pun fanatik novel juga..adalah tapi masih sejumlah yang kecil la koleksinya..sedih kalau adaptasinya x sama dengan penulisannya..kita tak boleh jaga semua hati..dan pasti ada hati yang terluka..akak blm ada lagi novel ni..
ReplyDeletedua novel dari belakang tu tak baca lagi.
ReplyDeletekelakar cite ni, tp sejak dorg gaduh dh x ikut citer dorg hehe takot..
ReplyDeletesaye dah bli hihi tapi lain siket ngan kt tv punye
ReplyDeletesemua pakat nak amik dari novel :)
ReplyDeletethanks singgah ea..sy follow blog n like fanpage awk~
Banyaknya novel >< wahhhhh
ReplyDeleteamboii..byknye novel..puas nk belek2 nie..hehe
ReplyDeleteSedap laa cerita nie \^^/
ReplyDeleteSedap laa cerita nie \^^/
ReplyDeletebest baca novel lg sebab yg dalam tv banyak dia skip . pastu mula la time tengok tu membebel tak tentu pasal XD
ReplyDeletesetuju. biasanya novel lagi best daripada tonton drama atau filem.
ReplyDeletedrama yg diadaptasi daripada novel2x ni beruntung sebab dah ada peminat sendiri..
hai azwar .
ReplyDeletesamalah dengan mas , mas baca novel Kau Sayangku utk cerita Dari Mata Arisa dengan Adam Hawa sikit2 lari . Adam Hawa lak heroin dia tak sesuai then ramai kwn mas ckp rasa boring jeh . klu baca novel selalu ketawa sorg2 . huhu .
WAHHH....banyaknya koleksi novel awak... hihi... beshnye,, dh penah bce jgk tapi lupa dh citernya,,, ngah usaha cari novelnya,,, setuju sgt ngan statement awk,,bce novel sebenarnya lagi besh... =)
ReplyDeletewow banyak nya novel :)
ReplyDeletebestnya..!!
wow banyak nya novel :)
ReplyDeletebestnya..!!
banyaknye novel..
ReplyDeletemmg pengemar novel la mak awak ^^
michelle pun suka baca novel :D
suka citer setia hujung nyawa~
follow sini,
ha'aa drama ni mmg best, tapi huda belum berkesempatan nak baca novel dia lagi. by the way tak sabar nak baca! =D
ReplyDeletewahh .. banyaknya >_<
ReplyDeletebanyak gila novel.. heheh..jealous..! huhu.. btw dah fllow here.. ;)
ReplyDeletehaa betul2 kalau tegok cerita ombak rindu lagi la tak best . novel lg best. byk part yg dorang potong. entah pape
ReplyDeleteyup..novel lagi best dari cite tv..hehe
ReplyDeleteTak pernah baca novel Setia Hujung Nyawa lagi :) Kena beli ni. hee.
ReplyDeletedah banyak sangat cerita novel dibuat cerita tv. huuh. bagi sape yg dah bace novel tu, mesti dah tahu jln cerite tu. tak best la kan.. hee
ReplyDeletebestkan :)
ReplyDeletebetul3...hehhehe
ReplyDeletedrama ni pun tgk2 cmtu je..novel takbaca la pun..huhu tapi betul kdg2 bc novel lg feel dr drama..huhu
ReplyDeleteTerpulang kepada individu. Ada yang tersentuh bila membaca, ada pula terkesan bila menonton.
ReplyDeleteomgggg, dalam byk2 novel, kita rasa Ahadiat Akasyah punya novel je best untuk dibuat filem. hehe :)
ReplyDeleteBW here!
Stuju sangat2... baca novel lg best dr tgk drama... Feel lbh skit kot... :)
ReplyDeleteTak pernah tengok cerita yang diadaptasikan dari novel. Sebab saya tahu imaginasi saya akan rosak. Keke.
ReplyDeleteBy the way, saya dah lama tinggal novel alaf 21. Saya baca novel Jemari Seni je sekarang
Imaginasi penulis novel dengan pengarah/pelakon filem/drama laen kut. Hehehe. Pastu kalau kat tv maybe dorang cuma fokus pada watak hero/heropin mungkin. Watak sampingan, asal ada sudah. Tu yg jadik camtu gaknye :D
ReplyDeletedah jd trend sekarang, semua novel jadikan drama...
ReplyDeletesaya lagi suka baca novel dr buat drama..banyak part kena skip..
tp novel pon dah lama pencen c baca..hehe
drama lagi la x sempat nk layan,...
tapi ok kan kalau citer tv diadaptasi dari novel :) sebab jalan cerita lagi umphh
ReplyDeleteWah~ femes juga blog ni yerp... den ke 805 yo, terima kasih kerana memolo den yo..... kipidup yo~
ReplyDeleteciksu selalu layan :D
ReplyDeletebest ;D
singgah dari GA
http://lobaksusue.blogspot.com/2013/01/23rd-birthday-ga-by-si-bulat.html
jom singgah blog ciksu :D
salam kenal ye dik :D
banyak amat koleksi novel!
ReplyDeleteaku layan novel hllovate je..hihi
ReplyDeletenice... info..... à¸่านนิยาย
ReplyDelete