Azwar Syuhada: review drama
Showing posts with label review drama. Show all posts
Showing posts with label review drama. Show all posts

Sunday, 3 April 2022

Recap Drama Bersiri Villa Kristal Episode 10! Shahila Serang Diana di Office Lagi?
5:03 pm1 Comments

 Salam to all readers,


Recap Drama Bersiri Villa Kristal Episode 10! Shahila Serang Diana di Office Lagi? | Guys!! Korang dah tengok ke drama bersiri terbaru Villa Kristal dekat WeTV? Haritu aku duk scroll Instagram nampak scene cerita ini dekat Reel, macam best terus aku usha dekat WeTV. Trailler cerita ini pun agak catchy kalau korang usha dia punya short scene orang pakat share dekat Instagram dan juga Tiktok.


Gandingan mantap yang cukup popular iaitu Tiz Zaqyah, Mimi Lana, Mawar Rashid, dan juga Jasmine Suraya. Drama ini tiada hero & heroin  utama. Keempat-empat inilah menjadi tunjang utama dalam drama bersiri Villa Kristal ini. Drama Villa Kristal ini diarahkan oleh pengarah yang tidak cukup asing lagi iaitu Kabir Bhatia dan Jason Chong.


Menariknya, setiap episode tu mesti ada sahaja suspend, dan membuatkan kita tertanya-tanya apa yang akan berlaku for next chapter? Dapat rasa ada "sesuatu" sangat siapa yang menghuni di Villa Kristal. Masing-masing ada agenda mereka sendiri yang dirahsiakan daripada orang lain. Korang boleh tengok trailler penuh Villa Kristal ini di WeTV.


Pelakon & Watak Drama Villa Kristal

Mimi Lana sebagai Hani
Jasmine Suraya sebagai Angel
TIz Zaqyah sebagai Diana
Mawar Rashid sebagai Rose
Tony Eusoff sebagai Idris
Alvin Wong sebagai Robin
Nazrief Nazri sebagai Ustaz Adib
Fadlan Hazim sebagai Detektif Isa
Maria Farida sebagai Shahila

Review Drama: Villa Kristal Drama Bersiri Terbaru di WeTV!

Recap Drama Bersiri Villa Kristal Episode 10! Shahila Serang Diana di Office Lagi?


1) Hani Decide balik rumah parent?


Setelah rahsia Hani terbongkar yang dia sebenarnya bukan menantu kepada ahli politik dan dia hanya seorang novelis yang datang duduk di Villa Kristal semata-mata nak mengorek rahsia golongan perempuan ke-2, Hani decide untuk keluar daripada Villa Kristal. Dia nekad untuk tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan Villa Kristal lagi. Walhal, dia dah mula sayang persahabatannya bersama Rose, Angel dan juga Diana. 


Itulah roda kehidupan, bila orang dah mula percaya sekali ditpu siapa sahaja yang tak kecewa kan? Lagi-lagi kalau kena tipu hidup-hidup. Abang dia nasihatkan untuk berterus terang dari awal pun dia taknak, sanggup berlakon demi mencapai misinya. 


Setibanya Hani pulang ke rumah, dia bersikap dingin dengan ibu tirinya. Ditambah lagi, bila biliknya penuh perkakas barang ibu tirinya. Hakikatnya, Hani tak berkenan sungguh ayahnya kahwin dengan perempuan lain setelah ibunya meninggal. Kadang-kadang, aku bengang juga dengan watak Hani ini, dia punya keras kepala dia tak boleh kawal. Bapanya cakap elok-elok, dia balas sangat dingin. Hani akan call abangnya untuk meluahkan perasaan, mujur abangnya bagi nasihat yang sama dengan ayahnya bagi. Hani oh Hani!!


2) Shahila Serang Diana di Office Lagi!!


Sungguhpun Idris dah meninggal, Shahila tidak pernah berputus asa tetap juga mengganggu hidup Diana. Bagi Shahila, Diana hanya mendekati Idris semata-mata ingin mendapatkan harta suaminya sahaja. Walhal, Diana dah memiliki rumah, kereta, kerjaya sebelum mengenali Idris lagi. 2 kali Shahila datang ke office Diana hantar cek kosong, meminta si Diana tulis berapa amount Diana perlukan, namun Diana datang pulangkan semula kepada Shahila dengan cek yang kosong. Bagi dia, dia mencintai Idris sepenuh hati tanpa memikirkan kemewahan dan kekayaan.


Shahila menggesa Diana untuk tidak buka cerita bahawa dia dah berkahwin dengan Idris. Even Idris dah meninggal. Bagi Shahila, biar dia seorang sahaja yang menjadi isteri kepada Idris. Kali ini, Shahila datang melempiaskan amarahnya kepada Diana, part ini memang lawak gila. Dari scene perang mulut, then si Shahila mengatakan bahawa si Diana Lesbian terus mereka perang baling barang dan berkejaran.


Walhal, si Shahila datang ke office Diana kalini bagi menyampaikan foto Idris bermain kayu tiga dengan perempuan lain. Idris oh Idris, dah ada 2 isteri yang lawa pun, tak mengagak ada skandal lain lagi. Mujur dah mati, kalau hidup lagi mahunya kena kerat dengan Shahila & Diana nanti.


Rancak betul cerita Villa Kristal ini, lepas sorang-sorang curang dan setiap scene penuh mesteri. Siapa nak tips atau nak tahu suami korang curang ke tak? Bolehlah layan drama bersiri Villa Kristal ini. Realiti kehidupan bukan mudah menjadi isteri kedua yang dilabelkan sebagai perampas. Ada dapat baik, alhamdulillah. Kalau dapat sebaliknya, kena berdoa banyak-banyaklah jawabnya. Pendek cerita madu itu manis tapi dia punya beracun menyengat hingga ke ulu hati.


3) Diana, Rose & Angel baca manuskrip Hani


Ketika Hani tertangkap dengan Diana, Rose dan Angel dalam biliknya. Diana sempat merampas manuskrip Hani. Baginya, dia wajib ambil benda tu kerana dalam tu penuh kisah hidupnya dan kawannya yang lain Rose dan Angel. Diana mencuri baca apa yang tercatat dalam manuskrip tersebut dari awal sehinggalah pertengahan. Pembacaan manuskrip Hani tersebut turut dikongsi kepada Rose dan juga Angel.


Angel & Rose masih marah terhadap Hani namun berkobar ingin tahu apa yang ditulis oleh Hani tentang diri mereka sendiri. Setelah membacanya, masing-masing tergamam. Ada kala tersenyum melihat apa yang dicatat oleh Hani. Rose menyatakan, tiada benda buruk pun yang dicatat oleh Hani....


Jeng...jeng...jeng...


Tak sabar rasanya, apa akan jadi episode seterusnya. Adakah persabahatan Hani bersama Rose, Angel dan Diana akan kembali pulih seperti sebelum ini? Siapakah dalang pembunuhan Idris di Villa Kristal? Mesti tak sabarkan nak tahu kesudahan cerita Villa Kristal ini. Jadi jangan lupa saksikan drama Villa Kristal ini di WeTV Malaysia sekarang. Boleh muat turun aplikasi WeTV di apple/google playstore. 



Ikutkan pada awalnya, Rose cuba mengelak untuk bermesra dengan Hani ditambah dengan perwatakan Hani yang terlebih  friendly sehingga menyebabkan Rose tidak selesa. Tapi persahabatan mereka mula rapat bilamana Hani menyokong tindakan Rose dalam projek Saham Akhirat yang diusahakan untuk followers dia di media sosial.

Siapa Rose, Angel & Diana yang menghuni di Villa Kristal ini?


Rose merupakan seorang bekas pelakon yang cukup popular dahulu dan kini telah pudar apabila bergelar isteri ke-2 kepada seorang Ustaz (Nazrief Nazri) selebriti terkenal. Tapi, sekarang Rose mula bergiat aktif di media sosial sebagai seorang influencer bagi menaikkan semula namanya yang semakin sendu.

Angel? Angel merupakan seorang guru yoga yang sangat peramah dan suka memberi tips bagaimana nak menggoda lelaki pada wanita yang tinggal di Villa Kristal. Dia juga merupakan wanita simpanan kepada Robin (Alvin Chong), dan dia cukup struggle untuk mendapatkan zuriat untuk Robin.

Manakala, Diana (Tiz Zaqyah), merupakan usahawan yang berjaya dan dalam diam mempunyai hubungan sulit dengan Idris (Tony Eusoff) seorang ahli perniagaan terkenal. Diana ini kira seorang perahsia jugalah sehingga Angel dan Rose sendiri tidak tahu dia ada hubungan sulit dengan Idris. Hubungan Diana dengan idris ini cukup bahagia namun mendapat tentangan hebat dari isteri Idris sehingga berlaku 1 tragedi yang tak disangka-sangka.

Bagi aku plot twist dan jalan cerita Villa Kristal ini cukup menarik dan ia bukanlah seperti drama cintan cintun ang tunjuk perkara sweet2 sahaja. Villa Kristal memaparkan kisah realiti kehidupan golongan bergelar perampas sebagai main utama yang dimana luarnya nampak begitu indah dan bahagia. Walhal sebaliknya, ada sisi dark yang cuba disembunyikan pada orang luar.

Ada juga scene ranjang yang aku tak percaya Jasmine Suraya boleh buat babak sebegitu? Tapi tidak keterlaluan sangatlah, apa-apapun baik watak Angel, Hani, Rose dan Diana juga, keempat-empat ini telah berjaya membawa watak masing-masing dengan sempurna.

Recap Drama Bersiri Villa Kristal Episode 10! Shahila Serang Diana di Office Lagi?



Secara keseluruhan cerita ini agak santai dan menarik untuk ditonton. Paling tidak korang pasti akan terhibur melihat ragam dan kerenah Hani, Rose, Angel & Diana yang ada sahaja dibuatnya untuk menghangatkan lagi drama bersiri Villa Kristal ini. Selain cerita penyampaiannya, aku juga suka tone color drama bersiri Villa Kristal ini, nampak fresh gila. Tone color dia tidak membosankan dan elemen color dia memang mantap kata orang.

Drama bersiri Villa Kristal ini belum habis lagi, masih dekat episode kemuncak. Jadi jom kita sama-sama saksikan berjayakan Hani merungkap kisah kehidupan  Rose, Angel & Diana dan berjayakah dia menghasilkan novelnya? Jangan lupa saksikan drama Villa Kristal ini setiap Khamis & Jumaat, jam 8.00malam secara PERCUMA & EKSKLUSIF di WeTV Malaysia.

Review Drama: Villa Kristal Drama Bersiri Terbaru di WeTV!


Drama: Villa Kristal
Produksi: Revolution Media Films
Pengarah: Kabir Bhatia & Jason Chong
Siaran: WeTV
Mula Tayangan: 4 March 2022
Masa: Khamis & Jumaat jam 8.00malam
Episode: 12 episode
Durasi: 40 minit
Pelakon utama: Tiz Zaqyah, Mimi Lana, Mawar Rashid, Jasmine Suraya, Tony Eusoff, maria Farida, Alvin Chong, Nazrief Nazri, Fadlan Hazim, Sherry Ibrahim, Aisar Khaled, Daler Yusuf
Reading Time:

Thursday, 27 January 2022

Episode Akhir Layangan Putus, Berakhir Dengan Penuh Kepuasan!
11:17 am 2 Comments

 Salam to all readers,


| Episode Akhir Layangan Putus, Berakhir Dengan Penuh Kepuasan! | Ada sesiapa dekat sini mengikuti drama bersiri Layangan Putus? Kita geng. Siapa yang tengok mesti tahu sinopsis awal kisah pasangan Kinan dan Haris. Drama bersiri Indonesia ini cukup memberi tamparan hebat buat golongan para wanita, perempuan, ibu dan juga para isteri bila menonton Layangan Putus. Jalan ceritanya sangat bermain dengan emosi, dan lakonannya cukup membuatkan setiap orang rasa nak mencarut sahaja. Dari awal cerita sampailah ke penghujung cerita ada sahaja babak-babak yang menyakitkan hati.


Pada mereka yang tak boleh kawal emosi better jauhkan dari tengok, nanti suami korang balik tak pasal-pasal kena maki. Walhal terbawak-bawak cerita drama bersiri Layangan Putus ini hah. Aku sendiri yang menonton pun habis segala "carutan" terkeluar dengan perangai si Haris yang tak sedar diuntung. Kalau korang tengok sambil tersenyum simpul, korang memang winn lahh...


Even tengok drama dan ianya tak berlaku pada diri kita, aku tetap marah. Tambah kita ini perempuan kan, kalau aku berada tempat Kinan pun aku turut sama-sama beremosi dan tak setabah dialah. Hari-hari nak berendam dengan air mata. Bila laki dah start menipu, lepas tu curang sampai buat maksiat dengan perempuan lain. Takkanlah isteri boleh duduk diam sahaja. Tambah-tambah, bukan sahaja buat maksiat di luar malah siap bawak balik ke rumah, sampai ke bilik kelamin rumah kita sendiri? Siapa tak panas, Kinan panas, aku mendidih terus tengok. Rasa nak baling je phone ke dinding. Tapi nanti phone aku pula jahanan.


Episode Akhir Layangan Putus, Berakhir Dengan Penuh Kepuasan!

Drama bersiri Layangan Putus ini adalah dari kisah benar kehidupan seseorang, korang search di google mesti keluar. Aku scroll tiktok, facebook pun orang duk share drama Layangan Putus ini. Semua tulis status rasa tidak puas hati dengan Haris yang curang dibelakang isterinya, Kinan. Setiap babak yang dilakonkan oleh pelakon-pelakonnya cukup bagus masing-masing memainkan peranan dan melakonkannya dengan cukup sempurna sekali. Terumata sekali watak Haris dan juga Kinan. 

Episode Akhir Layangan Putus, Berakhir Dengan Penuh Kepuasan!


Watak jahat si Lydia ini betul-betul menjadi, dah tahu si Haris ini husband orang lagi dia sondol. Perempuan tak sedar diri, Kinan dah jaga time sakit, masih main dengan laki orang dekat rumah Kinan pula tu. Sebaik Kinan ini cerdik, dia dah bau-bau laki dia curang, macam-macam dia buat nak kantoikan laki dia yang suka menipu. Kinan sanggup intip dorang naik kereta, ada masa dia call office bertanyakan suaminya, dari sini dia tahu suaminya tu bercakap jujur ke tidak. Paling best satu hari Kinan intip sampai ke hotel weiii...Punyalah cerdik si Kinan ni...


Drama bersiri Layangan Putus ini ada juga aksi ranjang yang tak sensors so tengok tu pejam jerlah mata. Overall penyampaian ceritanya cukup memberi banyak pengajaran kepada semua.

Even macam mana baik pun suami kita, mesti berwaspada sikit, kalau tak jadi macam Kinan. Mesti simpan sikit rasa syak wasangka sikit, biarlah orang kata pemikiran kita kolot. Biar kolot jangan jadir lurus macam Kinan pula, sampaikan lakinya pergi bercuti dengan Lydia pun masih tak percaya awal-awalnya sampaikan kawan baiknya sendiri dapatkan tiket penerbangan yang dorang pergi sebagai bukti. Time tu tak boleh nak kata apadah, dah terang lagi bersuluh.

Kinan ini kira dah cukup sempurna sebagai seorang isteri, laki still curang. Jadi ambil tahulah, dengan siapa laki kita berkawan, keluar malam mahupun hujung minggu. Jadi busy body sikit, kalau rajin buatlah macam Kinan, kerap call office bertanyakan keadaan suaminya, hantar makanan ke office ke kalau ada kelapangan.


Kinan bersama sahabat baiknya, Andre, Lola & Dita

Kinan juga cukup bertuah, even dia sedang tertekan dengan masalah rumahtangga, dia turut dikelilingi sahabatnya yang tidak putus memberi semangat. Sahabatnya dia sendiri juga yang menyedarkan Kinan tentang apa yang terjadi antara Haris dan juga Lydia. 


Jadi, pada korang yang belum tonton lagi drama bersiri Layangan Putus ini korang boleh tontonnya di WeTV. Full episode (episode 1 sampai episode 10) dah ada di WeTV, gambar pun clear tengok di WeTV. Kalau korang nak tengok cepat sebelum orang lain tonton, korang register terus sebagai ahli VIP. Lagi mudah!


Aku tak boleh move onn lagi dengan drama Layangan Putus ini. Geram betul aku dengan Lydia. Kalau korang dekat luar sana, dah tahu yang korang suka tu laki orang, better jauhkan lebih baik. Elakkan selagi boleh elak, sekiranya berjodohan juga, janganlah sampai meruntuhkan mahligai orang pertama. Sekarang kita runtuhkan rumahtangga orang, kalau kita dapat laki dia tu pula tak mustahil akan datang kau juga mungkin kena perkara yang sama. Hidup ini umpama roda, tak selamanya kita berada di atas, ada masa kita terpaksa berpusing ke bawah juga.


Even kau dapat suaminya, belum tentu kau jadi pertama dimatanya, sebab apa? Sebab orang utama hadir ke dalam hidupnya ada isteri dan juga anak-anaknya, yang bertahun hidup lama dengannya. 


Apa-apapun aku puas sangat dengan ending drama bersiri Layangan Putus ini! Kalau korang nak tahu endingnya kenalah tonton sendiri... tak best plak aku spoil kan. Kalau korang nak jadi orang utama tonton episode akhir drama bersiri ini, korang daftar sahaja sebagai VIP terus, dengan keahlian VIP korang boleh tonton episode akhir terlebih dahulu sebelum penonton lain. Aku tengok dahh pengakhirannya... hahaha

Episode Akhir Layangan Putus, Berakhir Dengan Penuh Kepuasan!


Kalau korang nak tengok pengakhirannya, jangan lupa daftar sebagai VIP untuk menjadi orang utama menontonnya. Menariknya, dengan mendaftar sebagai ahli VIP korang berpeluang menonton kesemua drama di WeTV lebih awal sebelum tayangan episodenya berlangsung. Kalau korang bertuah, dapatlah tonton seminggu awal pun ada juga. Best kan jadi ahli VIP? 


Kesimpulannya, sebagai seorang yang berstatus suami isteri, tak kiralah lelaki mahupun perempuan. Sebelum buat sesuatu perkara, fikirlah tentang orang keliling terutama ahli keluarga kita, fikir anak-anak, isteri, mahupun suami. Bila dah terlanjur bukan mudah nak undurkan semula. Bagus juga drama bersiri Layangan Putus ini keluar, dapat sikit minda buat kaum wanita, dan juga para suami yang curang. Buat perampas, bukan mudah seorang isteri nak menerima sebagai madu bilamana kau dah berzina dengan lakinya. Sakit tu menusuk sampai ke dalam, bukan Kinan sahaja dapat kesakitan, anaknya Raya pun rasa tersakiti juga. Arghhh... sakitnya hati kita awakk..


Overal cerita Layangan Putus ini puas hati ditonton, bagi hatiku cool down dulu lepas tu baru bergerak ke drama seterusnya. Ada drama yang best lagi tak? Bolehlah share dengan aku. Best pula layan drama dekat WeTV ini, banyak drama bersiri terbaru ada di sana. Takyah susah-susah berebut tengok tv, mahupun buka Youtube. Dekat aplikasi WeTV semua dah ada, cerita banyak, gambar nak tengok pun clear, sound okay, paling penting boleh dimuat turun dalam handphone.


Kalau korang nak tengok drama bersiri Layangan Putus ini bolehlah tonton di official page WeTV lepas ini.

Ikuti drama bersiri Layangan Putus setiap Jumaat & Sabtu jam 7.pm. Tonton secara PERCUMA & eksklusif di WeTV

Tonton FULL EPISODE LAYANGAN PUTUS di >> https://bit.ly/LayanganPutus

Official Instagram WeTV Malaysia>> WeTV Malaysia

Selamat menonton semua!

Reading Time:

Monday, 24 October 2016

Debaran Final Episode Patahnya Sebelah Sayap!
6:05 pm 4 Comments
Salam to all readers,

Seronoknya tengok orang dah konvo ini, rasa terharu tengok mereka-mereka yang dah berjaya. Yang gempak Unikl tahun ini jemput ramai artis buat persembahan. Biasanya bila time aku, takde benda yang special, mana tahu ada tuah pula nanti bila aku konvo. Mohon, terbangkan Lee Min Ho dari korea buat persembahan.

Malam ini, malam yang penuh mendebarkan iaitu "debaran final episode patahnya sebelah sayap!" Boleh dikatakan aku dah jarang layan drama melayu ini, tapi disebabkan Aeril Zafril belakon terus la layan, tambah-tambah ceritanya boleh tahan bestlah juga. Drama melayu ini yang bestnya, kalau skip satu episode kita dah boleh tahu apa jadi episodenya. Apa orang cakap, drama melayu banyak klise gitueww..

google

SINOPSIS DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP

Mengisahkan seorang gadis kampung bernama Alisha (Ummi Nazeera) yang telah diuji dalam percintaan yang rumit bersama kekasihnya, Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya, hubungan Alisha dan keluarga Amzar ini baik-baik sahaja, tapi dalam sekelip mata keluarga Amzar terutama ibu Amzar yang menepis hubungan percintaan mereka berdua selepas Amzar berjaya mendapat segulung ijazah dan berjaya menjadi seorang peguan di sebuah firma guaman.

Alisha ini paling teruja melihat kejayaan boyfriends dia yang berjaya menjadi peguam. Macam-macam si Alisha ini belikan Amzar untuk pergi bekerja, pendekkan cerita si Amzar ini belajar pun si Alisha yang tanggung. Amzar ini kira susah jugalah, bapak kerja guards je. Manakala, keluarga Alisha ini kira senang sikitlah sebab berniaga. Satu hari, Amzar bawa Alisha pergi makan sambil nak purpose jadi isteri. Selesai menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya, waktu itu juga mereka sedang asyik bergurau senda dalam kereta. Dalam pada asyik bergurau senda, Amzar telah melanggar sesuatu ketika mengelakkan kereta dari arah bertentangan.

Mereka stop sekejap, Amzar seorang sahaja keluar melihat apa yang dilanggarnya. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, dia terus masuk ke dalam kereta dan hanya memberi alasan kepada Alisha, yang dia hanya melanggar con besar sahaja. Seboleh-bolehnya, Amzar enggan memberitahu hal sebenar.

Sehingga satu hari, terpampang satu kes langgar lari dalam surat khabar, dan automatik Alisha mengesyaki kes itu ada bersangkut paut pada malam kejadian bersama Amzar. Alisha sempat berjumpa dengan Amzar, namun Amzar enggan mengaku perbuatannya. Alisha semakin trauma, apabila sekumpulan anggota polis datang ke warungnya lalu menahannya.

Alisha menjadi suspek utama dalam kes langgar lari ini memandangkan kereta yang dipandu oleh Amzar itu adalah milik Alisha. Oleh kerana terlalu cinta, Alisha sanggup merengkuk ke dalam penjara selama dua tahun. Pada mulanya, Amzar berjanji untuk membela Alisha, namun janji tinggal janji, Amzar terus menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung derita dalam penjara. Selepas dua tahun berlalu, Alisha dibebaskan dan mula bekerja di pejabat Encik Kuzairi (Aeril Zafrel), suami kepada mangsa kes langgar lari.

google

Pandanganku cerita Patahnya Sebelah Sayap!

Pandanganku mengenai cerita Patahnya Sebelah Sayap ini not badlah jalan ceritanya, siapa minat layan drama korea tahulah cerita ini lebih kurang cerita "Secret". For me, cerita ini banyak bagi pengajaran tentang seorang wanita yang tabah menruskan hidup walaupun pelbagai dugaan yang diharungi, mak meninggal ketika dia berada dalam penjara. Akibat taksub dengan cinta, sanggup berkorban apa sahaja. 

Bila dah keluar penjara, kena caci pula dengan orang kampung terutama Makcik Salbiah, aku cukup meluat tengok character dia dalam drama ini. Orang dah tak ganggu anak dia, sibuk datang mengacau. Nasib baik, adik si Alisha tidak memulaukan dia malah memberi sokongan untuk teruskan hidup.

Orang kata jangan terlalu membenci orang, nanti jatuh cinta. Bila si Encik Kuzairi ini dah tahu rahsia, mulalah dia membenci dan membuli si Alisha. Namun, dah kerana dah jatuh sayang, adakala tak sampai hati. Bila dah banyak kali menelan hinaan orang, Alisha bangun semula dan berlawan untuk terus hidup. Jadi,  malam ini kita tunggulah, apa terjadi dengan percintaan Encik Kuzairi dan Alisha? Diterima atau ditolah. Jangan lupa tengok malam ini jam 10.00 malam di tv3!

p/s: Aku tak berapa berkenan tengok drama melayu satu je, bila syok-syok tengok, ending pula sad ending! Tulah yang rasa nak mencarut.. =)
Reading Time: